Rabu, 9 Januari 2013

KINI MUNCUL ISU KALIMAH ALLAH....PEDIH DAN PANAS BAGI YANG BUTA PEKAK...

BENARKAH ALLAH ITU RAMAI??? Soalnya bukan bila para pimpinan PAS membuat keputusan setuju dengan berbagai alasan dakwah, maka para ahli yang arif dalam bab ini akan turut menggali berbagai kitab untuk mempertahankannya. Soal ketegasan dan berani berdepan dengan hujah yang benar mestilah menjadi satu topik yang penting dalam menangani isu sensitif seperti ini.

Saya tertarik dengan isu ini kerana Dr Zakir Naik pernah mengatakan dalam syarahannya yang membawa kepada beberapa orang hinduisme dan kristian "dengan segera" mengucap kalimah syahadah depan khalayak ramai. Sebelum itu beliau ditanya oleh seorang Kristian mengenai APA MAKSUD ALLAH? Persoalan ini telah mencetuskan polemik sebenarnya bahawa dalam Kristian juga membawa pengertian bahawa Allah itu adalah Tuhan Bapa dalam Trinity manakala Jesus pula bermaksud Tuhan Anak. Jadi jelas betapa kekeliruan dalam agama Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan amat tidak wajar.

Dr Zakir tegas mengatakan bahawa Allah itu bermaksud SATU. Dalam Surah Al-Ikhlas jelas membawa umat Islam memahami apa maksud Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Allah berfirman.
Artinya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [Al-Ikhlash : 1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [Al-Ikhlash : 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [Al-Ikhlash : 3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara (serupa)dengan Dia” [Al-Ikhlash : 4]

Surah lain pula jelas menerangkan bahawa Isa itu adalah pesuruhNya sahaja. Dalam al-Quran dipetik firman Allah tentang percakapan Nabi Isa a.s dalam surah Maryam surah 30-33:

Maksudnya: Berkata Nabi Isa, ” Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab,(Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintah kepadaku (mendirikan solat, zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka”.

Berdasarkan ayat ini Nabi Isa tidak menganggap dirinya Tuhan kerana salah satu sifat Allah ialah Tuhan segala sekalian alam sedangkan kehidupan Nabi Isa hanya mentadbir sekitar Baitulmaqdis di Palestin. Persoalan besar timbul bagaimana Nabi Isa boleh bertindak sebagai Tuhan sekalian alam kerana kehidupannya hanya terbatas dan terhad.

Sebenarnya, di dalam kitab Kristian juga tidak pernah tertulis lafaz daripada Nabi Isa supaya menyembahnya. Dalam ayat di berikut:

Markus 12:28. Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?"

12:29 Jawab Yesus:“Hukum terutama ialah: Dengar, hai orang israel, tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa.

Maka jelaslah bahawa pemahaman Kristian mengenai Nabi Isa sudah terpesong jauh dan mereka sendiri keliru sama ada Nabi Isa tuhan, anak tuhan atau anak manusia. Kekeliruan ini timbul kerana percanggahan di dalam al-kitab mereka sendiri namun di dalam al-Quran jelas menceritakan Nabi Isa merupakan pesuruh Allah dalam menyampaikan kebenaran kepada manusia, bukannya anak kepada Tuhan.



Jadi dengan termaktubnya dalam kitab Injil akan nama Allah, namun Allah itu berlainan pula konsepnya dengan Allah anutan umat Islam. Jadi wajarkah penggunaan Allah ini dibenarkan kepada mereka (Kristian)?

Jangan kerana sekadar mencari manfaat duniawi maka soal kerukunan dan keakuran dalam berkongsi nama Tuhan juga sanggup kita gadaikan. Apa yang terjadi sekarang ialah tidak sama dengan berbagai tanggapan politik yang pernah wujud di zaman Rasullullah. Masa kini adalah "jaman edan". Zaman mesin-mesin itu mampu bergerak sendiri dan menghasilkan tenaga segila-gilanya tak mengenal lelah. Zaman luar biasa, manakala satu sisi lagi ialah zaman manusia mengejar wang dan bila keduanya digabungkan maka ia membentuk "Zaman Gila".

Justru hidup di zaman gila ini maka sesuatu yang dilakukan pula mestikah perlu gila bersama???

Alasan berdakwah sebagaimana yang dkemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz juga ada benarnya pada satu sisi bagi orang yang ingin berubah, logiknya mengguna istilah atau nama yang sama bagi Tuhan perlu membuat kajian, bukan pakai hentam. Persoalan yang wujud ialah mengapa hanya orang Islam yang berhak menggunakan Allah dalam konteks kepercayaan mereka? Begitu juga dalam Kristian, mengapa sangat berminat untuk berebut istilah maha Agung itu. Apa ada padaNya. Apa ada pada NAMA? Jika orang itu mahu berfikir maka digalinya maksud istilah ini (ALLAH). Jadi jawapan yang benar hanya berjumpa dalam kamus orang mukmin iaitu AL-QURANUL KARIM.

Politik di zaman edan ini semestinya harus berhati-hati. Siap siaga dengan hujah dan paling penting Islam mampu memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada penganutnya, bahkan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira berapa ramai tuhan yang mereka ada.

Logiknya apa yang disensasikan dengan isu kalimah Allah hanyalah bersifat minoriti. Bukan Global. Hanya di Malaysia sahaja perebutan nama Agung ini berlaku. Paling malang hanya berlaku diakhir zaman. Sedangkan di Zaman Rasulullah ini tidak pernah berlaku. Mungkin sebab ahli dan penganutnya masa itu amat teguh melayari bahtera keimanan. Lantaran itu para paderi dan penganut Kristian, apatah lagi penganut Yahudi (Jews) terlupa untuk berkongsi nama Allah kerana bimbang takut dicop sebagai Islam.

Kesimpulannya setelah diselidik dengan banyak versi memang orang Kristian juga akur dan mengakui bahawa Islam adalah agama benar. Saya sendiri pernah membuat pemantauan ini. Cuma ada beberapa perkara yang mereka tidak boleh terima, antaranya ialah:

1. Poligami
2. Makanan dan minuman yang terhad, ada halal dan ada haram
3. Jumud
4. Ibadat yang meletihkan (bagi mereka)sembahyang yang banyak, puasa dan sebagainya
5. Pentingkan agama melebihi diri sendiri
6. Serta berbagai alasan bodoh mereka

Walau didebat dan diberi dakwah serta pencerahan sebaiknya, namun inilah keputusan yang mereka pilih, bukan soal perdebatan tentang roh kudus dan kitab mereka yang besar kesalahannya yang disedari mereka, tapi kerana tuntutan fizikal dan kehidupan duniawi yang mereka pentingkan.

Berbalik kepada cerita asal iaitu penggunaan istilah dan kalimah suci iaitu ALLAH, yang masih berebut antara Kristian dan Islam, manakala penganut Hindu dan Buddha yang sealiran keduanya masih tidak menuntut nama Allah untuk menggantikan Dewa Shiva.

Shiva09.JPG

Apakah jika Dewa Shiva ini menjadi tuntutan untuk ditukar namanya kepada ALLAH maka umat Islam juga akan bersetuju?
PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code