Jika semalam Hamdan Mohd Salleh selaku Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar PAS supaya tidak bertanding PRU-13 kerana menolak Biometric, hari ini seorang lagi barua UMNO dari JMM, Omar Saleh, Naib Yang DiPertua JMM cuba melaga-lagakan orang lama UMNO sendiri iaitu Ku Li dan Anwar Ibrahim. Kenyataan sebegini tidak lebih dari agenda politik murahan yang cuba dibangkitkan JMM dengan menyebarnya melalui media arus perdana. Situasi ini pada pandangan JMM akan membawa sedikit keadaan yang kelam kabut dan bercelaru dalam PKR, apatah lagi baru-baru ini Ku Li semakin lantang bersuara menentang pucuk pimpinan dalam UMNO sendiri. Pembentukan AMANAH jelas tidak sehaluan dengan aspirasi UMNO-BN kini.
Sebaliknya jika berlaku demikian sekalipun abdai Ku Li bersetuju unutk menyertai PKR, maka alamat buruk akan berlaku ke atas UMNO
Pelawaan Ku Li dilihat membelakangkan Anwar - JMM
KUALA LUMPUR 30 Julai - Pakatan pembangkang dilihat sebagai membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.
Naib Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Omar Saleh berkata, perbincangan mengenai pelawaan kepada Anggota Parlimen Gua Musang itu dikatakan turut melibatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"JMM difahamkan Anwar tidak tahu mengenai perkara ini... dan kami mahu tahu mengapa Nik Aziz membelakangkan Anwar (dalam hal ini),” katanya di sini, hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelawaan kepada Tengku Razaleigh dibuat berikutan perbicaraan kes Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Bernama
Sabtu, 30 Julai 2011
TAKTIK LAGA KU LI DAN ANWAR GAGAL.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan