Isnin, 2 Mei 2011

MUNDOK MENGGAMIT PENGUNJUNG

PEKAN MUNDOK yang terletak di pinggir Sungai Golok Thailand amat terkenal. Jika dari Malaysia Pekan Mundok ini terletak di seberang sungai Bukit Lata, atas sedikit pada Kg Terusan (jika dari Rantau Panjang), iaitu di jalan lama Pasir Mas - Rantau Panjang.

Mundok terkenal pada hari-hari 'NAK/NAB/NAT(PEAK DAY...kononnya)' IAITU HARI JUMAAT PALING TOP, DAN ISNIN. Inilah hari-hari yang popular di MUNDOK ini.

Dengan keluasan kawasan perniagaan lebih kurang dalam lingkungan 5 ekar persegi, kawasan ini dipenuhi dengan para peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan, terutama barangan asas dan keperluan harian. Pendek kata, segala yang diinginkan ada di sini. Mak dengan Pak saja yang tiada di sini, lain semua ada.


Selain penawaran barangan, baik hasil buah-buahan, beras, anak getah, barangan  dapur, binatang peliharaan, pakaian, hiasan diri, toto/narita, lauk-pauk yang segar-bugar dan sebagainya. Keunikan utama yang menggamit pengunjung ke Mundok ialah HARGANYA yang sangat MURAH dan berbeza sekali dengan apa yang ditawarkan di Malaysia.

 Di Mundok jauh lebih murah. Inilah satu-satunya kelebihan yang ada di sini.

PANDANGAN ATAS PEKAN MUNDOK


     




BAGAIMANA UNTUK KE MUNDOK
Rasanya telah ramai yang mengetahui jalan untuk ke Mundok ini. Rata-rata penduduk di Kelantan mengenali Mundok ini. Tapi masih ramai yang terpinga-pinga juga bila di tanya pasal Mundok ini, mereka langsung tidak kenal, malah tak pernah dengar cerita tentang Mundok ini. Meskipun mereka orang Kelantan 'jati'. Terutamanya orang Cina, mereka kebanyakannya tidak kenal akan Mundok ini, maklumlah mereka kebanyakannya tinggal di bandar dan sudah cukup keperluan hidup untuk mereka jadi mereka tidak perlu ke sana, ini mungkinlah.

Tapi rasanya, orang Kelantan yang tidak mengenali Mundok ini, amat dokoh dan komoh sekali. Ini kerana tempat ini sangat TOP dan POPULAR. Malah bukan sahaja orang Kelantan yang datang berkunjung untuk membeli belah di sini, sebaliknya ialah orang dari LUAR Kelantan pun tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. TAPI BAGAIMANA UNTUK KE SINI?

Sebenarnya untuk ke sini AMAT MUDAH, TIDAK PERLU PAS LAWATAN, TIDAK PERLU PASSPORT, TAMBANGNYA CUMA RM 2.00 PERGI BALIK. MURAH BUKAN!!

Anda hanya perlu ke Pasir Mas atau Rantau Panjang, kemudian tanya saja sesiapapun di sana... PASTI mereka tahu akan MUNDOK ini. PASTI!!!

Sampai sahaja di BUKIT LATA, anda terpaksa mencari TEMPAT PARKING YANG AGAK SESAK PADA HARI-HARI PEAK INI.











KEMUDIAN ANDA TERPAKSA MENAIKI SAMPAN UNTUK KE SANA, JANGAN KHUATIR KERANA SUNGAINYA AGAK SEMPIT SAHAJA. SEKALI TUJAH SAHAJA DAH PUN SAMPAI KE SANA...

BAGI YANG TAK BERANI UNTUK AKTIVITI LASAK DI SINILAH ANDA DAPAT MENCUBANYA....SILAKAN...

Inilah Pengkalan Mundok

Jangan takut...kanak-kanak pun berani naik sampan

Suasana Sungai Golok ini..tidaklah begitu menyeramkan


Dekat sahaja


Dah sampai dah....

Ini sebahagian pengunjung yang ke sini


Mundok begitu ramai dikunjungi warga Malaysia, terutama bila hari-hari cuti umum yang jatuh pada hari NAK tadi, secara anggaran kasar dalam sehari itu (hari nak), Mundok menggamit lebih 10,000 pengunjung, jadi bayangkan dengan keluasan yang tidak seberapa....tetapi pengunjungnya pula ramai...ya..memang sesak dan menyeronokkan dengan pelbagai karenah dan ragam manusia yang berkunjung ke sini.




















pandangan dari Mundok ke pengkalan di Malaysia


sejumlah lauk pauk yang ditawarkan di sini dengn harga yang sangat murah





menggamit pulang selepas membeli belah...untuk sembahyang Jumaat pula









Maka sampailah ke Malaysia pula untuk pulang

KESIMPULAN

MESKI ADA USAHA UNTUK MENGHALANG KEMASUKAN PENGUNJUNG KE MUNDOK OLEH KERAJAAN MALAYSIA, TERUTAMA UNTUK MEMBELI BARANGAN YANG JAUH LEBIH MURAH DAN BERMUTU SEPERTI BERAS SIAM, NARITA, TOTO...

NAMUN MUNDOK AKAN TETAP DIKUNJUNGI...TETAP DIKUNJUNGI....

Inilah catatan perjalanan ke Pekan Mundok yang nyata memberi kepuasan membeli belah yang mengagumkan untuk seisi keluarga.

Pekan Mundok tidak menjanjikan apa-apa, tetapi pengunjung sering menagih janji di Pekan Mundok....JANJI BARANG MURAH!!!


3 comments:

Unknown berkata...

Lamo weh! tak gi mondok. mace dulu lagi ko?

Unknown berkata...

Esok nk gi mundok

Unknown berkata...

Esok nk gi mundok

Next Previous Home
hostgator coupon code