SILA BACA SAMPAI HABIS DAN HAFAL...
1. Adakah demokrasi itu HALAL/HARUS dalam islam?
Sebelum menjawab halal atau haram, marilah kita lihat apakah prinsip demokrasi itu bercanggah dengan islam atau pun tidak. Malangnya pada hari ini, demokrasi yang ada di dunia sudah tidak mempedulikan lagi apa definisi sebenar demokrasi, kerana demokrasi asal sudah dianggap lemah , maka terciptalah pelbagai versi demokrasi. Walaubagaimanapun, pejuang-pejuang demokrasi tidak dapat lari dari mengakui dua hal prinsip asas demokrasi yang menjadi terasnya , iaitu
1. kemenangan pada majoriti
2. kebebasan dan hak setiap insan walaupun minoriti
Kedua-dua teras ini boleh menjadi halal apabila,
1. majoriti adalah haq dan mukmin dan kemenangan pada haq dan mukmin
2. kebebasan diberi dengan tidak melanggar batas syarak, dan hak diberi pada setiap insan walaupun minoriti dengan hak yang diakui oleh syarak.
Dengan kata lain, demokrasi yang halal dalam islam adalah apabila demokrasi tadi tidak melanggar syarak atau yang mengikut syarak. Namun, adakah terkandung syarat dalam perjuangan demokrasi itu adalah mengikut syarak?
Tidak. Malah demokrasi berdiri sendiri atas prinsipnya, lalu sekarang anda mahu pilih menjadi pejuang syarak atau pejuang demokrasi? Jika anda pilih menjadi pejuang syarak, anda juga boleh mendapat apa yang demokrasi yang mengikut syarak mahu dapatkan iaitu keadilan, haq, keamanan, keredhaan Allah.
Namun, jika anda menjadi pejuang demokrasi, bolehkah anda jamin demokrasi anda mengikut syarak?
Lihat kembali prinsip teras tadi:
1. kemenangan pada majoriti
bagaimana anda boleh menjamin majoriti akan sentiasa adalah haq dan mukmin?
Jika majoriti bukan haq dan mukmin, dan kemenangan berpihak pada batil dan kuffar, dan anda membenarkan kemenangannya dan redha atas ia, hukumnya HARAM dan bukan halal.
2. kebebasan dan hak setiap insan walaupun minoriti
bagaimana anda boleh menjamin kebebasan dan hak yang diberi adalah merujuk pada syarak, sedangkan tiada peraturan demokrasi wajib mengikut syarak dalam perjuangan mereka?
Asasnya kebebasan yang sering dipakejkan dalam demokrasi terbanyak adalah kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan media,kebebasan berpersatuan dan sebagainya.
Apa jaminan anda kebebasan bersuara dalam demokrasi boleh bersuara mengikut syarak?
Apa jaminan anda kebebasan beragama dalam demokrasi boleh bebas beragama mengikut syarak?
Apa jaminan anda kebebasan media dalam demokrasi boleh bebas media mengikut syarak?
Apa jaminan anda kebebasan berpersatuan dalam demokrasi boleh bebas berpersatuan mengikut syarak?
Bebas bersuara dalam keadaan dunia muslim diserang pemahaman dan ajaran menyerang ketulenan islam, dan anda mahu biarkan ia bebas?
Bebas beragama dalam keadaan dunia muslim diserang gejala murtad dan gerakan memurtad yang berleluasa, anda mahu biarkan si murtad bebas?
Bebas media dalam keadaan dunia muslim diserang media penuh putarbelit, berita fasik, hedonisme,aksi mungkar yang bertebaran, anda mahu biarkan ia bebas?
Bebas berpersatuan dalam keadaan dunia muslim makin berpecah, dan masing-masing persatuan merasakan diri mereka yang paling betul dan di saat ini kita panggil muslim bersatu, di saat ini juga kita lepaskan untuk muslim berpecah dan berseteru?
