Isnin, 13 Ogos 2012

MAHATHIR KERAT PUNAI, KARPAL SINGH TAK KERAT - PUNAI BERMUNCUNG...!!!


ITU sajalah yang bezakan antara Mahathir dan Karpal Singh. Antara potong lanchau dengan tak potong saja. Jika nak babitkan soal keagamaan dalam pertelingkahan politik pemikiran. Mahathir dan Karpal sama sahaja. Sebijik serupa! Dua-dua tak nak hudud. Dua2 perkecilkan hudud. Jadi apa bezanya?

Mahathir bila ditanya berkaitan soal kislaman beliau bukan agamawan dan pengetahuan agamanya diakui sendiri tidaklah mendalam tapi tidak juga mahu belajar. Sebaliknya Mahathir hanya seronok dalam cerita2 politik, bab agama, mintak maaf boh...ambo tak reti...kata Mahathir.

Sebab itu Mahathir cuba untuk metafsirkan semula Quran mengikut acuan dan suasana dunia moden, jika asyik berpegang pada kitab lama, sampai bila orang Islam nak maju? Kitab dah tua. Kalau orang - tuapun sudah tak larat nak buat kerja, inikan pula kitab lama, ketinggalan zaman. Jika rakyat semua dipotong tangannya kerana mencuri, bagaimana nak bersaing dengan kaum lain yang tidak kena potong tangan, inilah panangan Mahathir.

Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.

"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.

"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Pandangan peribadi guru pondok

Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysia kelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Sementara itu, mengulas pandangan ulama di akhbar Umno itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu hanyalah pendapat seseorang yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.

"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut.

"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.

P/S: Inilah pandangan Sang Kelebai UMNO salah seorang generasi dulu yang masih hidup dan tinggal sebagai tugu peringatan, sebagai patung kepada UMNO. Tapi malangnya patung ini boleh bergerak, boleh bercakap...bijak sungguh Sang Nila Utama...patung boleh bergerak haaa....!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code