SETELAH berpuluh tahun mengelak dari bencana, nampaknya kini semakin tersepit. Menurut kamus orang Melayu, pengkhianat negara boleh ditakrifkan sebagai orang yang menjual negara. Pulau Putih Mata (Batu Putih) dan Tanjung Pagar telah terjual. Bila dah habis tanah dijual. Harta benda awam pula disapu, konon berselindung atas nama pembangunan. TNB, PETRONAS, TM, FELDA, FELCRA dan MAS...belasah hingga tinggal tulang dikikisnya. Tiba-tiba baru 'kkkeeeebommm' meletup.
Pandainya UMNO kelentong rakyat hinggakan ramai rakyat pekak badak dan buta tuli, terlena dengan kata manis, dan terikut dengan cara media kerajaan menghebohkan berita satu masa lalu (80-2000an). Pada masa itu rakyat hanya tahu "beres boh". "Listen, listen, listen, listen...tak berani nak berkata apa-apa."
Kuatnya wayang dimainkan UMNO sehingga PAS 'berbuih mulut' menyeru agar menentang UMNO yang jauh tersasar dari konsep Islam. Langsung tidak pernah dihiraukan oleh rakyat awam pada masa itu. Isu agama dalam kalangan masyarakat Malaysia ketika itu bukan menjadi senjata yang mampu membunuh UMNO. Sistem pendidikan kebaratan bermula dalam filem-filem Melayu semenjak lakonan TS P.Ramlee lagi, latar masyarakat yang beliau gambarkan dalam filemnya penuh dengan adegan mabuk, judi, kelab malam dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan isu agama yang dibawa PAS masa itu tidak laku sama sekali. Apatah lagi jika isu rasuah dan penyelewengan. Langsung tiada dalam kepala. Cuma segelintir dari kalangan orang kampung yang berlatarbelakangkan pendidikan agama bermati-matian menolak UMNO. Malangnya mereka ini cuma datang dari lulusan pondok-pondok yang kurang mendapat sambutan dan pengiktirafan kerajaan UMNO.
Walau seorang itu hafaz Al-Quran 30 juzuk, hafaz kitab fiq, tasauf termasuk kitab injil, taurat dan sebagainya. Namun asal saja yang bertiketkan agama, UMNO pada masa itu hanya mengiktiraf mereka sebagai guru-guru pondok dan mengajar budak-budak mengaji Quran sahaja. Walau belajar di Mekah, Mesir dan sebagainya. Kelayakan mereka cuma jadi seorang "cikgu sekolah rendah", jika sekolah menengah dihantarnya mengajar ke kawasan hulu, pulau-pulau dan di hutan-hutan untuk mengajar orang asli. Inilah mentaliti UMNO pada masa itu.
Akibatnya ramai rakyat dari golongan bawahan dan pertengahan sedar betapa aliran keagamaan tidak menjamin masa depan anak-anak mereka dengan lebih baik, sebaliknya lulusan doktor, engineer, akauntan menjadi buruan serta taruhan. Apatah lagi dengan bekalan bantuan penuh kerajaan pusat ke arah sistem pendidikan yang sedemikian rupa. Maka tinggalah sekolah pondok dengan platfomnya tersendiri mengorak langkah sekadar untuk tidak memutuskan sirah dan rawi. Itupun dengan bantuan kerajaan negeri. Orang yang inginkan Islam terus-terusan ditindas semahunya.
Terlalu kuatnya pembohongan UMNO pada masa itu sehingga kedaulatan raja juga di'gocoh' main-main. Nampaknya kerajaan UMNO yang bermaharajalela telah membelasah cukup-cukup harta 'pusaka ngomak' yang tinggal. Maklumlah dulu rakyat marhaen, apatah lagi tinggal kat kampung, hidup-hidup ditipu UMNO. Langsung tidak tahu cerita sebenar kerana media komunikasi tidak sehebat sekarang. Malangnya ideologi penipuan UMNO kini juga berubah sejajar dengan peredaran masa.
