JANGAN asyik berpolitik saja hingga lupa turun padang menjengah rakyat yang memerlukan bantuan dari YB. Perkara sebegini tidak mungkin akan berlaku sekiranya ada pemantauan dari ahli politik yang bertanggungjawab terhadap kemaslahatan rakyat.
Terpaksa curi kuih di surau kerana terlampau lapar..
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.
"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.
“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.
"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.
"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.
Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.
Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.
P/S: ADA YB DI SINI PUN SERUPA TAK ADA, APA TIDAKNYA ASYIK MEROYAN MEMFITNAH ORANG SAJA KERJANYA, GAJI BULAN-BULAN MAHU. KERJA TAK MAHU BIKIN. JIKA ANJING DIBERI MAKAN PUN LEBIH TAHU BERKHIDMAT KEPADA TUANNYA. TAPI NAMPAKNYA YB KAWASAN INI BUAT TIDAK ENDAH SAJA KERANA ASYIK MENJAJA KEBURUKAN ORANG LAIN SAJA....!!! CUKUP SEPENGGAL JER KOT...LEPAH NI MAMPUIH LAA...
Selasa, 7 Ogos 2012
ZUL KULIM KAKI KULUM ASYIK BERPOLITIK DAN JILAT BONTOT NAJIB SAJA, RAKYAT KEBULURAN HINGGA TERPAKSA MENCURI UNTUK MAKAN...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan