AKIBAT ketamakan dalam menarah hasil bumi dengan mengeluarkan lesen kepada kroni secara tidak terkawal, mungkin Menteri Besarnya sibuk kerana asyik berpolitik sahaja. Maka akhirnya kini terjawab satu persoalan yang membawa kemusnahan kekal kepada aset bernilai hak milik rakyat Pahang dan negara amnya.
Tasik Chini bakal lenyap pada tahun 2030 akibat penjarahan hutan yang tidak terkawal bahkan penduduk Orang Asli turut terancam akibat kehilangan sumber makanan
Tasik Chini di Pahang yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya.
Betapa warisan unia ini telah digarap dengan detail dan kita boleh saksikan di sini
Namun kini segalanya bakal runtuh dalam masa 12 tahun lagi menurut kajian yang dilakukan. Kepada siapa perkara ini harus dipersalahkan? Seperti kebanyakan negeri lain terutama di bawah tadbiran pembangkang, jika perkara sama berlaku maka sudah barang tentu perkara ini akan dituding kepada kerajaan negeri dan kepala yang mula2 sekali kena ialah MBnya...Nah jadi sekarang siapa yang bertanggungjawab ke atas Pahang? Sudah tentu kerajaan UMNO pimpinan Adnan Yaakob inilah yang wajarnya dipersalahkan kerana kelalaian ini. Tapi mana dia sembunyi diri bila bab ini dikemukakan?
SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan