SEJARAH ini digambarkan dengan jelas betapa kelicikan UMNO dalam menggunakan tipu daya untuk merampas Kelantan pada era tersebut, akhirnya Kelantan diletakkan dalam DARURAT.
Ucapan Dato’ Mohd Asri Hj. Muda (YDP Pas) dalam mesyuarat agung khas PAS pada 25 Disember 1977 selepas PAS disingkirkan daripada Barisan Nasional. Melalui ucapan ini, dapat disingkap sejarah bagaimana berlakunya krisis dalaman PAS (yang dikatakan telah dirancang oleh UMNO) dan kesempatan yang diambil oleh UMNO untuk menyingkirkan PAS daripada pakatan BN dan sekaligus melemahkan PAS sehingga membolehkan BN menguasai Kelantan melalui parti BERJASA sebelum UMNO menguasai kerajaan Kelantan sepenuhnya.
MUKADDIMAH
Syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan rahmat daninayahNya kita dapat berkumpul di pagi yang bersejarah ini untuk membincangkansatu masalah perjuangan bersama yang kita sama-sama maklumi.
Dalam sejarah PAS, sudah dua kali muktamar khas pernah diadakan, pertama pada tahun 1954 membincangkan isu yang melibatkan kemerdekaan negara kita - dan kita menyokongnya - dan yang keduanya ialah untuk mengambilkeputusan sama ada menyertai atau tidak kerajaan campuran pada tahun 1972 -dan kita mengambil keputusan menyertainya. Ini adalah kali ketiga, iaitu setelah kita di luar Barisan Nasional semula.
Hampir lima tahun kita menjadi sekutu dalam pemerintahan negara. Banyak pengalaman dan penjelajahan telah kita dapati yang menjadi asam garam ilmu yang sangat berfaedah kepada kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang kompiten. Selama itu rasanya, tidaklah sesia kerana pada lahir dan batinnya kita telahmenunaikan amanah dan sebanyak sedikit corak pemikiran bangsa kita sudah berubah, InsyaAllah, ke arah yang lebih menyenangkan dari prespektif Islam yang kita perjuangkan.
Perkembangan PAS juga bertambah. la telah mengembangkan sayapnya dan kini berjumlah 109 kawasan. Dari segi kedudukan. Kita telah berhasil menempatkan petugas-petugas kita di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Johor. Pada hakikatnya masing-masing petugas itu telah melaksanakantanggungjawab sedaya upaya mereka, sehinggakan kerana begitu baiknya,mereka disayangi oleh banyak pihak di samping tidak disenangi oleh pihak-pihakyang curiga kerana sebab-sebab tertentu yang Allah sahaja yang mengetahuinya.
Kita bersyukur kerana keseluruhan pejuang-pejuang Islam dalam PAS adalah padu, dan semangat juang mereka nampaknya tidak mudah patah atau luntur. Ada pun bangkangan-bangkangan dari setengah-setengah pengikut parti, maka sebahagiannya tidak lain dari sebab cinta dan cemburu kepada parti sementara sebahagian yang lain adalah disebabkan 'vested interest' yang tertentu yang mudah saja dikenal oleh orang-orang kita semua.
Untuk mencapai cita-cita besar dan mutlak inilah kita berjuang. Sebagai satu panduan kita untuk bergerak, eloklah sebentar kita menoleh kembali cabaran-cabaran hebat yang pernah ditempuh oleh PAS.
i) Perletakan jawatan secara kontroversial oleh Yang Dipertua Agungnya yang pertama, Allahyarhamhu Tuan Haji Ahmad Fuad pada tahun 1954, iaitu setelah tiga tahun parti PAS lahir ke dunia. Peristiwa ini berlaku dalam satu muktamar khas di Bukit Mertajam yang diadakan untuk menentukan sikap PAS bagi menghadapi perkara yang dihadapi masa itu -sama ada menyokong saranan Tunku Abdul Rahman yang menganjurkan Konvensyen Nasional bagi menuntut kemerdekaan, atau mengikut cadangan Allahyarhamhu Datuk Sir Onn bin Jaafar yang menganjurkan Konferensi Nasional. Muktamar tersebut telah mengambil keputusan majoriti untuk menyokong saranan Tunku. Akibatnya Allahyarhamhu Tuan HajiAhmad Fuad yang menyokong Datuk Sir Onn, telah merasakan beliau sudah tidak dipercayai lagi oleh para pengikutnya, lalu meletakkan jawatannya. PAS kehilangan pemimpin, dan terpaksa bersusah payah mencari gantinya hinggalah beberapa waktu kemudian barulah didapati. Beliau ialah Allahyarhamhu Prof. Dr.Burhanuddin Alhelmy.
ii) Komplot menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Terengganu pada tahun 1962, yang nampaknya menggegarkan negara dan pihak PAS sendiri. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah dianalisa sebagai peristiwa yang penting kerana hanya mulai 1959, kira-kira tiga tahun sebelum peristiwa itu baru wujud kerajaan Negeri yang diperintah oleh parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.
iii) Beberapa orang pemimpin PAS, termasuk Yang Dipertua Agungnya Prof. Dr. Burhanuddin ditangkap atas tuduhan terlibat dalam penggulingan kerajaan dan menyokong Sukarno. Kejadian tersebut menjelang zaman konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia tahun 1963. Akibat dari tahanan tersebut. Prof. Dr. Burhanuddin terus uzur hinggalah beliau meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
iv) Wafatnya Prof. Zulkifli Muhammad secara trajis dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri bersama isterinya pada tahun 1964. Kepergian pemimpin yang disayangi itu ditangisi oleh kawan dan lawan, dari semua bangsa, khususnya para pengikut PAS yang masih dahagakan pimpinannya. PAS dan negara kehilangan seorang puteranya yang dedikasi tegas dan berkaliber. Prof. Zulkifli.
