Khamis, 9 Mei 2013

UMNO JANGAN RAMPAS HAK RAKYAT - ANWAR IBRAHIM



DEMOKRASI BREAKDOWN BY UMNO....

SHAH ALAM – Melabel penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang menyertai himpunan “Blackout 505” di Stadium Kelana Jaya, malam tadi sebagai tidak menerima hakikat kekalahan adalah satu penghinaan yang besar kepada rakyat.

Membidas tuduhan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya kemenangan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu pembohongan secara terang-terangan.

“Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ia boleh diterima? Mereka yang tidak boleh menerima kekalahan dan terpaksa melakukan penipuan itu untuk kekal berkuasa.

“Anda berada di pihak yang benar dan kebenaran akan menang atas kepalsuan.

"... mereka enggan melepaskan kuasa. Jadi, mereka gunakan semua jenis penipuan untuk menutup mulut dan suara anda. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lakukan kerja kotor mereka dengan terpaksa melakukan semua jenis penipuan dan mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Tegasnya, beliau akan terus membantah penipuan dan tindakan menafikan kemenangan parti pembangkang merupakan sesuatu yang memalukan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Katanya, peserta himpunan itu berhak untuk menyatakan kemarahan masing-masing setelah undi mereka dirampas.
“Anda mempunyai hak untuk merasa sakit dan dihina dengan tuduhan yang mengatakan anda tidak bersyukur dan tamak hanya kerana anda mengundi Pakatan.

“Mereka kini bermain dengan api perkauman dan menimbulkan kebencian serta menggunakan pelbagai taktik untuk menakut-nakutkan anda.

“Tetapi saya yakin anda tidak takut. Kerajaan Umno-BN yang tidak sah itu tidak mudah untuk menutup mulut anda daripada bersuara dan menuntut hak anda.

“Ini menunjukkan anda tidak akan berhenti sehingga keadilan dan kemenangan akan dikembalikan kepada anda,” ujarnya.

Perhimpunan semalam yang disertai oleh ratusan ribu penyokong PR dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berhimpun untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap kezaliman dan penipuan pemerintah.

HJ HADI SEBAK



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code