Kisah ini hanyalah sebahagian dari viral yang berlaku masa kini, bukan mengaibkan sesiapa, sekadar berkongsi sejarah...yang fakta, bukan autariot...
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
KISAH KISAH YANG TIDAK DISEBUT OLEH MACAI MACAI UMNO..
P/S: PENDEDAHAN INI HANYALAH SEKADAR BERTUJUAN UTK MENCERITAKAN KEPADA KHALAYAK AKAN SEJARAH HEBAT SEORANG PEMIMPIN NEGARA DI MATA MACAINYA...SEJARAH YANG DILUPAKAN TERHADAP TOKOH NEGARAWAN MALAYSIA...
...mengikut komen yang diterima, Ku Yie sudahpun berpindah ke Ukay Height di Ulu Kelang. Dan Toh Puan Rahah masih lagi tinggal bersama dgn Ku Yie walaupun sudah tidak lagi menjadi menantu.
Kesimpulannya...kenapa Toh Puan Rahah tidak tinggal bersama Najib dan Rosmah...kenapa pula dengan Ku Yie???
SUMBER: ARKIB NEGARA
0 comments:
Catat Ulasan