Selasa, 28 Ogos 2012

FATHUL BARI : UMNO JAGA KAU KER, KAU JAGA UMNO?

Fathul Bari Mat Jahaya

FATHUL BARI BIN MAT JAHAYA adalah golongan ulama muda yang berani kerana "dipam" oleh golongan tertentu untuk menonjolkan diri demi pertahankan martabat UMNO dalam bidang agama. Setelah penggali kitab seperti Abdullah Sa'mah, Dr Mashitah Ibrahim, Ibrahim Ali, dan Ali ayah kepada Hasan Akidah (nama pun semua ada kaitan) semuanya rebah tersungkur DIBELASAH dik kebodohan sendiri macam ayam kalah berlaga, berhujah dengan menggunakan akal fikiran dan kitab-kitab yahudi semata-mata.

Mereka berjuang Islam demi kepentingan periuk nasi mereka, kalau senyap mereka akan dikatakan mendiamkan diri pula. Namun apa yang sangat dikesalkan ialah peranan yang diambil golongan ini dalam menyelesaikan banyak isu adalah jelas menunjukkan kedangkalan fikiran mereka, dengan memilih isu yang populis dan oportunis sahaja. Sebaliknya isu besar-besar mereka sentiasa lari sembunyi bawah kolong. Inilah masalah yang ada dalam UMNO.

Terbaru Fathul Bari mengutus surat RASMI untuk berjumpa dengan TG Nik Aziz berkaitan hudud. Apakah butir yang bakal dikatakan Fathul Bari? Menolak hudud, atau sekadar ingin memberi alasan sebagaimana yang dilakukan Mashitah sebelum ini dalam siri penerangan dan penentangannya terhadap hudud yang boleh didapati di sini. Atau apakah suasana negara yang sependapat dengan mahagurunya Dr Asri sebagai tidak kondusif dan sebagainya lantas sekali gus menafikan hak hukum hudud bertakhta sebagaimana layaknya?

Atau apakah menantu Shahidan Kassim ini juga sekadar mengintai peluang yang lebih besar dalam bidang politik? Korang-korang jadi calon dan berpeluang menggoncang kedudukan MB Perlis (Mat Isa Sabu)yang terpalit dan bertempek dengan berbagai isu, seperti menggunakan Ijazah Kedoktoran Falsafah yang dibeli secara haram. Ini juga satu perkara logik yang boleh dilakukan Fathul Bari kiranya ada mandat dari Najib Al-Palati. Atau satu percubaan meniru Khairy Jamaluddin yang bermentuakan PM (Pak Lah) maka akan dapatlah lobang-lobang kerja? Nampaknya inilah sandiwara kepandaian ulama UMNO dalam menggunakan ilmu di dada. Meletakkan kebijakan agama bukan ditempat yang sewajarnya.

Andai surat khabar hanya menghighlightkan perkara sebodoh ini untuk tatapan pembaca, maka jelas sekali bahawa ini hanyalah untuk mempromosikan kerja-kerja yang dibuat oleh ostad bertaraf ulamak dalam UMNO ini. Ada chance jadi calon jadi lah ya. Bagi gerak kerja PAS usaha pertemuan kedua individu ini terserah kepada TG sendiri, kiranya beliau anggap itu memberikan faedah kepadanya. Tapi bagi kebanyakan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa. Pertemuan ini hanyalah sekadar membuang masa melayan karenah ostad yang ingin mencari publisiti murahan ini.

Alasannya amat jelas, bagi PAS perlaksanaan hudud ini adalah sesuatu yang dituntut. Pendirian TGNA juga amat konsisten dan beliau juga pernah berkata demikian sebelum ini. Fathul Bari sendiri juga tahu.

Jika pertemuan FB sekadar ingin mencabar kerajaan negeri dengan melaksanakan hudud dan mengabaikan kelulusan pusat. Ini juga TGNA sudah jelaskan bahawa surat amaran yang dikeluarkan oleh Mahathir amat serius dan mungkin jika PAS melanggari maka kuasa politik PAS di Kelantan akan dirampas oleh pusat sebagaimana yang pernah berlaku dulu. Mageran (Majlis Gerakan Negara)dikuatkuasakan dan Kelantan diletakkan dalam darurat. Berbagai strategi baru yang bakal dilakukan kerajaan pusat bila Pas melaksanakan hudud tanpa restu pusat. Ini harus disedari oleh Fathul Bari Mat Jahaya.

Tiada keperluan pertemuan itu, PAS sudah jelas pendiriannya, hanya menunggu lampu hijau dari kerajaan pusat sejak berpuluh tahun dulu, UMNO sudah 3 PM tapi masih menyanyikan lagu yang sama. Tolak, tolak, tolak...

Jika benar dan ikhlas Fathul Bari ingin perjuangkan Islam dan menjadikan hudud sebagai satu hukuman di negara ini. Beliau harus terlebih dahulu mendapatkan waran dari Najib. Sebelum ini Fathul Bari juga tahu yang Najib terang-terangan menolak hudud sebagaimana dalam gambar di bawah sudah sangat jelas dengan pendirian Najib. Apa ini tidak memadai bagi Fathul Bari? UMNO sibuk nak jaga Islam, bukan Islam nak jaga UMNO, begitu juga Fathul Bari yang konon nak jaga UMNO dari terjerumus ke lembah munafik. Tapi dengan gayanya itu jelas bahawa UMNO yang jaga ostad ini...demi nama dan fulus al-mamposs...

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/574915_458283477536257_659502879_n.jpg

Sudahlah, semuanya telah nyata sekali. Jangan jadikan surat Fathul Bari ini sesuatu yang sensasi. Beliau hanya mahu nama dan kemasyhuran semata-mata. Agar tercatat sebagai seorang ulama yang kudus perjuangkan hudud dalam kalangan UMNO yang jelas kesetanannya.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code