JIKA semasa pengakuan yang dibuat oleh bapa Saipol Bukhari berkaitan isu liwat anaknya sebagai suatu yang direka cipta. Akhirnya bakal menimbulkan konflik antara seorang anak dan seorang bapa. Pengakuan yang dibuat bapa Saipol lebih terdorong kerana 'MALU' berhadapan dengan masyarakat. Malu berdepan dengan tuduhan anaknya adalah seorang yang sudah rosak. Maka nampaknya sekali lagi dia buat pengakuan untuk menyelamatkan dirinya, maruah anak kesayangannya dan keluarganya keseluruhan.
Malangnya perbuatan ini sekali gus telah menjadikan peristiwa Lahad Datu dilupakan sejenak, para blogger UMNO sunyi sepi dan tiada apa yang mampu diperkatakan. Permainan ayah Saipol ini semakin misteri dengan membuat pendedahan. Apakah perkara ini sengaja dilakukan kerana masyarakat sudah lupa dengan 'jasa' anaknya kepada UMNO.
Akhirnya bila kenyataan itu dipadamkan dengan konon 'istiqamah' dari Saipol maka segala fitnah itu kembali kepada ANWAR IBRAHIM. Tiada apa lagi yang dapat diperkatakan. Rancak kembali blogger dan sesawang milik UMNO menuding jari bahkan tapak kaki ke arah Anwar Ibrahim. Berbagai gambar perjumpaan untuk RM1 juta.
Bapa Saipol yang dikatakan ditemani oleh orang kuat dari parti PAS telah menjadi satu sandaran yang dia juga telah dibeli oleh Anwar Ibrahim. Inilah serangan bertubi-tubi yang dilakukan UMNO buat masa ini. Peliknya mengapa perkara ini baru sekarang berlaku? Apakah benar Anwar Ibrahim beli bapa Saipol atau Saipol sendiri sudah dibeli oleh Najib?
Persoalan yang sangat menakjubkan ini bukan mudah untuk ditafsirkan. Apakah tindakan yang wajar yang boleh diambil oleh pihak polis dalam situasi ini?
Nampaknya manusia yang paling jahat dalam soal ini ialah bapa Saipol yang sanggup 'dibeli' oleh Anwar Ibrahim jika perkara ini benar-benar berlaku. Polis mesti mengambil tindakan yang wajar dalam hal ini. Mungkin juga UMNO telah membayar bapa Saipol untuk berbuat "onar" berkaitan isu ini semata-mata mengalih pandangan dari kesalahan Menteri Dalam Negeri yang lembab membuat keputusan? Hingga mengorbankan 8 orang. Bahkan Anwar yang gagal dikaitkan UMNO dalam isu Lahad Datu semakin terdesak untuk membeli bapa Saipol agar segalanya menampakkan Anwar yang beli. Licik sungguh permainan politik sebegini. Hinggakan tiada siapa yang mampu menduga ianya jadi seperti ini.
Anwar diseret songsang lagi oleh UMNO....dilenyek dan dibelasah semaunya. Mengapa pemimpin PAS yang terbabit tidak berfikir akan perkara seperti ini. Mengapa pula sanggup menemani bapa Saipol. Bukankah ini juga satu perangkap bodoh mainan UMNO?
Dalam kenyataan bapa Saipol yang dikeluarkan hari ini telah mengaitkan dengan nama Khairil Annas Jusoh. Siapa dia ni....???
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam."Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya. Namun siapakah dia ni sebenarnya?
Nama yang didedahkan inilah yang sepatutnya menjadi sasaran yang sebenarnya. Namun apa yang terjadi ialah nama-nama ini tidak akan disentuh oleh sesiapapun. Tidak sama sekali.
Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dengan berbagai fitnah baru yang direka. Bagi Pakatan rakyat, soal ini usahlah dijadikan suatu yang amat teruja, kerana ini sudah terbukti sekadar memanaskan badan untuk menjatuhkan DSAI ke tahap yang paling rendah. Bapa Saipol sepatutnya kena bermuhasabah diri jika terlibat dengan konspirasi pendedahan ini. Jika sekadar buat pendedahan tetapi ditarik balik oleh anaknya sendiri yang 'istiqamah'. Sekali gus beri peluang untuk orang UMNO dan sekutunya mengaitkan Anwar dalam soal ini. Sekali gus sekadar melumatkan DS Anwar Ibrahim. Hakikatnya kamu semua silap. Sesungguhnya keadaan ini akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan. Usahlah menipu diri sendiri.
KESIMPULANNYA: BAPA SAIPOL BUKANLAH MENJADI ALAT KEPADA ANWAR DAN PAKATAN SELURUHNYA, TAPI NAMPAKNYA ADALAH PETUALANG YANG CUBA MENJATUHKAN LAGI DS ANWAR IBRAHIM...INILAH HAKIKATNYA....
Jumaat, 8 Mac 2013
KONSPIRASI OLEH AZLAN UNTUK SAIPOL DAN BLOGGER UMNO TUDUH ANWAR LAGI....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan