Ahad, 13 Januari 2013

DEEPAK MULA TUNJUK BELANG???


BENARKAH keikhlasan yang Deepak tunjukkan demi kepentingan rakyat, kepentingan awam? Apa tidakkah berbahaya menyerang harimau baru beranak?

Bukankah selama ini Deepak begitu mesra dengan keluarga DS Najib dan Rosmah? Mengapa kini beliau sanggup pula berpaling tadah? Apakah ini sikap semula jadi spesis ini? Begitu juga dengan saudaranya Bala, sebelum itu buat akuan bersumpah mengaitkan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, kemudian menarik balik akuan bersumpah itu? Bukan ini satu yang sangat ganjil dan pelik? Kaki autar dan kaki belit yang suka makan kawan juga amat sukar diramal akan perbuatan dan tindak-tanduk mereka.

Bukan soal perkhidmatan (pendedahan) yang bakal atau sudah diberi Deepak terhadap rakyat menjadi isu pokok, tapi sebaliknya persoalan yang sangat besar dan tertanya-tanya ialah mengapa beliau sanggup berbuat demikian, sedangkan dia sendiri tahu bahawa perbuatannya itu jika terbukti benar (jika disiasat) akan mengundang musibah besar kepada 'kawannya dulu' yang dikatakan seakrab ibarat kentut dan tahi. Mengapa baru sekarang dia sedar bahawa perbuatannya dulu (melindungi jenayah) juga adalah satu kesalahan? Apakah dia dulu juga menghadapi tekanan yang dasyat?

Apa yang cuba dilakukan Deepak juga amat tidak wajar, jika beliau ikhlas masakan dapat mendedahkan rahsia yang merupakan satu pengkhianatan besar terhadap orang yang kita iktiraf sebagai kawan. Situasi yang ada pada Deepak sekarang ini cukup bahaya. Kawan Makan Kawan. Jika ini istilahnya yang diamalkan Deepak, maka Pakatan Rakyat juga harus berhati-hati dengan sikap seperti ini.

Apakah dulu berkawan semata-mata untuk mendapatkan habuan?

Jika ikhlas berkawan takkan kita sanggup menjadi seperti rakan lain dalam UMNO yang seangkatan dengan Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay Abdullah. Dulu mereka mengaku rapat dengan DS Anwar Ibrahim, (dakwanya-makan bersama, minum, berjalan, semuanya bersama) tapi sampai satu masa, mereka memfitnah dan menuduhnya macam-macam. Apakah nilai seorang kawan seperti ini? Apakah benar dakwaan kepercayaan kuno bahawa orang India adalah terkenal dengan 'kaki belit'. Sedangkan spesis seperti Mahathir, Rahim Tamby Chik, Eskay dan Shuib Lazim adalah keturunan India (ada yang original dan ada yang campur dengan Islam/Melayu). Datuk Samy Vellu juga dianggap sesetengah pihak sebagai kaki putar alam yang sangat pintar.

Bukan berniat untuk 'rasis', tapi ini adalah antara peribahasa yang ada dalam kamus orang Melayu. "Jika jumpa dengan ular atau keling, maka baik belasah keling dulu sebab pandai belit melebihi ular." Perbuatan berbelit seperti ini amat payah untuk diterjemahkan ke dalam suatu kamus awam. Sebaliknya hanya boleh ditafsirkan mengikut keadaan sahaja. Di mana ada gula maka di situ tempat yang dihurungnya.

Deepak buat pendedahan sedemikian tanpa meminta apa-apa habuan???

Hakikatnya bukan begitu, sebelum ini adakah rakyat awam kenal dan pernah dengar akan manusia atau makhluk yang bernama Deepak? Sekali-kali TIDAK. Tapi kini, nama Deepak seolah menjadi satu fenomena yang sangat luar biasa dan jadi sebutan di mana saja, baik bagi ahli politik pembangkang, kerajaan, kedai-kedai kopi, bahkan warga kampung yang duduk di hutan juga kenal akan nama Deepak sebagai seorang yang bercita-cita membunuh karier seorang PM Malaysia. Mendedahkan kebenaran bukan satu kesalahan tapi satu keberanian. Bukankah ini satu habuan yang cukup lumayan kepada Deepak?

Apakah soal keselamatan yang Deepak inginkan?

Padahal semua orang tahu jika berlaku sesuatu kepadanya maka orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang beliau sendiri menjadikannya sebagai musuh. Nah, secara tidak langsung, soal keselamatan Deepak sudah terjamin, kerana musuh sudah dikenali.

Mungkinkah pendedahan Deepak akan memberi kredit kepada PAKATAN?

Sebenarnya masih ramai d luar sana masih tidak mengenali Deepak, bahkan para pembesar dalam PAKATAN juga tidak mengenali rapat dengan Deepak. Soalnya sekarang ialah mengapa bila Rafizi Ramli cuba untuk mengaitkan dengan dirinya sebagai seorang yang berintegriti selaku rapat dengan pucuk pimpinan UMNO, sama sekali beliau tidak mengaku dan menolak bulat-bulat. Apa yang beliau fikirkan sebenarnya. Apakah lontar batu sembunyi tangan? Sedangkan dalam genggaman penuh dengan batu.

Akhirnya, sekiranya Deepak tercari-cari masa yang sesuai untuk mendedahkan segalanya, maka inilah saatnya yang paling tepat. Tapi, besarkah perkara yang hendak diluahkan Deepak? Apakah dapat mempengaruhi kemenangan kepada PAKATAN terutama di kerusi-kerusi gelap? Apakah bakal terlekat diminda pengundi (semasa memangkah) akan pendedahan Deepak atau masih membayangi perang saraf Br1m Najib terhadap arah aliran pilihan pengundi? Semuanya ini masih samar dan tidak pasti. Apakah dengan pendedahan yang didakwa sebagai 'banyak lagi bukti...' mampu menumbangkan keseluruhan UMNO-BN atau hanya mampu menumbangkan Najib sekeluarga? Berbaloikah demikian?

Apa yang penting Deepak tak perlu lagi berdolak-dalik dalam isu ini, buktikan dengan segera. Rakyat awam berhak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Paling penting ialah APA SEBENARNYA YANG DEEPAK ADA SEBAGAI BUKTI? Ini yang menjadi persoalannya yang pokok. Soal kepada siapa nak serahkan bukti itu bukan isu pokok, paling penting ianya adalah sesuatu yang konkrit. Bukan sekadar bercakap dan bercakap sahaja.

Jangan pula hanya sebab tersepit, maka Deepak berbuat demikian. Atau mungkin sebaliknya pula Deepak adalah benar-benar telah "dimakan" kawannya. Siapa dulu yang makan siapa dulu juga tidak penting....yang penting. DEDAHKAN SEGERA. JANGAN BERBELIT...CORRRECT, CORRECT...CORRECT...KOREK LUBANG...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code