Selasa, 7 Januari 2014

SYURA DAN DEMOKRASI : SATU TINJAUAN


TINJAUAN PERBEZAAN

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula.

Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T, mengasaskan sesebuah negara itu adalah berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu segala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi definisi :

Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada rakyat.

Sehubungan itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud : “Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.”

Dalam ayat yang sama Allah S.W.T berfirman:“Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?”

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan.

Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.

Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan seumpamanya.

Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti berikut :"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah ...."

Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu perkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk memilih ketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut.

Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu bantulah saya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi sesebuah pemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh kepadanya.Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada zaman sekarang.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosial antara kaum. Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.


Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.


Bibliografi


Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.

Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.

ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan Pustaka Fajar Kuala lumpur.

H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, Jakarta.

H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.

Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.

Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala Lumpur.

Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs. Muhammad Radjab, Jakarta.

Qamar-UD-DIN-Khan ...19.. , Maududis Theory of the State.

Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.

Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.

Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code