Selasa, 3 Julai 2012

HUKUM HUDUD DI JOHOR HANYALAH SATU 'RELIC' DAN 'GIMIK' POLITIK SAJA!!!

Datuk Ayub Rahmat

2 tiga hari ini, heboh diperkatakan soal untuk malaksanakan hudud di negeri Johor, heboh dalam media maya tapi agak sepi di media arus perdana. Wacana hudud ini diutarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar). Namun bukan kerana ingin berebut, bukan dasar PAS ingin mencabar, dan bukan kerana nama. Nik Aziz Mursyidul Am PAS telah menyambut baik tanpa kompromi, malah tiada sedikit pun untuk menamakan hudud ini adalah hudud UMNO sebagaimana yang dicanang oleh UMNO sebelum ini, bahawa hudud yang cuba dilaksanakan oleh PAS adalah hudud PAS.

Bagi Pas seluruh umat Islam dan ahlinya dengan rela hati bahkan menyambut baik saranan itu, malah sekiranya ada keperluan untuk membantu, dengan senang hati dan terbuka fikiran untuk senantiasa berkerjasama dalam soal ini.



Namun bennarkah laungan YB Kemelah ini sebagai satu usaha untuk merealisasikannya, atau sekadar publisiti murahan demi menarik pengundi menjelang PRU13 nanti. Hari demi hari perkara ini semakin tenggelam, dan hanyut bila mana dengan panas disambut oleh gerombolan Chua Soi Lek. Persoalan ini telah mula terjawab sedikit demi sedikit bahawa segalanya hanyalah satu bahan lawak UMNO untuk perkecilkan parti lawan, ianya hanyalah satu bahan yang ditinggalkan, satu 'relik' purba, bukan sekadar 'gimik'.

APA KATA DR MASHITAH?

Selama ini Mashitah orang kuat agama dalam UMNO sering menggali berbagai kitab termasuk kiatab-kitab anutan Yahudi, Nasrani dan berbagai agama dunia bagi meyakinkan umat Islam bahawa hudud adalah bukan satu keperluan. Hudud menurut Mashitahhanya perlu dilaksanakan jika semua orang sudah beriman, jika semua orang sudah aman dan damai maka barulah hudud ini penting dan perlu dilaksanakan. Wawancara tersebut telah dirakamkan oleh utusan. klik disini untuk pencerahan....

Dalam wacana yang berikutnya, Mashitah mengatakan bagaimana PAS dapat melaksanakannya sedangkan PAS adalah alat kepada DAP...

Benarkah apa yang Mashitah maksudkan, bukankah UMNO sebenarnya demikian. Chua Soi Lek kata mungkin Adun tersebut 'panas kepala' sebab tak makan ubat. Beliau berkata demikian kerana cadangan itu langsung sama sekali tidak masuk akal. Inilah senario yang berlaku, malah jika dakwaan untuk melaksanakan hudud di Johor sebagai perintis dan melibatkan skop hukuman bagi seluruh kaum, rasanya UMNO Johor harus berdepan dengan musibah penentangan yang maha dasyat. Beranikah gerombolan Mashitah berdepan situasi getir ini? Tidak. Sama sekali tidak. Jika terlalu berani, maka tunggulah saat kehancuran Barisan Nasional dan UMNO Johor!!!

Rupanya cetusan hudud ini sekadar meraih sokongan, UMNO Johor nampaknya sudah mula bermain agama, sudah mula memporak-perandakan kekentalan umat Islam. Padahal pada masa yang sama relik hudud ini hanyalah satu perkara tradisi bagi UMNO, sama ada memperlekehkannya dan mengatakan hudud ini adalah hudud PAS. Tetiba ingin memperkenalkan hudu UMNO, yang lebih hebat dari hudud PAS. Peliknya, sesungguhnya hudud itu adalah hudud Allah.

UMNO Johor sudah meraban, sudah mengapor ikut suka dalam mempermainkan agama Islam. Tapi apa pula kata sultan Johor? Ayo yo, ini juga satu musibah buat UMNO Johor. Jeng jeeng jeeeeng....

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code