Rabu, 3 April 2013

CUBAAN BERSIHKAN NAMA DALANG LAHAD DATU - MUHAMMAD RIDZWAN GIAT DILAKUKAN


Muedzul-Lail Kiram adakan sidang media bersih nama Muhammad Ridzwan

AMPANG - Pewaris Sultan Sulu, Muedzul Lail Tan Kiram telah mengadakan sidang media di Filipina bagi membersihkan nama Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh salah seorang pekerja beliau, Nurul Ain Abdullah ketika dihubungi ABN News.

“Sultan Sulu Muedzul-Lail Kiram sedia untuk memberikan keterangan lanjut, beliau juga sudah mengadakan sidang media di Filipina untuk memberi keterangan,” katanya.

Muhammad Ridzwan telah ditahan semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya semalam bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas di Sabah.

Beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama tujuh hari dan dibawa ke Ibu Pejabat Kontigen Shah Alam selepas 5 jam disoalsiasat.

Dalam pada itu, Nurul Ain memberitahu, pihaknya tidak dapat menemui Muhammad Ridzwan ketika ini memandangkan beliau masih ditahan untuk soal siasat.

“Mereka tahan beliau 48 jam, kita tidak boleh jumpa Datuk, kita tidak tahu PDRM tahan berapa hari, Datuk Seri tidak buat salah.

“Beliau tidak buat jahat, cuma tolong sahaja Muedzul-Lail Kiram, hubungan itu sahaja, tidak unsur-unsur keganasan. Tiada rekod jenayah yang dilakukan oleh Datuk,” katanya.

P/S: BILA SUDAH TERHUTANG BUDI, MAKA INILAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SETIAP MANUSIA BAGI MEMBALAS JASA TERSEBUT, WALAUPUN BERKAITAN DENGAN JENAYAH YANG DILAKUKANNYA.



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code