Rabu, 8 Ogos 2012

KASSIM AHMAD MENGATAKAN RAMBUT WANITA BUKAN AURAT...!!!

My PhotoMEMANG jelas dan terang sekali Kassim Ahmad telah melalui pengalaman yang menakjubkan sepanjang tempoh hidupnya untuk mengkaji dan mentafsir sendiri ayat Al-Quran. Tabik tuan singh...!! Kassim Ahmad kata ulama itu adalah lahir dari budaya hindu yang berkasta dan pemakaian tudung pula adalah hasil dari revolusi Iran 1973. Sembahyang pula menurut beliau bukan tiang agama tetapi sekadar mencegah perbuatan nahi dan mungkar...Apa pendapat Rosmah dan Shahrizat Jalil yang gemar tidak bertudung itu? Apa lagi...Yahooooooo!!! Jerit Rosmah Mansur dan Shahrizat Jalil.

Betapa tekunnya kajian yang dilakukan oleh Kassim Ahmad hingga sanggup buat kesimpulan sendiri tentang aurat wanita. Inilah tulisannya yang sangat dramatik dan pelik ini.



Kassim dalam tulisan menerima kritikan hebat dari pembaca Islam, malangnya tulisan beliau juga banyak menerima sokongan dari sesetengah pihak yang cuba melonggarkan isu aurat ini. Kassim Ahmad bertegas mengatakan tiada satu nas atau ayat dalam Al-Quran yang menyatakan dengan jelas bahawa rambut itu adalah aurat bagi wanita dan harus ditutupi. Rentetan dari bantahan itu maka Kassim Ahmad terpaksa membuat penegasan sekali lagi dalam tulisannya. Saya copy:

Sekali lagi soal 'aurat wanita

1. 90% daripada komen tt esei saya yang bertaujuk "Rambut Wanita Bukan 'Aurat" membantah. Sesetengah bantahan ini datang dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa sesetengah kaum lelaki bersikap menekan terhadap kaum wanita seolah-olah kaum wanita itu hak-milik mereka! Sikap tiranikal ini tidak selaras dengan ajaran Quran bahawa lelaki dan wanita itu pada prinsipnya sama. (Quran, 4: 1)

2. Tiga ayat Quran (24: 30-31; 33: 59; dan 7: 26) menjelaskan sepenuhnya perkara ini. Pertama, mereka harus menutp dada dan melabuhkan pakaian mereka. Kedua, mereka tidak harus memperlihatkan kecantikan mereka. (Perhatikan ramai wanita yang bertudung, tetapi memperlihat bentuk badan mereka yang ramping dengan buah dada yang menonjol! Ketiga, ayat 7:26 merumuskan kegunaan pakaian dengan cantik, iaitu (i) menutup badan, (ii) untuk perhiasan, dan (iii) pakaian takwa, yakni sopan.

3. Ayat 5: 6 tt wuduk membuktikan bahawa rambut wanita tidak ditutup, kerana kita (lelaki dan wanita) disuruh sapu kepala. Tujuan mengapa membasuh kepala ialah untuk membersihkan kepala kita daripada habuk yang telah menghinggap di kepala kita.

4. Dengan huraian yang lengkap ini, perbahasan tt perkara ini ditutup. -- Kassim Ahmad

Rosmah Mansor, Mashitah Ibrahim dan Shahrizat Jalil melompat-lompat bila mana mendengar hujahan yan diberikan Kassim Ahmad ini.

P/S: Tuan-puan bolehlah buat kesimpulan sendiri, mungkin hujah yang diberikanada benarnya, tapi benarkah demikian? sekiranya ingin membaca tulisan penuh artikel beliau bolehlah klik sini.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code