Anda boleh pilih demokrasi jika anda dapat mengawal dan berikan jaminan sepenuhnya bahawa semuanya akan meninggikan syariat Allah. Tapi jika syariat Allah direndahkan atas kerana demokrasi yang anda angkat tinggi-tinggi ini, andalah celaka yang merosakkan agama.
2. Jika ana tak sokong demokrasi, ana tak boleh mengundi pilihanraya, jika ana tak mengundi, puak kuffar akan menang, bagaimana?
Maka silalah mengundi supaya puak kuffar tidak menang. Tapi jangan sesekali memperjuangkan demokrasi sebagai asas perjuangan anda. Anda mengundi bukan kerana anda mahu demokrasi subur, tetapi anda mengundi supaya batil dan kuffar tidak menang. Itu strategi yang baik dan patut dipuji.
3. Jika tuan/puan kata strategi mengundi supaya puak kuffar kalah dalam pilihanraya satu strategi yang baik, mengapa demokrasi bukan suatu strategi yang baik untuk mengangkat islam?
Nanti dulu, mengundi untuk mengalahkan puak kuffar itu satu strategi yang baik. Maka tentunya kita mengundi untuk mengangkat islam dalam pilihanraya juga suatu strategi yang baik. Tapi harus diingat, para pejuang islam mestilah dengan terang memaklumkan kemenangan mereka nanti akan mengangkat islam paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya termasuk demokrasi.
Dengan kata lain, pejuang islam hanya boleh menyertai pilihanraya dengan maksud dan tujuan menawarkan islam untuk diangkat menjadi teras negara dan mengajak majoriti umat menyokong untuk menjalankan syariat islam yang bukan berteraskan kepada majoriti tetapi berteraskan alquran dan sunnah nabi s.a.w.
Lalu, demokrasi bukan teras, demokrasi bukan sistem lagi, demokrasi bukan dasar, tapi islam, syariat, hukum Allah menjadi teras, sistem dan dasar.
Dengan kata lebih mudah, strategi menyertai pilihanraya boleh dimaafkan apabila kita menyertai untuk menghapus sistem-sistem yang berteraskan akal manusia semata-mata dan menggantikan dengan sistem yang dibawa Nabi dan para sahabat yang diperintahkan Allah s.w.t.
4. Lalu mengapa tuan/puan tidak mendaftar diri sebagai pengundi padahal tuan/puan boleh membantu Parti Islam SeMalaysia untuk mengangkat syariat Allah sebagai dasar.
Siapa kata Parti Islam SeMalaysia akan angkat syariat Allah sebagai dasar dalam keadaan diri bertanding bukan atas kapasiti perjuangan mengangkat syariat semata-mata? Tetapi dengan perjanjian bersama Pakatan Rakyat, mereka juga setuju untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan memperjuangkan DEMOKRASI.
Sudah ana nyatakan tadi, perjuangan menegakkan syariat jika bertanding dalam pilihanraya pun hanya menggunakan kesempatan yang ditawarkan DEMOKRASI sebagai suatu strategi untuk memenangkan ISLAM, bukannya memperjuangkan DEMOKRASI yang akhirnya yang menang adalah DEMOKRASI. Tak mungkin DEMOKRASI boleh diperjuangkan bersama-sama dengan SYARIAT ISLAM. Batas dan hukumnya berbeza. Apa yang demokrasi hukumkan, tidak dihukumkan Syariat dan apa yang Syariat hukumkan tidak dihukumkan demokrasi.
Maka ana tak nampak apa-apa yang ana boleh lakukan, kerana mendaftar menjadi pengundi pun jika pilihan yang ana ada kedua-duanya memperjuangkan DEMOKRASI dan bukannya SYARIAT maka di mana strategi mengangkat Islam yang dapat ana bantu jika yang akan ana bantu nanti kedua-duanya adalah DEMOKRASI yang menghalalkan mungkar dan kebatilan kuffar?
