SOAL kerahsiaan pelanggan dan pelabur perbankan memang wajar dan perlu menjadi satu kewajipan kepada bank untuk merahsiakan maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan akaun sekuriti pelabur.
Namun sekiranya akaun tersebut memang terlibat dengan aktiviti haram dan penyelewengan yang nyata terbukti, seharusnya BAFIA juga bertanggungjawab dalam menguruskan kes ini. Bukan hanya sekadar mencari pembocor maklumat saja, sedangkan kegiatan pelabur yang bergelumang dengan jenayah tidak dihiraukan.
Memang benar kerahsiaan itu menjadi satu kewajaran, tapi bila melibatkan kes jenayah kerahsiaan itu tidak perlu lagi disembunyikan. Ini adalah perkara pokok yang harus diberi perhatian dalam membuat sesuatu keputusan.
Apakah akta sebegini masih mahu melindungi penjenayah? Malah pelapor maklumat yang mendedahkan kegiatan jenayah oleh individu tertentu yang melibatkan bank atau institusi perbankan terbabit akan didakwa? Ini menjadikan bank adalah pusat perlindungan aktiviti jenayah di Malaysia. Bukankah perkara sebegini boleh menjatuhkan imej negara?
Dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan berkata, langkah itu bertujuan memberi penekanan dalam mengekalkan integriti pasaran dan perlindungan pelabur.
Katanya, prinsip kerahsiaan adalah penting bagi memastikan operasi pasaran yang lebih adil dan teratur. Apa yang adilnya jika institusi bank dapat menyelamatkan harta penjenayah? Lebih-lebih lagi ianya adalah dana awam? Dana yang melibatkan seluruh penduduk Malaysia.
Dakwanya lagi BAFIA diwujudkan bagi membolehkan peraturan yang berkesan dan penyeliaan sistem kewangan dapat mengekalkan integriti dan kredibiliti sektor perkhidmatan kewangan. Ini adalah mainan politik sempit saja. Jika sudah sah ada bukti penyelewengan, bahkan jelas sekiranya bank masih melindungi orang yang sedemikian maka nampaknya bank sendiri yang tiada intergriti.
Namun mungkin pandangan ini adalah tersasar dari maksud sebenar BAFIA. Jelas untuk membuktikan bahawa maklumat itu menjadi satu rahsia dan sekiranya tidak dipecahkan maka tiadalah jenayah dapat dibuktikan. Inilah maksud sebenarnya.
Namun jika diberi contoh dalam kes NFC, pendedahan kewangan syarikat hanya dilakukan setelah terbukti melalui pendedahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara yang mengatakan terdapat penyelewengan dalam operasi syarikat tersebut.
Rentetan daripada itu maka timbullah penyiasatan terperinci secara persendirian setelah pihak yang dipertanggungjawabkan tidak menjalankan tugasnya dengan betul. Polis yang ditugaskan telah menyatakan bahawa NFC adalah bebas dari penyelewengan. Tapi akhirnya setelah terbongkar dari akaun yang disiasat secara profesional dan tersendiri maka terbukti ada penyelewengan berlaku.
Soalnya mengapa BAFIA masih sibuk dalam soal ini? Sedangkan ini adalah satu bantuan demi menyelamatkan imej institusi kewangan, sekali gus dapat menyelamatkan imej negara. Bahkan sepatutnya juga sekiranya individu tersebut terlibat dengan penyelewengan ini, pihak bank harus memberi arahan dan bantuan yang lebih terperinci secara sah kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat, bukan mendakwa pelapor dan pemberi maklumat.
Peneraju BAFIA harus profesional dan bukan bertindak ala MAFIA ke atas orang yang menolongnya. Bukan semua akaun wewenangnya akan terdedah dan disiasat, akaun Mahathir dan Najib tidak mungkin akan bocor...selamat selagi tiada masalah dengan rakyat yang buta, namun bagi yang celik dah lama dah nak siasat akaun mereka nih. Apatah lagi akaun rakyat marhaen yang ada hanya tinggal deposit RM10 saja. Hanya akaun yang panas dan sah ada penyelewengan akan didedahkan. Akaun NFC wajar didedahkan kepada umum kerana itu satu tanggungjawab malah orang buta pun nampak penyelewengan ini. Sebaliknya orang yang gunakan akta bank (BAFIA) ini pula yang buta tak tentu kalu.
Jelas bahawa akta BAFIA yang dikenakan ke atas Rafizi adalah demi menjaga intergriti pemegang akaun yang melakukan aktiviti haram, rupany dengan demikian sekali lagi rakyat yang buta bangkit untuk celik dan nampak betapa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang melindungi penjenayah. Patutlah kadar jenayah meningkat tapi dikatakan menurun oleh polis MAFIA di negara ini.
Selasa, 7 Ogos 2012
PENERAJU AKTA BAFIA HARUS TELUS DALAM MENANGANI JENAYAH PARA PELABURNYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan