KONON dakwa Shafie, UMNO tidak guna agama untuk berkempen. Benarlah sebab para calon seperti Shafie yang bertanding atas tiket UMNO semuanya jahil agama. Bagaimana mahu berjuang atas nama agama. Kalau kebanyakan calon malah yang menjadi menteri yang ada di parlimen sekarang, boleh nilailah sendiri siapa yang nampak alim dalam UMNO...siapa? Nazri Aziz? Shafie sendiri? Najib n Rosmah? Muhyiddin? Rais Yatim? Mustapa Mohamed? Siapa lagi? Awang Adek? Jamil Khir Baharom? Mashitah Ibrahim? Noh Omar? Lagi, lagi...lagi?
Mereka ni kalo tengok muka semuanya pun teduh dan redup semacam saja. Tiada langsung cahaya keimanan tersemat pada air muka. Allah tidak tengok pada rupa itu benar, tapi tengoklah juga pada hati pak-pak menteri dalam UMNO ni...Lebih kurang jer...sama komoh jer? Jadi benarlah dakwaan Shafie UMNO tidak menggunakan agama untuk politik kerana semuanya kurang ilmu dalam agama...rasanya siapapun boleh nilai sendiri, banding sendiri dengan para pemimpin yang ada dalam PAKATAN...nilailah sendiri.
Untuk dapat status yang lebih terang dan jelas berkaitan dengan siapa Shafie Apdal ini bolehlah kita tinjau kat sini dulu. Nampaknya Shafie ini hanya berani ugut orang untuk saman dan saman saja...Ingat orang sekarang ini takut ke dengan saman tuh...Jika benar kau tunjukkan saja bukti...jangan pakai ugut saja dol...
Sebab itulah Shafie berani keluarkan kenyataan seperti di bawah kerana memang benar UMNO tiada agama untuk diperjuangkan. Islam jauh sama sekali...Hudud tak mahu...jadi apa lagi yang UMNO nak perjuangkan? Setakat lobang sebesat dua jari denga tanah seluas telapak tangan, itulah kut yang dijaga Shafie. Harta benda dah banyak dah...apa lagi? Kuasa? Kah kah kah siapa nak bagi dah Shafie...jangan berangan la bro...
Umno tidak guna agama demi kepentingan politik — Kenyataan Mohd Shafie
KOTA BELUD, 12 Ogos — Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.
Mohd Shafie (gambar), yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, hari ini.
Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.
Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. — Bernama
Ahad, 12 Ogos 2012
SHAFIE APDAL PANDAI BERCAKAP TAPI DIRI SENDIRI BERGELUMANG DENGAN TAIKK AYAM...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan