Sabtu, 25 Mei 2013

BUKAN TOLAK KEPUTUSAN PILIHAN RAYA...TAPI TOLAK PERJALANAN PILIHAN RAYA : HUSAM MUSA..



PERHIMPUNAN UNTUK MENUNJUKKAN BETAPA DEMOKRASI SUDAH HANCUR...

Pakatan dikalahkan oleh SPR

PETALING JAYA 25 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Sin berkata, walaupun Pakatan Rakyat berjaya menewaskan Umno BN 5 Mei lalu, namun gabungan itu gagal menawan Putrajaya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkomplot memenangkan pihak lawan.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong penuh hasrat Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar SPR direformasikan secara menyeluruh.

“Reformasi SPR adalah segala ibu kepada reformasi kerana keputusan PRU jelas memihak kepada Pakatan kerana kita berjaya meraih 51 peratus undi popular berbanding pihak lawan hanya 47 peratus.

“Sayangnya, kita tewas ditangan SPR,” katanya menyokong ucapan presiden di kongres KEADILAN Petaling Jaya hari ini.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code