KALAU ya pun ada kesalahan, jangan cepat-cepat merosakkan harta persendirian orang awam. Takkan bertindak ala geng star, samseng taik minyak...ini tidak patut. Zaman nabi dulupun tak ada kejadian tentera Islam masuk pi serbu rumah orang...pecah pintu, pecah cermin rumah orang...kurang ajar betul...UMNO tak reti dah nak tadbir rakyatnya yang semakin hilang nilai moralnya...apa tidaknya...pemimpinnya pun seorang pembunuh....
JAIS serbu rumah tanpa waran, pecahkan pintu pagar
AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.
Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.
“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.
“Mereka mengatakan mereka mendapat aduan bahawa ada kejadian maksiat di rumah saya, padahal tidak ada pun,” kata mangsa yang dikenali sebagai Razman, berusia sekitar 20an.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Perdana atas tindakan kasar dan biadap pegawai-pegawai JAIS tersebut.
“Mereka langsung tidak memohon maaf atas kesilapan mereka, bahkan mereka mengherdik kami kerana enggan bekerjasama.
“Sepatutnya mereka selaku pegawai jabatan agama Islam, harus bertindak dengan cara baik, menunjukkan waran geledah dan bukannya bertindak memecahkan rumah orang begitu sahaja,” kata Razman.
Menurut Razman, polis yang beliau temui memberi jaminan akan melakukan siasatan terperinci tentang kejadian ini memandangkan bukan pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.
“Kami bimbang sekiranya JAIS tidak memantau orang bawahan mereka, takut mereka ini menggunakan kad kuasa mereka untuk memecah masuk rumah orang, kemudian mungkin merompak.
“Kita harap JAIS akan lebih peka dengan pegawai mereka,” kata Razman.
Jumaat, 27 Julai 2012
INILAH SIKAP PEGAWAI AGAMA KELAHIRAN UMNO...BONGOK NAK MAMPOSSS!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 comments:
Nampaknya Pakdoe pun bongok nam mampossss macam pegawai agama tu jugak. Produk sekolah sekular UMNO kot...
Kalau nampak lalang bergoyang, jangan lekas nak kata syaitan bergayut.
Alamak dah ada yang kena rupanya...patuitla bengkak....ini bukan lalang lagi dol...ini pagar besi rumah orang...
Alamak... tersilap aku... Ingatkan nak tegur manusia. Rupa2nya kawan Naik Ajis... Ingatkan dah kena rantai...
Patut ler merapu, tak posa...rakan setakposa Najib rupanya...jangan kalut...pintu tobat masih terbuka...pintu neraka pun masih terbuka...pilihlah yang mana patut...
Tak payah tunggu weh... walaupun memang aku tau ngko menunggu kat pintu. Takde hal aku nak ganti tempat kamu... He heh hehhhh...
Anyway, terima kasihlah kepada walqalam walqalibut kerana memberi komen yang sangat bernas lagi benar di era ini...tiada yang tidak benar melainkan benar belaka...
Duduk merenung melihat langit
Hujan menitis hingga tak sedar
Kau pilih UMNO ingat dipamit
Rupanya ditendang hingga tersandar
Kah kah kah kahhhh...
Sori Pakdoe tunggu lama... Tak sangka pulak jam 9.31 tak balas komen. Tak pegi tarawih ke? Atau pray hari Ahad saje? He heh hehhh... Jangan marah ok? Aku melawak je... Aku tau makhluk macam kamu mana ada sembahyang.
Aku pun sembang banyak sikit kat sini pun tau kamu sunyi, geng2 kamu habis kena rantai. Nak harap manusia lain singgah, takde yang seramah aku kot. Tengok cerita2 kamu yang kat sini sekali pandang je terus blah. Aku nak nasihat boleh? Ubahkan sikit haluan. Cerita yang benar, cakap yang benar. Kalau nak konsentret hentam UMNO pun aku tak kisah, aku appreciate lagi. Yang salah tetap salah dan perlu ditegur, didedahkan. Kalau boleh terajang, memang aku nak terajang pun pasal buat busuk nama UMNO, nama Melayu dan nama Islam. Tapi aku harap elakkanlah dari buat fitnah, secara sengaja.
Aku tau aku pun tak kurang jugak mencaci cerca. Tapi aku anggap diri aku dah terpaksa. Kalau dah payah nak cakap bersopan santun, aku balas sebagaimana aku kena, lebih lagi kalau aku mampu. Itu cara aku nak hidup, nak sedarkan orang, kalau dah takde pilihan.
Takde niat aku nak suruh kamu sokong UMNO atau pangkah BN. Teruskanlah hentam UMNO, tapi biarlah sebagai sorang gentleman. Telus dan adil. Nak bagi pendapat memang tak salah, tapi elakkan dari menuduh tanpa bukti, seronok2 buat cerita. Jangan menghukum awal dari Allah swt. Aku percaya akan ramai pembaca mau singgah sini, buat komen. Aku rasa kamu pun akan rasa puas bila tengok penat lelah kamu ni dihargai orang, takkira penyokong BN atau PR, atau yang duduk atas pagar. Aku tau kamu rajin, kuat berusaha. Mungkin suatu hari pihak yang kamu sokong akan appreciate, mana tau kok dapat habuan jugak. Tapi dalam blogging ni orang tengok dari berbagai sudut, prestasi, kredibiliti, bilangan hits, ranking dan macam2 lagi. Aku tau kamu boleh usaha ke arah meningkat prestasi bahagian tu jugak.
Aku pun ada ukuran prestasi aku jugak, yang bagi aku semangat untuk tulis komen, perbaiki tulisan aku. Aku hanya penulis komen, tak ada blog, tak makan gaji atau bernaung bawah sesiapa2. Kalau aku dapat buat sorang pembaca berfikir dengan lebih terbuka, aku dah boleh puas hati. Terpulang kepada dia untuk pangkah siapa bila mengundi nanti. Kamu ada kelebihan dari aku, mungkin dari segi dedikasi, masa, tenaga, usaha. Kamu ada blog yang pada pendapat aku boleh diketengahkan lagi, nama pun menarik. Malah aku akui bahawa pengalaman kamu dalam blogging ni jauh lebih lama dari aku yang baru wujud selepas Bersih 3.0. Ilmu politik aku pun secetek itu juga. Tetapi mungkin pengalaman aku berinteraksi di internet pada peringkat antarabangsa beri sedikit keyakinan dalam penampilan aku.
So this will be my last comment on this topic. I will unsubscribe immediately after this posting. But who know, maybe I’ll pop in once in a while, if the topic is interesting. If you want to respond to this comment, please feel free to email me at gmail.
Nice to know you even in a brief moment and good luck in your undertaking. Thank you.
THANK YOU SIR...
Catat Ulasan