Khamis, 21 Februari 2013

ISU TANAH DIPERBESARKAN, ISU JUDI JUGA DIPERHEBATKAN UNTUK DIHALALKAN OLEH UMNO BAGI MENAWAN KELANTAN...


MALAM tadi TV3 dengan kederatnya yang ada telah melancarkan satu rancangan berbentuk propaganda berkaitan isu tanah di Kelantan. Panelis yang terdiri dari seorang peguam saudara Norazli Ahmaddan seorang lagi ialah geologis profesor Dr Azmi Hasan. Sebelum itu gambar dan foto yang menunjukkan kawasan bukit dan tanah yang melibatkan aktiviti pembalakan disiarkan dengan cara yang sangat menarik.



Secara ilmiah bila diajukan persoalan berkaitan dengan perundangan maka terhoyong-hayang peguam itu menjawab ianya bukan satu kesalahan kerajaan negeri untuk berbuat demikian terhadap tanah tersebut, kerana ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, begitu juga dengan ahli geologis yang hanya mahu berkempen untuk rakyat menukar kerajaan negeri demi menambah baik sistem pengurusan alam sekitar. Tapi apakah jaminan yang UMNO boleh lakukan terhadap tanah di negeri Kelantan? Apakah tidak lagi akan membalak? Apakah benar orang asli akan diberikan geran sebagaimana yang PAS buat?

Dalam wawancara tersebut panelis mengatakan betapa silapnya kerajaan negeri membuat aktiviti pembalakan tetapi sebaliknya harus menekankan kepada eko-pelancongan. Kenyataan yang seperti ini juga adalah satu kenyataan yang tidak berasas. Logiknya, pelancongan di kawasan hutan seperti itu tidak mendatangkan banyak pulangan dari segi ekonomi. Siapa yang nak pergi ke sana. Bahkan sekiranya kerajaan negeri berbuat demikian, maka pihak kerajaan pusat khususnya UMNO akan juga membuat propanganda yang tidak akan habis. Ironisnya apa yang kerajaan persekutuan berikan kepada pusat rekreasi yang sedia ada di Kelantan. Seperti Pantai Seri Tujuh, Sabak, PCB, Gunung Reng dan banyak tempat lagi. Apa yang mereka sumbangkan? Ianya tidak lebih dari bersifat prejudis dan kritikan yang sekadar untuk mencari kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Siapa kata UMNO tidak gondolkan tanah di negeri yang mereka kuasai? Di Johor, di Pahang, bahkan di Selangor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh kebetulan yang terlibat [pula adalah Menteri UMNO sendiri Jamaluddin Jarjis. Mungkin ini satu petunjuk dari Allah yang membuktikan bahawa mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih. Bukankah perkara ini semasa pentadbiran UMNO? Kenapa pula mereka tidak persoalkan?

Profesor kangkung kata media tidak boleh disalahkan kerana perbesarkan isu ini (penggondolan tanah) demi generasi masa depan. Sebaliknya media terus mendiamkan diri bila kehebatan kerajaan negeri Kelantan mampu menutup dan mengharamkan kedai ekor halal di Kelantan. Ekoran dari ini negeri Kelantan sekali lagi berdepan saman oleh BN kerana mengharamkan judi tersebut. Mengapa ianya tidak diulas dalam sesi soal jawab dalam tv3? Bukankah kesan ini juga melibatkan moral generasi masa depan?







Sebaliknya UMNO hanya menyokong kaum bukan Islam pula dengan menuduh kerajaan negeri sebagai zalim kerana tidak membenarkan judi di negeri tersebut. Mengikut mereka penganut agama lain tertindas di Kelantan. Bukankah ini pelik. Jika untuk kebaikan agama, UMNO kata menzalimi bangsa lain pula. Jika dibenarkan judi nanti akan kata PAS gagal untuk melaksanakan negeri Islam. Politik spin ini begitu unik hingga tidak terfikir oleh pengikutnya bahawa UMNO sebenarnya sebuah parti yang kucar-hanyar saja.

Dengan melaga-lagakan DAP dan PAS dalam ruangan media alternatif kelatekito.net lidah pendakwah UMNO itu telah mendakwa bahawa Karpal Singh yang beriya-iya mendesak agar Kelantan membenarkan judi 'halal' di Kelantan kerana menzalimi bukan Islam. Padahal yang menyaman kerajaan negeri Kelantan adalah MCA. Bijak campur tak cerdik permainan ini.


artikel penuhnya di sini

Permainan politik kotor dan autar UMNO tidak habis-habis dengan mengatakan betapa zalimnya Islam di Kelantan kerana tidak mahu membenarkan judi kepada non-muslim, padahal yang sibuk beli ekor sebagaimana gambar yang disiarkan ialah orang muslim juga turut terlibat secara terang bahkan termasuk kakitangan awam. Bermoralkah demikian?

Baru-baru ini heboh media pro-umno memperkatakan soal berkaitan pemberian lesen (berbayar) kepada peniaga babi. Riuh diperlekehkan oleh UMNO dan pengikutnya. Dulu dalam UMNO lesen tidak dikenakan, mereka kata sebab kerajaan negeri nak cari duit maka dikenakan lesen bagi orang yang berniaga babi. Jika tidak sesiapapun bebas untuk menjual babi termasuk orang Islam di zaman UMNO. Bukankah perkara ini amat sesuai untuk dilaksanakan. Tapi sebaliknya tidak bagi UMNO. Mereka sebolehnya cuba mencari isu yang remeh untuk disensasikan.

Bahkan sistem AES yang terang-terangan ditolak seluruh rakyat juga tidak dihiraukan dengan alasan mendidik pemandu. Malangnya hari ini mahkamah memutuskan untuk membenarkan penggunaan sistem yang merompak duit rakyat tersebut di jalan persekutuan. Tidak pula dijadikan sensasi oleh tv3.

Selain itu semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 turut menyiarkan tuntutan rakyat terhadap manifesto kerajaan negeri Selangor, dengan mak janda, budak sekolah, dan air percuma. Mereka menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan tuntutan mereka. Apa yang lucu ialah mereka ini juga dulu tidak pilih PAKATAN RAKYAT sebaliknya menyokong UMNO. Jika demikian maka kenapa tak minta saja dengan kerajaan yang mereka pilih iaitu dengan bantuan kerajaan UMNO pusat. Mintalah dengan UMNO. Sebelum ini UMNO hanya tahu gunakan wang untuk kepentingan pemimpin mereka sahaja. Kenapa tidak pergi tunjuk perasaan depan rumah menteri tersebut yang merompak duit kamu? Inilah politik UMNO!!!

PAKDOE ALLAN

1 comments:

hassanpendek berkata...

APA LAGI YANG TIDAK JELAS? KERAJAAN PAS KELANTAN MEMANG MEMBERIKAN TANAH KEPADA SYARIKAT BUKAN MELAYU TERMASUK TANAH YANG SEPATUTNYA DIBERIKAN KEPADA MELAYU SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG MENDAKWA MENGAMALKAN PEMERINTAHAN ISLAM.

APA YANG DIBUAT SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN ISLAM MESTI BERPAKSIKAN KEPENTINGAN ISLAM DAN ORANG ISLAM, BETUL TAK?

JADI APA LAGI YANG TERPUSING-PUSING DAN TERKIAL-KIAL MEMPERTAHANKAN BENDA YANG JELAS TIDAK BETUL? HANYA KERANA HENDAK MENYOKONG PAS..TAK MALU KA?

Next Previous Home
hostgator coupon code