Jika dulu rakyat yang hidup di bawah panji rejim ini dengan mudah menjadi sasaran penipuan fakta kerana buta maklumat. Kini gejala ini mungkin tidak berkesan kerana ramai yang celik maklumat, namun UMNO berjaya juga melepaskan diri dengan menipu orang mati. Pendek kata hidup pun kena tipu, matipun kena tipu. Terbaru Tun Mahathir manta PM Malaysia cuba mengaitkan isu pemberian IC percuma kepada sejuta warga asing melalui kaedah jus soli untuk menebus kemerdekaan dari British.
Untuk melepaskan diri dari dihantui kesalahan tersebut, beliau seterusnya menipu rakyat dengan cuba mengaitkan Tunku Ab Rahman yang telah meninggal dunia. Pendedahan tersebut telah menyebabkan ramai yang buta celik semula. Rupanya merdekanya tanah Melayu dulu sebab UMNO jual kepada warga asing IC. Patutlah dapat merdeka. Jika tidak berbuat demikian maka Tanah Melayu mungkin belum merdeka lagi. Apapun yang paling menarik perkaitan ini ialah Tunku bagi IC untuk merdeka dan Mahathir bagi IC untuk berkuasa.
Jadi jelas tiada salahnya di sini bagi kerajaan (UMNO) pada masa itu untuk mengawal Sabah dan Sarawak. Mungkin jika tidak berbuat demikian maka Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak dan balak akan mendesak untuk keluar dari Malaysia. Mereka akan menuntut kemerdekaan sendiri seperti Singapura. Maka sebab itulah Tun Mahathir kata perbuatannya itu adalah satu pengorbanan.
Bukan berniat untuk menguasai sumber negeri tapi untuk kepentingan kuasa politik...
Malangnya perbuatan sedemikian mencerminkan kecuaian dan kecelaruan politik, akibatnya Sabah dan Sarawak juga menjadi sebuah negeri yang multi-nation seperti Semenanjung. Ancaman persaingan ekonomi telah menindas warga setempat. Sudahnya golongan yang ditakrifkan sebagai pendatang jauh meninggalkan golongan majoriti origin dalam kegiatan ekonomi dan taraf hidup. Apakah ini yang dikatakan baik oleh Tun Mahathir?
Tun Mahathir menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerakyatan yang diperoleh oleh warga asing pada masa itu adalah mengikut prosedur yang betul. Jika demikian mengapa tarikh pemberian IC itu adalah benar-benar jatuh pada musin pilihan raya?
Soal penyiasatan RCI yang diakui Najib sebagai ehsan UMNO mencari penyelesaian, beliau mengatakan bahawa seorang bekas ketua pengarah JPN yang mengakui kejadian pemberian IC secara haram itu bakal berdepan dengan 167 orang saksi untuk mengatakan IC yang diperolehi adalah dengan cara 'halal'. Secara logiknya, memanglah benar orang yang sudah dapat IC tak akan sama sekali mengaku yang dia dapat IC tersebut adalah secara haram kerana mungkin jika berbuat demikian kerakyatannya itu akan ditarik balik.
Nampaknya penipuan UMNO ini semakin menjadi-jadi. Nak menipu tapi tak pandai. Cari saksi pemegang IC. Takkan dia nak mengaku!!!
Apapun diucapkan syabas kepada bekas pengarah JPN Sabah yang sanggup terima dan menyampaikan kebenaran. Tunku sudah meninggal, Megat Junid sudah meninggal.... RCI ini bakal berkubur dengan sketsa dan skandal penipuan yang berpanjangan serta konspirasi sulit lagi konfidental.
Apa yang tinggal ialah Lebai Haji Mahathir (IMAM BESAR) UMNO yang masih gagah menghulurkan bantuan bagi anaknya untuk diangkat menjadi PM satu masa nanti. Manakala Aziz Shamsudin pula bakal dijadikan kambing kelabu. ITUPUN JIKA ADA KALANGAN ANGGOTA SPRM YANG BERANI SEBERANI-BERANINYA menyentuh keduanya. JENAYAH SUDAH JELAS TAPI MEMBUKTIKANNYA YANG SANGAT SUKAR....KERANA KEDUANYA ADALAH KAKI AUTAR...!!!
Jumaat, 18 Januari 2013
TUN MAHATHIR (IMAM BESAR UMNO) CUBA KAITKAN MANTAN PM PERTAMA DALAM ISU RCI...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan