SUDAH jelas kenyataan yang dibuat oleh Hj Lah Geting ini semata-mata mengelirukan rakyat umumnya. Hj Lah ini terkenal dengan lakon layar di tabir UMNO, memusuhi siapa saja yang bukan kalangan UMNO BN. Sanggup memperkotak-katikkan orang Melayu dengan ideologi Islamnya yang prejudis. Namuninilah perisai ulama yang ada dalam UMNO. Kenyataan yang dibuat dengan mengambil kira DAP saja bukan kafir harbi dan bukan MCA dan MIC jelas menggambarkan kedudukan labelnya sebagai seorang ostat keparat.
KOTA BHARU: Penceramah Umno, Abdullah Sa’amah (Haji Lah Geting) disifatkan ketinggalan zaman apabila menganggap MCA dan MIC bukan kafir harbi.
Sedangkan sebelum ini MCA melalui proksinya secara terang-terangan mahu menyamankan kerajaan Kelantan kerana mengharamkan premis judi sejak 1990.
Namun usaha parti kompenan BN itu menghidupkan semula aktiviti judi di Kelantan ditolak Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mahkamah sebulat suara menerima rayuan kerajaan Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi tahun lepas.
Saman tersebut difail pada Julai 2011 oleh tiga penduduk Kelantan, Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan.
Mereka dikatakan mendapat sokongan padu MCA ketika memfail saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, begitu juga dalam isu hudud kenyataan pemimpin MCA sejak dari awal lagi secara jelas menolak.
“Buktinya banyak kenyataan dibuat pemimpin MCA terutamanya presidennya sekarang yang mempertikaikan hudud. Mungkin mereka langsung tidak diberi kefahaman oleh pemimpin Umno.
“Kalau hendak cari makan dengan Umno sekali pun janganlah pula mengeluarkan kenyataan sehingga boleh diketawakan orang kampung,” katanya yang Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian.
Abdullah dalam kenyataan disiarkan akhbar Umno hari ini mendakwa umat Islam diingatkan tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa kerana menentang penubuhan negara Islam dan hudud.
Abdul Rahman berkata, rakyat Kelantan sudah lama mengenali siapa Haji Abdullah yang kini menggunakan ilmunya untuk mencari makan dengan Umno.
“Penduduk di Geting tahu siapa Haji Lah. Kenyataan yang dikeluarkan itu sudah jelas menggambarkan Umno benar-benar kepupusan idea untuk berdepan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya.
P/S: MASA BAPAK AKU ADA DIA PERNAH CITER DULU MASA KECIK DOLAH (OSTAT LAH KAWAN DIA) NI SELALU KENA SEKEH DENGAN BAPA AKU SEBAB SUKA MENGENDAP LEMBU MENUTUH. BILA KENA SEKEH SAJA DIA BALIK MENGADU KAT BAPAK DIA SAMBIL MENANGIS TERESAK-ESAK...NTAH CAM MANA TETIBA SAJA DAH BERGELAR OSTAT BILA DEWASA..KITAB APA DAN PONDOK MANA YANG DIA BELAJAR PUN BAPAK AKU TAK TAHU...SEBABNYA KAT KAMPUNG OSTAT DOLAH INILAH ADANYA TOKONG TIDUR PALING BESAR DI ASIA...MUNGKIN DIA MENUNTUT KAT TOK CHAI SIAM KOT !!! NASIB BAIK BAPAK AKU DAH MENINGGAL KALAU TIDAK BULEH SAKIT LAGI DOLAH NIHH...KENA SEKEH!!!
Source: http://
1 comments:
Budak kecil pun pandai siap kafir dan siapa islam.Nak jadikan Malaysia dibawah Singapura ..Fikir22lah/
Jadi kamu suka tulis aje tapi otak kosong .Kalo UMNO haram jadah kamu haram pijak syurga... otak sempit lagi menyempitkan
Catat Ulasan