5. Bukankah PAS memperjuangkan syariat Allah seperti hukum hudud?
PAS mungkin memperjuangkan syariat Allah, tetapi PAS bukan berjuang seorang diri sekarang, mereka perlu berbincang bersama parti lain yang menjadi pakatan mereka sama apabila mereka mahu buat KEPUTUSAN.
Ana tidak redha untuk memberi undi pada perbincangan tentang perlaksanaan syariat dengan meminta pendapat dari kuffar. Orang Kafir tidak layak memberi pendapat mengenai samada syariat Allah patut atau tidak patut dijalankan. Anda sanggup beri orang kafir buat keputusan untuk anda? Silakan. Ana pada pendapat peribadi ana tidak menyetujuinya.
6. Adakah tuan/puan fikir Malaysia yang majmuk mampu menjalankan syariat Allah tanpa melibatkan orang kafir?
Tuan/puan kena tahu bagaimana Piagam Madinah dibentuk. Hak orang kafir diberikan, tetapi bukan menjadi hak orang kafir membuat keputusan samada hak Allah dijalankan atau tidak.
Ana tidak fikir orang kafir di Malaysia tidak bersetuju jika semua hak mereka yang diakui syariat diberikan, mereka akan terus aman dan dilindungi, mereka boleh beribadah dengan agama mereka, mereka boleh belajar dan mencari rezeki.
Kita lihat bagaimana minoriti Islam di Amerika sanggup bersetuju dengan sistem demokrasi negara Amerika selagi mereka diberikan hak yang adil.
Lalu, mengapa sistem Syariat Islam tidak boleh dipersetujui oleh minoriti kuffar yang ada di Malaysia selagi mereka diberikan hak. Bukankah Syariat Allah lebih adil dalam mengagihkan hak sesama manusia berbanding sistem Demokrasi? Atau anda tidak bersetuju tentang itu dan merasakan Demokrasi lebih adil dari Syariat Islam? Istighfar saudara, istighfar.
7. Ana merasakan Syariat Islam lebih adil daripada sistem Demokrasi, tetapi adakah tuan/puan yakin orang kafir bersetuju dengan hal itu, padahal mereka tak kenal apa itu Syariat Islam?
Ha, rupa-rupanya tuan/puan juga mengakui orang kafir tidak kenal Syariat Islam! Maka, tanggungjawab kitalah untuk memperkenalkannya. Nampaknya kita tak jalankan tanggungjawab kita. TAPI KITA HANYA SIBUK MENGKRITIK SISTEM DMOKRASI ITU SAHAJA.
Jika kita menyertai pilihanraya, fokus memperkenalkan sistem Islam ini wajar diberikan penekanan lebih dari sibuk nak buka kain orang, serangan peribadi, menjawab isu-isu semasa dari sumber yang belum sahih, memperbesarkan sangka-sangkaan dan konflik tikam menikam. Atau sibuk memekik nak perjuang demokrasi, asyik sebut demokrasi saja memanglah orang lebih kenal demokrasi daripada syariat Islam. Nak angkat syariat Islamkah atau nak angkat demokrasikah?
Jika sebagai orang yang mengakui wakil atau pejuang siasah syariiyah memperkenalkan apa itu syariat islam setiap hari, ana merasakan tidak ada sebab mengapa orang kuffar tidak kenal lagi apa itu syariat islam selepas lebih 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan. Nampaknya seperti ada pembuangan masa di situ, apa sebabnya ya, sama-sama kita fikirkan.
Oleh itu, jangan tunggu lagi, mulai sekarang banyakkan terangkan apa itu syariat islam lebih banyak daripada demokrasi. Disebabkan masa pun sudah suntuk, maka apa penting lagi demokrasi nak diangkat-angkat, kalau masa nak terangkan apa itu syariat islam pun tak sempat dan tak cukup masa.
BAHKAN KITA SERING MEMBOBROKKAN DEMOKRASI TANPA SEDIKITPUN CUBA UTK MENDAKWAHKAN KUFFAR UNTUK MASUK ISLAM, KONONNYA KERANA SISTEM DEMOKRASI TELAH MENGGAGALKAN USAHA INI.