Setiausaha yang pertama Kolej Islam Malaya dan juga sebagai pensyarahnya yang masa itu bertempat di Kelang, Selangor sanggup meninggalkan jawatannya untuk berjuang sepenuh masa dalam politik Islam.
v) Usaha penggulingan Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1968 yang terkenal dengan peristiwa 'Turn about turn', di mana pelanunan terhadap manusia politik dilakukan oleh pihak parti• berkuasa satu peristiwa yang menjadi ingatan kepada rakyat di seluruh negara. Kejadian ini tidak mudah dilupakan kerana beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur, lalu dihadapkan di hadapan kaca televisyen dan radio supaya membuat pengakuan dengan sumpah meninggalkan PAS dan menyokong pihak lawan. Bagaimanapun, berkat keimanan masing-masing mereka telah menyeberang pulang ke pangkuan PAS menjelang sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Bharu, pada 20Sept. 1968.
vi) Kempen 'menawan Kelantan' dalam pilihan raya 1969 di mana merupakan satu kempen yang terbesar dan arrogan dalam sejarah. Sebuah manifesto khas dikeluarkan untuk Kelantan dengan janji belanja keseluruhannya lebih dari 500 juta. Masa itu kelihatannya PAS akan musnah sama sekali. Pemuda-pemuda tahan lasak berkeliaran untuk melakukan apa sahaja bagi mematahkan setiap aktiviti kempen pihak PAS. Hasilnya mereka mendapat dua kerusi tambahan dalam dewan negeri.
vii) Isu kemasukan PAS dalam kerajaan Campuran yang bermula dalam satu muktamar dalam tahun 1972. Isu ini menyebabkan timbul pertentangan terbuka antara golongan yang menyokong dan yang menentang. Setengah orang berpendapat bahawa masalah tersebut adalah paling besar dan berat pernah dihadapi oleh PAS. Namun muktamar telah memberikan persetujuannya dengan syarat mestilah dikaji dari masa ke semasa.
Kini kita menghadapi ujian nombor lapan. Cabaran dan masalah kali ini merupakan kemuncak dari segala cabaran dan boleh dikatakan ianya paduan dari semua cabaran yang telah lalu. Cabaran kali ini walaupun kelihatannya mendadak, tetapi prasarananya telah disediakan beberapa tahun semasa dan sebelum lahirnya Kerajaan Campuran yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.
Dengan sebab itu walaupun kejadiannya berlaku dalam masa yang tidak berapa panjang, namun ia telah pun menelan korban tenaga, pemikiran, perhatian yang bukan sedikit dan terpaksa diakui bahawa dalam tempoh tertentu masa itu bukan kecil pula imej dan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS terjejas. Peristiwa ini juga dari satu segi, seolah-olah telah menutup perhatian dan pendengaran atas krisis-krisis parti lain dan juga terhadap krisis-krisis PAS yang telah lalu.
Dalam kebanyakan hal, kita seolah-olah sedang berlegar dalam jerangkap samar yang dipasang melalui 'grand design' anasir komunis. Kita melihat hakikatnya apabila kita memerhatikan kelangsungannya perjalanan usaha penghancuran mana-mana saja pihak yang agak menonjol yang mereka fikir akan menjadi penghalang kepada perkembangan pengaruh atau kemajuan usaha mereka. Memang benar, diantara yang dianggap para pemimpin mereka telah diamankan, tetapi masih terdapat kaki tangan mereka, dan di samping itu kempen-kempen mereka dan garis-garis yang disediakan dengan rapi itu terus berjalan. Sungguh ironi manakala masih terdapat orang-orang yang tidak yakin terhadap wujudnya rancangan-rancangan yang tidak kelihatan seperti ini. Lantas mereka berpendapat bahawa segala macam yang berbentuk mengancam keselamatan perpaduan dan negara yang tidak kelihatan itu sebagai mengadakan sesuatu yang tidak ada.
Dalam masa lima tahun terakhir, kita menyaksikan setengah-setengah pemimpin yang anti komunis satu demi satu dijatuhkan. Dalam hubungan ini parti PAS merupakan sebuah parti yang tidak pernah kompromi terhadap faham komunisme dan sosialisme/marxisme leninisme, dan pemimpin pemimpinnya yang sedarkan hal ini tentu tidak dapat ditundukkan. Penghancuran boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tetapi penghancuran terhadap sesebuah organisasi paling efektif jika dilakukan dari dalam. Sebuah gunung pejal akan memakan masa bertahun-tahun untuk meruntuhkannya dengan cara menyerangnya dari luar. Tetapi jika diletupkan dari dalam ia tidak akan memakan masa lebih lama untuk hancur berkecai.
-bersambung...
Rabu, 29 Ogos 2012
TIPU HELAH DAN PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP PAS KELANTAN SEMASA PENGGABUNGAN DALAM TAHU 70AN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan