Jumaat, 10 Mei 2013

MCA DIGESA TINGGALKAN BN...

MCA sudah tidak relevan lagi dalam masyarakat Cina kebelakangan ini, parti tua itu sudah ketinggalan zaman. Selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu dan mencatat sejarah paling hitam dalam 64 tahun kewujudannya. Sudahlah tidak diterima bangsa sendiri iaitu Cina paling malang MCA hanya dibantu oleh orang Melayu untuk mencapai kemenangan calonnya. Melayu yang sanggup tukar ganti antara calon pembangkang yang Islam dan calon dari MCA. Mentaliti Melayu seperti ini sahaja yang ada untuk menolong BN meraih kerusi.

Peristiwa paling getir ini telah menyebabkan BN semakin lemah hingga ada suara-suara sumbang yang cuba memujuk DAP bergabung ke dalam BN dan secara sinisnya menolak MCA ke tepi. UMNO juga sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan MCA serta barisannya. Cukuplah MCA bernaung di bawah UMNO dalam satu komponen. UMNO tak sudi lagi merajakan MCA yang asyik kalah saja.

Langkah yang paling wajar bagi MCA lakukan hanya ada 2 cara sahaja, iaitu membubarkan partinya atau sertai Pakatan Rakyat. Inilah langkah yang terbaik diambil memandang kewujudannya seolah tergantung, hidup segan mati tak mahu. Tiada guna Cina berpecah menjadi beberapa kumpulan. Sebaiknya bersatulah baru ada kekuatan. Jangan risau soal keharmonian negara, Malaysia masih punyai raja. Orang Melayu sama sekali tidak perlu takut kepada Cina jika mereka bergabung dan sertai PR. Melayu tetap terjamin.

Apatah lagi MCA dijangka bakal berdepan dengan satu lagi pusingan perbalahan dalaman yang sengit.

Ini boleh membawa kepada mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk menyingkirkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan membatalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai kerajaan.

Resolusi menolak semua jawatan dalam kerajaan - dari jawatan menteri hinggalah ke peringkat ketua kampung jika parti itu kalah lebih teruk daripada 2008 - telah dicadangkan oleh Soi Lek dan disokong parti itu dalam mesyuarat agung tahunan pada 2011 dan 2012.

Selepas keputusan diketahui pada malam Ahad lalu, pelbagai bahagian MCA yang menjadi penyokong setia Soi Lek, telah menghantar surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil dalam majlis pihak berkuasa tempatan

Soi Lek (kiri) sendiri juga mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai

pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang selepas menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi terus memegang jawatan presiden parti sehingga pemilihan parti akan datang, yang dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan.

Mereka yang tidak sehaluan dengan kem Soi Lek telah melancarkan gerakan digelar "Selamatkan Jawatankuasa Parti 3.0" untuk menyingkirkan beliau.

Rumusannya MCA sudah tidak layak bersama dalam BN, keluarlah dari kepompong lama dan jadikan organisasi itu lebih perkasa bersama Pakatan.


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code