BILA MENGHUKUM DEMOKRASI ITU ADALAH SESUATU YANG HARAM LAGI SYIRIK, MAKA SEGALA MANUSIA YANG TERLIBAT DENGAN SISTEM INI AKAN DIHUKUMKAN SEBAGAI KUFFAR.
RENTETAN DARI PENGHUKUMAN INI SECARA HALUS DAN MULUS, SEGALA MASJID DAN PARA IMAM YANG BERSEKONGKOL DENGAN KERAJAAN YANG DEMOKRASI JUGA AKAN DIHUKUMKAN SEBAGAI KUFFAR. JADI BAGAIMANA? BENARKAH DEMIKIAN? SESUNGGUHNYA RAMAI YANG MENGAMBIL TUGAS ALLAH UNTUK MENGHUKUM AMAL IBADAT SESEORANG, SEHINGGA SANGGUP MEMULAUKAN MASJID UNTUK BERJEMAAH DAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT YANG FARDHU SEMATA-MATA KERANA MENOLAK SISTEM DEMOKRASI YANG TURUT MEMBAWA BERSAMANYA BERBAGAI RANTAIAN KEKUFURAN....MAKA APAKAH INI YANG ISLAM MAHUKAN?
JIKA ISLAM SEBAGAI MINORITI, SUDAH TENTU AKAN DIHUKUM SESAT SELAMANYA, KERANA APA? KERANA TIDAK BERJIHAD MENENTANG KUFFAR YANG RAMAI...??? BENARKAH BEGITU? INIKAH YANG ISLAM MAHU??
SEBAB ITU KENA TAHU JIKA HUKUM MAKAN BABI ITU HARAM? WALAUPUN PERNAH TERMAKAN...APAKAH SELAMANYA IA HARAM??? DEMOKRASI JUGA ADALAH HARAM...TAPI INILAH KEADAAN YANG MESTI SEDAR DALAM KONTEKS MALAYSIA PADA HARI INI.
SEBAB ITU ADANYA PENAKRIFAN HUKUM DARURAT MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH KEPAYAHAN ITU HINGGA TERPAKSA MENGAMBIL JALAN YANG MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN RUANG ITU, MAKA SESUATU YANG HARAM ADALAH DIHARUSKAN....INI YANG MESTI SELALU GOLONGAN PENENTANG DEMOKRASI KENA INGAT...
BILA DIKATAKAN BERPERANG DAN BERJIHAD, MAKA RAMAI YANG TIDAK SANGGUP, BAHKAN TIDAK DISEBUT DALAM PERATURAN-PERATURAN MENENTANG DEMOKRASI, MAKA PERKARA INI MASIH DI BAWAH DARURAT
FIKIR-FIKIRLAH BAHAWA DALAM KAEDAH FIQ DAN USUL, BUKAN PERKARA YG HARAM TETAP HARAM SELAMANYA, JIKA ADA KEADAAN DARURAT....MAKA YANG HARAM JUGA DIHARUSKAN DALAM ISLAM....
1. Dalil al-Qur’an
Firman Allah:
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٍ۬ وَلَا عَادٍ۬ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang [ketika disembelih] disebut [nama] selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa [memakannya] sedang ia tidak menginginkannya dan tidak [pula] melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Baqarah [2]: 173)
Ayat-ayat yang senada dengan ini banyak sekali, yaitu: al-Maidah [5] ayat 3, al-An’am [6] ayat 119 dan 145, dan an-Nahl [16] ayat 115. Ayat-ayat ini menunjukkan pembolehan mengkonsumsi makan makanan yang haram tersebut dalam kondisi darurat. Dengan ini, semua yang asalnya haram pun bisa menjadi boleh jika dalam kondisi darurat.
