Ahad, 31 Julai 2011

DISENTRALISASI KUASA MENTERI DALAM NEGERI

Proses pembangunan sesebuah negara memerlukan komitmen dan pengorbanan sama ada rakyat mahupun pemimpin. Justru, jika dulu semasa PM ke-3 pengurangan kuasa raja telah menjadi satu topik hangat dalam negara lantaran kematian marhaen akibat perbuatan raja, telah diambil tindakan oleh PM masa itu untuk bertindak dan hasilnya keputusan parlimen yang mewakili rakyat seluruhnya bersetuju mendakwa salah laku raja-raja yang wewenang membuat apa saja terhadap rakyatnya. Demi membela kemaslahatan rakyat amnya.

Kuasa yang berlebihan terutama Kementerian Dalam Negeri dilihat melebihi kuasa Yang diPertuan Agong, malah menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini. Jelas kenyataannya telah memberi banyak gambaran dalam tingkah laku menteri ini yang sewenang-wenangnya menggunakan polis yang selaku 'pesengkongkol mutlak' dalam segala tindak-tanduk 'pak menteri'.

Gaya tuduhan dan fitnah berleluasa digunakan dalam negara ini bagi menjatuhkan kredibiliti musuh politik kerajaan. Berbagai kaedah digali dan dicari bagi mencapai matlamat 'kejatuhan musuh politik' mereka.

Malaysia yang mendakwa mengamalkan demokrasi berparlimen sebenarnya telah jauh terpesong dari landasannya. Sebaliknya Malaysia adalah sebuah negara yang bercirikan pentadbiran berpusat iaitu kuasa mutlak berada di kerajaan persekutuan kemudian barulah diagihkan kepada negeri-negeri tanpa ada satupun yang bertentangan antara keduanya terutamanya diperingkat pusat..

Namun keadaan ini menjadi semakin tidak demokrasi bila adanya akta ISA dan EO yang terus menjerumuskan Malaysia sebagai sebuah negara komunis yang mutlak lagi sahih. Padahal, sekiranya timbul berbagai isu yang melibatkan keselamatan negara, tidak perlu ISA atau OE kerana terdapat berbagai undang-undang yang digubal untuk mencegah dan mendakwa pesalah atau tertuduh terbabit. Alasan yang dikenakan bagi tertuduh untuk diISAkan atau untuk diEOkan hanyalah satu retorik psikologi agar mengekang tertuduh tersebut dari terus memprovokasi dan menentang kerajaan. Lagipun bila berada di bawah ISA dan EO, penderaan mental dan psikologi berterusan dengan keadaan lokap dan penjara yang begitu teruk tapi 'dilayan' baik oleh warden atau polis mampu membangkitkan keperitan kepada sesiapa yang menentang kerajaan.

Banyak contoh yang kita lihat hasil dari ISA dan EO ini dikenakan terhadap tertuduh yang apabila dibebaskan mereka berpaling tadah dan serik untuk menentang kerajaan antaranya, Dr Chandra Muzaffar orang kuat Anwar satu masa dulu kini tunduk layu setelah diISAkan oleh KDN, sebaliknya kini menjadi orang kuat kerajaan dan polis malah sanggup menjilat apa saja asalkan arahan itu datang dari kerajaan atau polis.

Contoh lain manusia yang 'perik' setelah diISAkan ole KDN ialah Ibrahim Ali. Jelas, Ibrahim Ali yang diISAkan oleh kerajaan BN kini kembali dengan sejuta harapan menggunung kerana ingin menjadi PM. Sanggup berbuat apa-apa termasuk menjilat ludah sendiri. Apa yang sangat berkesan dengan ISA ini telah menjadikan Ibrahim Ali sebagai manusia yang bukan setakat membasuh najis sendiri bahkan menjilat najis orang lain sekalipun beliau sanggup lakukan. Betapa berfaedahnya ISA dan EO terhadap kerajaan.

Jadi tidak perlulah dihairankan andai kerajaan yang ada sekarang sedikitpun tidak mahu mengubah akta ini dan terus mengekalnya sebagai satu dari teknik-strategi pengekalan kuasa. Perampasan hak bersuara melalui akta ini adalah sebagai mutlak dan yang difikirkan wajar sebagai satu jalan akhir bagi UMNO bila dilihat sebagai satu yang mengancam dominasinya.

Tuduhan yang halus dan sangat berbisa dengan melibatkan kepala negara seperti Yang diPertuan Agong dalam kancah yang membolehkan tuduhan ini dikemukakan dilihat sebagai satu helah yang konservatif. Misalnya, menuduh tertuduh untuk menggulingkan atau memerangi Yang diPertuan Agong sebagai satu alasan sahaja, mengapa tidak diberi sebagai label memerangi UMNO dan Barisan Nasional? Jadi tuduhan liar sebegini menjadikan UMNO sebagai semakin kebal dan tidak 'lut' untuk ditumbangkan. Menggunakan nama Agong adalah merujuk kepada persetujuan Agong untuk UMNO berbuat demikian. Padahal Agong langsung tidak terlibat dalam hal yang remeh begini. Sikap lebih sudu dari kuah inilah yang menyebabkan ramai rakyat mula menyampah dengan BN.

Sikap kepura-puraan UMNO-BN dalam segala hal telah lama diketahui, jadi kita tidak hairan. Tidak pelik sedikitpun.

Kesimpulannya ialah kuasa yang sewenang-wenang diberikan kepada menteri dalam negeri yang berlebihan sepatutnya diagihkan atau ditubuhkan sebuah suruhanjaya khas sebagaimana cadangan prof. Shad Saleem ada benarnya. Kepala hotak menteri dalam negeri yang ada sekarang tidak lebih dari menyelamatkan 'sepupu'nya dari terhumban ke tanah, itu saja. Setelah berbakti sedemikian maka menteri dalam negeri telah mendapat habuan 'bercuti' ke luar negara meraikan kejayaan tersebut dengan berjumpa Queen Elizabeth untuk melaporkan penipuan yang berjaya dilakukan. Eloklah 'penyamun jumpa penyangak'. Apa yang lebih pedih bila disambut dengan 'kuning' di London. Umpama 'makan angin, kepala disekeh'.

Apakah mangsa tahanan di bawah EO akan berubah polisi perjuangan mereka? Setelah pembebasan mereka masih terbatas oleh keputusan peguam negara??



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code