Muka JEBEK bukan mampu selesai masalah |
Siapa sangka perkara semudah ini juga boleh berlaku, maka tidak hairanlah jika PAS di Kelantan sedar diri dan ubah apa yang patut, bukan hanya tahu melonggok masalah rakyat bawahan dan mementingkan diri kumpulan dan puak sahaja. Setiap masalah rakyat yang diajukan hanya dibalas dengan senyum kambing dan menyalahkan rakyat sahaja. PAS Kelantan yang diterajui oleh MB baru telah mencerminkan sikap yang sebenar. Bagaimana rakyat Kelantan boleh mengharapkan keadaan seperti ini berlaku?
Apakah PAS sudah begitu manggok sehingga merasakan segalanya adalah milik mereka di Kelantan? Apatah lagi bila disoal kepada YB tertentu maka jawapannya amat mudah iaitu pihak bawahan jangan menyusahkan pihak atasan dalam urus tadbir kerana memberi impak dan menyukarkan pentadbir untuk menjawab berbagai persoalan. Begitu mudah pula pihak yang diberi mandat ini melarikan diri dari persoalan rakyat. Nampak sangat kecenderungan para pimpinan membolot segala apa yang ada di Kelantan.
Selaku MB Ahmad Yaakob mesti bijak dan bertegas dalam setengah keadaan, bukan hanya menyerahkan segala beban tugas kepada orang kanan yang sedia maklum memang semuanya kaki jilat belaka. Amat jauh bezanya pentadbiran baru dengan bekas MB yang lalu. PAS lupa dan terus lalai dalam arus mesra rakyat sehingga orang yang sepatutnya menjadi pemimpin di satu2 kawasan dihentikan dan tidak dipilih. PAS lupa kebanyakan yang pangkah PAS sebelum ini adalah terdiri dari orang UMNO juga.
Bodohnya UMNO kerana tidak tahu guna kesempatan yang ada untuk rampas Kelantan, jika CERDIK sikit dan lama PAS tertunggeng. Namun hakikat TAMAK dan gila kuasa yang menjadi darah daging UMNO sejak dulu hingga sekarang menghalang Kelantan dirampas. Padahal umum juga tahu sejauh mana kualiti yang ada pada pemimpin generasi sekarang ini. Semuanya kaki JILAT dan kaki PROJEK sahaja. Apa saja yang ada ggian(bahagian) dan peluang milik negeri, maka di situ jugalah sekonyong-konyong muncul jemaah PAS TERJONGOK menadah tangan menanti habuan masing-masing.
Kalau kerajaan pusat lepas apa yang diminta Kelantan seperti royalti minyak dan sebagainya yang menjadi keinginan rakyat Kelantan kepada kerajaan negeri. Serta merta rakyat akan nampak siapa pemimpin PAS yang paling kaya. Jika tidak 'kroni' mereka. Ini perkara yang semakin parah membiak dalam PAS. Jangan ingat Kelantan ini milik PAS selamanya. Jika tidak menyedari masalah ini begitu serius berlaku takkan ada pokok yang bergoyang.
Kerjasama dengan PKR juga dilihat semakin goyah di Kelantan, seolah ramai kalangan PAS menganggap PKR hanyalah parti picisan sahaja. Jika demikian nampak jelas PAS semakin ego dengan pemimpin dan timbalannya masing-masing mempunyai agenda yang suku-suku. Soal pentadbiran negeri bukan boleh dibuat bahan lawak jenaka yang suka mencabut cocok sesuka hati. Jika jawatan itu sudah diberikan kepada PKR, maka biarlah ia berterusan sehingga ada tempohnya. Bukan main sesuka hati dan memberi alasan tunggul kayu sahaja. Orang lain juga ada perut pedal yang boleh menilai sejauh mana PAS di Kelantan.
Kalau PAS dah rasa hebat sangat, tak payah bekerjasama dengan PKR dari awal lagi, bukan main "suka-suka dia sahaja nak buat apapun." Nampak sangat PAS semakin galok melekehkan parti yang bersamanya. Memecat jawatan kuota PKR untuk digantikan dengan ahli PAS adalah sesuatu yang tidak wajar. Selain itu, kepada YB PAS yang menang bertanding, saya nak sebutkan di sini, banyak2lah masuk kedai kopi bersama rakyat, jangan asyik puasa sahaja siang malam. Bukan rakyat nak makan sangat tea YB tu, tapi nak tengok muka sahaja dah semakin hensem atau semakin kematu. Ini jarang benar berlaku kebelakangan ini, sejak menang tempoh hari. Lalu pun nampak driver sahaja bawa kereta, YB sembunyi.
Jika rasa tahaluf siyasi ini tidak berjaya dan rasa PKR membebankan, lepaskan sahaja PKR, pandailah mereka bawa arah sendiri. Sikap dolak dalih PAS Kelantan mencerminkan betapa lemahnya kepimpinan yang baru sekarang. Rasanya para YB PAS lebih tahu hukum hakam bila menjaga amanah rakyat. Jangan sibuk nak buat rumah besar dan pakai kereta besar sahaja. Jenguk-jenguklah rakyat yang kat bawah ni. Tulisan ini tidak begitu mendalam menghuraikan siapa yang terlibat kerana demi menjaga air muka parti keseluruhan, tapi kiasan ini juga sudah cukup memberitahu kenapa orang selalu SERANG rumah MB Kelantan yang baru. Atas ceria apa hingga demikian rupa berlaku?
0 comments:
Catat Ulasan