2. Dalil as-Sunnah
Kisah Ammar bin Yasir radhiyallahu ‘anhu. Para ulama tafsir, berkaitan dengan firman Allah dalam QS. An-Nahl [16] ayat 106, meriwayatkan tentang kisah Sahabat Ammar bin Yasir radhiyallahu ‘anhu ketika disiksa oleh orang kafir. Mereka memaksanya kufur akan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka dengan terpaksa Ammar mengikuti kehendak mereka. Kemudian Ammar mengadukan hal itu pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bertanya: “Lalu bagaimana dengan hatimu sendiri?” Ammar menjawab: “Masih sangat mantap dengan keimanan.” Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika mereka menyiksamu lagi, lakukan seperti yang engkau lakukan tersebut.” Maka Allah menurunkan firman-Nya:
مَن ڪَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِهِۦۤ إِلَّا مَنۡ أُڪۡرِهَ وَقَلۡبُهُ ۥ مُطۡمَٮِٕنُّۢ بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَـٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرً۬ا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬
Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman [dia mendapat kemurkaan Allah], kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman [dia tidak berdosa], akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (QS. An-Nahl [16]: 106)
Kisah ini sangat jelas menunjukkan bahwa apa yang dilakukan oleh Ammar bin Yasir radhiyallahu ‘anhu –dengan tindakan kekufurannya- tidak menjadikan dia kufur, karena beliau melakukan itu dalam keadaan TERPAKSA (DARURAT).
3. Dalil kaedah umum syarie
Masalah keadaan DARURAT ini termasuk dalam kaedah-kaedah umum, iaitu:
Pertama: Syariat Islam ini terdiri atas dasar untuk mendatangkan kemaslahatan dan menolak mafsadat.
Kedua: Syariat Islam terdiri untuk menjaga lima pokok utama iaitu: agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta.
Ketiga: Syariat Islam terdiri di atas dasar kemudahan dan menghilangkan kesulitan.
Keempat: Hukum-hukum Islam terdiri atas dasar kemampuan hamba.
PENGERTIAN “DHORUROT”
Makna umum adalah sesuatu yang harus ada demi tegaknya maslahat agama dan dunia; yang dalam perkara ini ada lima, iaitu: penjagaan pada agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta.
Dalam makna ini, keperluan seseorang itu ada tiga peringkat: dhoruriyyat, hajiyyat, dan kamaliyyat.
Dhoruriyyat adalah lima perkara di atas yang tidak akan tegak kehidupan manusia tanpanya.
Hajiyyat adalah sesuatu yang diperlukan manusia dalam kehidupannya, namun jika tidak ada maka manusia tidak akan binasa, hanya kehidupannya akan sangat susah.
Kamaliyyat adalah sesuatu yang hanya sebagai penyempurna kehidupan manusia, agar kehidupan mereka menjadi nyaman dan nikmat.
Adapun dalam makna khusus, dhorurot adalah:
“Sebuah keperluan yang sangat mendesak yang menjadikan seseorang terpaksa melanggar larangan syarie.”
Maknanya, keadaan darurat adalah sesuatu yang sangat mendesak, di mana tidak mungkin dihindari yang menyebabkan seseorang menerajang dan melanggar larangan syarie yang bersifat haram. Dan kalau keharaman itu tidak diterajang maka akan menyebabkan sesuatu yang membahayakan dirinya.(SILA FAHAM)
Lalu apakah batas bahaya tersebut? Imam Suyuthi –dalam Asybah wan Nazho’ir- menjawabnya. Beliau rahimahullah berkata:
“Dhorurot adalah sampainya seseorang pada sebuah batas di mana jika dia tidak melakukan yang terlarang (haram) maka dia akan binasa atau mendekati binasa. Keadaan inilah yang membolehkan pelanggaran larangan.”
SEKIAN TERIMA KASIH.
Maka promosi Islam, cintai Islam, perjuang Islam.
"..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu."
(Al maidah :3)
Sabtu, 30 November 2013
DEMOKRASI DALAM DEMOGRAFI MALAYSIA: HALAL, HARUS, HARAM? SATU TINJAUAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan