Jumaat, 8 Mac 2013

SEBELUM MENGAGAK APA YANG BAKAL UMNO BUAT TERHADAP BAPA SAIPOL LEPAS NI....BAIKLAH ADMIN HURAIKAN DULU SEBAB MENGAPA PENGAKUAN INI DIBUAT...



Sebenarnya mengikut Saipol, sebelum ini dia telah didatangi dengan mimpi ngeri. Mimpi yang sentiasa menghambat beliau sama ada dalam berjaga mahupun dalam tidur. Sumpah laknat yang dibuatnya dulu sudah mula dirasakannya.

Andai peristiwa pengakuan tersebut lahir dari hati Saipol yang diterjemahkan melalui ayahnya seperti gambar di atas. Ibarat "Pak encik...Labu dah pecah lobang..." kata Labi dalam sketsa Labu Labi. Maka amat jelas bahawa rakyat negara ini seluruhnya wajar menolak Najib dan Barisan Nasional. Ini adalah satu fitnah yang maha dasyat. Selaku seorang yang bergelar makhluk ciptaan Allah. Maka Najib adalah manusia paling jahat di abad ini.

Namun sebelum admin meneruskan sedikit lagi ingin diingatkan kepada Saipol bahawa agenda dan paksaan Najib kepada kamu sehingga bertahun orang yang kamu tuduh terpaksa berdepan dengan musibah dan keaiban yang maha dasyat. Lalu kamu terpaksa bersumpah dengan menggunakan kalimah Allah. Tapi mengapa kini kamu meminta ayah kamu buat pengakuan tersebut?

Mengikut kenyataan ayah kamu, beliau merasa tidak tenang kerana dihambat rasa bersalah berpanjangan. Mengapa kamu masih berselindung? Akuilah hakikat kebenaran ini.

UMNO dan sekutunya tidak akan melihat kamu sebagai orang yang selamat lagi. Kamu berdua akan dikeji dan dihina oleh orang UMNO. Seluruh keluarga kamu akan dicaci kerana buat pengakuan yang mengutuk pemimpin yang 'maksum' mereka. UMNO terlalu memuja pemimpin mereka laksana memuja berhala. Maha dasyat mereka ini.

Apa yang bakal kamu terima juga sesungguhnya amat berat sekiranya pengakuan ayah kamu itu adalah datang dari kamu dan kamu bersetuju dengannya. Ini kerana perbicaraan rayuan akan berlangsung tidak lama lagi. Ingat peristiwa besar pengakuan ayah kamu ini akan menjadi satu taruhan yang besar juga dalam hidupnya.

Mungkin orang-orang UMNO tidak akan buat kamu sampai di hari perbicaraan tersebut. Ingat...jaminan keselamatan harus diminta dari pihak yang sepatutnya. Wahai Saipol...berkatalah benar biarpun pahit. Kamu sekali lagi bakal berdepan dengan satu peristiwa yang besar dan dasyat akibat pengakuan ayah kamu ini. Tekanan dan desakan berbagai pihak akan menjadi lebih hebat.

Admin berkata begini kerana siapa yang tidak kenal dengan perbuatan yang dilakukan oleh UMNO, kamu sendiri pernah alaminya...mimpi ngeri dan perbuatan yang kamu lakukan itu sudah cukup zalim dan kejam. Namun jika bapa kamu sengaja bermain dengan pengakuannya. Sesungguhnya perbuatan kamu dan ayah kamu adalah umpama haiwan ternakan. Bukan berniat untuk berkata demikian tapi hakikatnya kamu suka berdusta?

Sebelum apa-apa tindakan jahat UMNO seperti biasa, lebih baik kamu meminta perlindungan dari Allah dan manusia yang berkuasa terhadap keselamatan (polis). Ini penting.
Apakah pengakuan ini dibuat kerana,

1. Apakah kerana tidak mendapat apa-apa royalti sebagaimana yang dijanjikan dulu?

2. Apakah royalti dan bayaran yang diberi tidak memadai?

3. Adakah kamu dan ayah kamu dihambat rasa bersalah dan kehidupan yang tidak tenang?

4. Adakah kamu nak kahwin tapi tak ada orang nak sebab kamu bukan teruna lagi?

5. Adakah kamu dan ayah kamu ditaja oleh Anwar Ibrahim atau diugut oleh sekutunya?

6. Apakah kamu dan ayah kamu ikhlas sebagaimana yang dinyatakan?

7. Apakah kamu dan ayah kamu tidak takut terhadap berbagai ugutan selepas pengakuan ini? Sedangkan dia kata sayang kamu?

8. Sesungguhnya ini adalah peristiwa besar yang mengubah lanskap politik tanah air, adakah kamu masih bermain dengan perkara ini?

9. Adakah kamu dan ayah kamu tahu, bahawa sekiranya ini satu konspirasi, sesiapa saja boleh mendakwa kamu, tangkap kamu, dan penjarakan kamu?

10. Adakah kamu dan ayah kamu tahu, dengan pengakuan ini akanmenyebabkan orang nombor 1 negara boleh didakwa kerana menipu dan bersekongkol jatuhkan musuh politik?

11. Sesungguhnya apakah kamu dan ayah kamu tahu, bahawa dengan pengakuan kamu buat ini akan menyebabkan berkuburnya UMNO selamanya....

Soalan ini menentukan tahap kewarasan dan kebenaran pengakuan ini...INGAT perkara ini tidak akan berhenti di sini saja, kerana UMNO adalah bapa penipuan dan kekejian. SYABAS kerana berani menyatakan yang hak...!!!

BELUM SAMPAI SEMINIT PERKARA INI BERLAKU TUP TUP TUP....

Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu


WARTAWAN SINAR HARIAN

8 Mac 2013




SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code