Rabu, 9 Januari 2013
PANDAI PULAK POLIS MENGELAK...KIH KIH KIH....!!!
INI adalah modal biasa bila bersalah, namun memang benar bukan semuanya terlibat. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. PDRM tak perlu gelabah. Mungkin ini menjadi satu pengajaran dan PDRM harus pula menyediakan garis panduan yang jelas dalam mengendalikan berbagai majlis yang rasmi seperti ini.
Menghukum kakitangan yang terlibat (jika ada)juga hanyalah sia-sia dan lebih berbentuk tidak adil kepada mangsa. Secara peribadi, saya memang tidak bersetuju jika ada kakitangan dalam pasukan polis yang terlibat dengan sabotaj atau persembahan tersebut diambil tindakan. Cukuplah dengan pendedahan ini. Sudah cukup dan sangat memberi pengajaran buat mereka. Tak perlu diperpanjangkan lagi isu bodoh ini.
Zahedi (kiri) dan Ketua Siasatan Jenayah Shah Alam, DSP Muhammad Idzam Jaafar (dua dari kanan) pada sidang media di IPD Shah Alam, semalam. - Foto Osman Adnan Shah Alam: Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan.
Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar.
Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanya pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam.
Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Gambar majlis berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ini, mendapat reaksi negatif umum hingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya majlis ditaja oleh bapa ayam.
Zahedi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menganjurkan majlis yang bertentangan dengan teras dan budaya PDRM serta Islam.
Susulan kejadian itu, beliau merisik dengan pengurusan hotel terbabit bagi mengetahui gambaran sebenar kerana penari berkenaan tidak menghadiri raptai majlis.
Ditanya sama ada pihak bertanggungjawab sudah dikenal pasti, beliau berkata: Saya dimaklumkan penganjur membuat aduan kepada pengurusan hotel pada malam yang sama.
Bagaimanapun, Zahedi enggan mengulas sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj manakala penari berkenaan adalah penari lelaki berpakaian wanita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan