SUHAKAM, suruhanjaya hak asasi manusia yang misi dan visinya sangat jelas iaitu memperjuangkan kebebasan hak rakyat dengan lebih komprehensif tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan selaras dengan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Fungsi yang dijalankan SUHAKAM setakat ini memuaskan dan setia sebagai memenuhi perundangan yang ditetapkan. Namun apa yang sangat menyedihkan berkaitan SUHAKAM ialah segala tindak-tanduknya yang menjurus kepada kebenaran dan kebebasan hak-hak rakyat ini tidak diendahkan oleh kerajaan. Inilah yang sangat mengecewakan. Suara Suhakam diperingkat negara hanyalah air liur-air liur basi yang dicuci waktu bangun tidur sahaja oleh UMNO-BN. UMNO-BN hanya mengambil kira 'ayaq lioq' Shabery Chik sahaja. Inilah fenomenanya.
Suhakam yang cuba menjalankan tanggungjawabnya dengan betul tetapi sebaliknya pula disekat dan tidak bebas sebagaimana sepatutnya. Pelik bukan? Orang yang berjuang untuk kebebasan orang lain hakikatnya diri sendiri tersekat dan terikat. Bagai 'anjing salak bukit'. Apa guna?
Ahad, 31 Julai 2011
SUHAKAM YANG TERBUNGKAM [VIDEO]
Source: http://bm.harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan