DAN INILAH PERSEPSINYA....SEJARAH YANG DITULIS DAN DIGAMBARKAN OLEH PERAWINYA AKAN MENCERITAKAN KEHEBATAN KAUM YANG DISOKONGNYA TANPA MENGIRA AKAN KEBENARAN. AKHIRNYA SIAPA YANG MENENTUKAN CORAK PENCERITAAN YANG BERIKUTNYA? SUDAH TENTU GENERASI YANG PERCAYA PERSEPSI TERSEBUT.
INILAH MELAYU YANG DIKATAKAN PEJUANG OLEH UMNO...YANG SANGGUP BERDIRI MENJAGA MAYAT TOK JANGGUT...SIAPAKAH ANAK CUCU MEREKA??? JIKA ADA SUDAH TENTU MEREKA AKAN KATAKAN BAHAWA TOK NENEK MEREKA DULU ADALAH PAHLAWAN TERBILANG KERANA BERJAYA MEMBUNUH MUSUH NEGARA IAITU TOK JANGGUT.
MEREKA AKAN BERSORAK GIRANG KERANA BERJAYA MEMBUNUH TOK JANGGUT, WALHAL DALAM SATU LAGI PERSEPSI, RAMAI YANG TAHU BAHAWA TOK JANGGUT ADALAH SEORANG PENENTANG BRITISH YANG TEGAR. MENENTANG KERANA PENINDASAN BRITISH YANG MENINDAS RAKYAT DENGAN BEBAN CUKAI YANG DIKENAKAN.
NAMUN DI SATU SUDUT BRITISH, CUKAI PERLU UNTUK MENAMPUNG OPERASI PENTADBIRAN DAN PENDAPATAN UNTUK MENGURUS KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN NEGERI, APATAH LAGI SULTAN JUGA PADA MASA ITU PERLU DIJAGA DAN DIBERI ELAUN SECUKUPNYA.
AKHIRNYA PENDAPAT DAN CERITA SEBEGINI HANYA MENJADI BAHAN KEPADA ORANG BERADA PADA KETIKA ITU. RAMAI YANG MENGATAKAN BAHAWA TOK JANGGUT ADALAH PEJUANG, NAMUN ANAK CUCU PENJAGA MAYAT TERSEBUT SUDAH TENTU MERASAKAN YANG SEBALIKNYA.
PALING MALANG BILA PERKARA SEPERTI INI BERLAKU KEPADA MAT INDERA SUATU MASA DAHULU, UMNO MENGATAKAN DIA PENDURHAKA, BAHKAN TIDAK KURANGNYA YANG KATA DIA ADALAH SEORANG PEJUANG. HAKIKAT SEBENARNYA RAMAI YANG LUPA AKAN PERKARA PENTINGA DALAM TRAGEDI TERSEBUT IAITU "LATAR MASA".
BENARKAH MAT INDERA MENENTANG BRITISH ADALAH BERMAKSUD DURHAKA KEPADA KERAJAAN? SEDANGKAN PADA KETIKA ITU BRITISH ADALAH MERUPAKAN KERAJAAN YANG MENJAJAH NEGARA INI. RAMAI YANG TERLUPA AKAN LATAR MASA, APATAH LAGI LATAR TEMPAT KEJADIAN. BAHKAN MAT INDERA HANYALAH BAYANGAN TENTERA SULUK DI LAHAD DATU YANG DIKATAKAN PENGAMAL ILMU HITAM DENGAN MEMAKAI BERBAGAI TANGKAL, HINGGA TERPAKSA DIRACUN UNTUK MEMBUNUHNYA. INILAH PERISTIWA YANG TIDAK DIAKUI.
SEBALIKNYA APA KATA WARIS MAT INDERA YANG MASIH HIDUP? WOW, SUDAH TENTU CERITA KEBURUKAN MAT INDERA TIDAK MEREKA IKTIRAF APATAH LAGI MENUDUH MAT INDERA SEBAGAI KOMUNIS.
SEBALIKNYA APA YANG UMNO KATA? SENDIRI MAU INGATLAH, BANYAK VERSI YANG MULA DILAKAR OLEH UMNO, BANYAK DITULIS DALAM INTERNET NI....CARILAH SENDIRI.
SIAPA PULA DIA INI (DALAM GAMBAR), BELIAU IALAH AHMAD BOESTAMAN YANG DIIRING POLIS UNTUK KE PENJARA. SIAPA POLIS ITU? MELAYU YANG BERKHIDMAT UNTUK BRITISH. APA PULA PERSEPSI SEJARAH TERHADAP BOESTAMAN?
APAKAH DIA SEORANG PEJUANG ATAU SEORANG PENDURHAKA?
TAPI PERNAHKAH DIBINCANGKAN AKAN STATUS 'POLIS' TERSEBUT?
APAKAH DIA SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN?
ATAU APAKAH DIA JUGA SEORANG PENGKHIANAT KERANA BERSEKONGKOL DENGAN PENJAJAH?
ATAU APAKAH PERSEPSI ANDA SEBAGAI PEMBACA?
APA PULA MAKSUD GAMBAR DI ATAS?
INI ADALAH OPERASI YANG DILAKUKAN OLEH ASKAR 'MELAYU' YANG DIUPAH BRITISH UNTUK MENANGKAP DAN MENGGELEDAH RUMAH-RUMAH YANG JUGA ORANG MELAYU, TAPI DITUDUH SEBAGAI PENENTANG KERAJAAN....IAITU KERAJAAN BRITISH...
MEREKA DITUDUH SEBAGAI RADIKAL DAN REVOLUSINER YANG MEMBERI TENTANGAN HEBAT TERHADAP BRITISH.
JADI APA PULA PANDANGAN ANDA TERHADAP SITUASI INI?
APAKAH ANDA KIRA ORANG YANG DIBURU ITU PEJUANG ATAU PENDERHAKA? ATAU YANG MEMBURU BERSAMA ASKAR UPAHAN BRITISH INI SEBAGAI PEJUANG?
NILAILAH DENGAN FIKIRAN YANG TAJAM LAGI BIJAK. ATAU APAKAH ANDA RASA INI SEMUA ADALAH SUATU KEJADIAN YANG TIADA KAITAN DENGAN STRUKTUR MASYARAKAT DAN SISTEM POLITIK HARI INI? FIKIR-FIKIRKAN....
6 comments:
Ada seorang calon pembangkang yang terkenal di dalam PRU 13 yang baru lepas yang menyokong komunis dan menggelarkan Mat Indera sebagai 'hero'. Beliau juga mengatakan yang PKM adalah pejuang kemerdekaan sehingga menyebabkan anggota-anggota polis dan tentera yang telah bertungkus lumus memerangi komunis di masa dharudat dahulu sangat marah kepadanya.
Apa jadi dengan dia di PRU 13?
Kantoi!
BENARKAH ZAMAN DARURAT ITU DITAMSILKAN SEBAGAI ZAMAN 'MERDEKA'? SIAPA YANG BERKUASA PADA ZAMAN DARURAT 1948? MAT INDERA PULA HIDUP SEHINGGA 1953...APAKAH DIA JUGA LAYAK DIGELAR PETUALANG? SEDANGKAN MERDEKA HANYA DIISYTIHARKAN PADA TAHUN 1957. DARURAT PULA TAMAT 3 TAHUN SELEPAS ITU...
HANYA MEREKA YANG BERADA DIDALAM SITUASI PADA MASA TERSEBUT DAPAT MENILAIKANNYA...PARTAI KOMUNIS MALAYA...TAHUKAH ANDA APA MEREKA BUAT KEPADA ORANG-ORANG MELAYU PADA KETIKA ITU...
Laailaahaillallahmuhammadurrasulullah. Taat PERINTAH ALLAH SELURUH kehidupan ikut cara nabi muhammad saw.
Laailaahaillallahmuhammadurrasulullah. Taat PERINTAH ALLAH SELURUH kehidupan ikut CARA NABI MUHAMMAD SAW
Laailaahaillallahmuhammadurrasulullah. Taat PERINTAH ALLAH, SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA nabi muhammad saw
Catat Ulasan