SEJAK sehari dua ini ramai golongan Hindu dari MIC termasuk Gobalakrishnan berdiri teguh di belakang Zulkifli Nordin dan memaafkan perbuatannya yang mengatakan Tuhan Hindu lemas air seolah tak pandai berenang. Gobalakrishnan yang mengambil alih sebagai jurucakap yang mewakili kaum India di Malaysia dengan mudah memberi kemaafan kepada Zulkifli Nordin kerana katanya Zulkifli Nordin sudah insaf.
Gobalakrishnan kata orang Hindu tidak kisah dengan penghinaan tersebut kerana mereka satu pasukan. Zulkifli Nordin yang sebelum ini lantang menghina agama Hindu sekali gus menafikan dan mengatakan ianya telah diedit. Sungguh hina kenyataan ini kerana dengan jelas video tersebut bukan satu yang diedit malah terang dan amat jelas sekali.
Bahkan Zulkifli Nordin yang membuat kenyataan itu kemudian turut mereka cipta fitnah yang baru terhadap Pakatan Rakyat. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan UMNO semakin jauh tersesat daeri landasan dan terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan cara yang amat jijik. Sebaliknya rakyat perlu diingatkan akan perbuatan ini mungkin digunakan oleh UMNO sendiri.
Sesungguhnya perbuatan ini jelas menunjukkan fitnah bahawa tidak mustahil UMNO akan melakukan perkara tersebut. UMNO akan buat kekecohan dan akan menuduh PR melakukannya. Sudah banyak kali perbuatan salah dan jenayah dilakukan UMNO tapi yang disalahkan ialah pembangkang. Contoh nyata ialah isu Lahad Datu, yang bagi IC ialah UMNO, yang kena tuduh ialah pembangkang (DSAI), yang lambat ambil tindakan ialah Hishamuddin, tapi yang kena tuduh ialah Tian Chua. Inilah skrip politip mainan UMNO untuk kekalkan kuasa.
Khamis, 4 April 2013
(VIDEO) SELEPAS HINA TUHAN HINDU, ZULKIFLI NORDIN MEMFITNAH PAKATAN DAN MERANCANG HURU-HARA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan