SUKAN ditakrifkan sebagai permainan merentasi berbagai etnik dan budaya, apatah lagi agama. Sukan juga mampu mendambakan kejayaan sesebuah negara meraih gelaran di mata dunia. Namun benarkah sukan juga terpisah dengan mentaliti politik sesebuah negara? Logiknya bila sesuatu itu mampu meningkatkan imej negara sudah tentu automatisnya politiking terselit di sana. Apakah itu politik? Secara ringkas ianya berkait rapat dengan sistem pengaturcaraan 'orang per orang, masyarakat per masyarakat dan seterusnya negara per negara.' Jadi jelas politik itu adalah satu sistem pengurusan, pentadbiran dan 'siasah' dalam pandangan Islam.
Kembali semula kita kepada nilai sukan dan kaitannya dengan politik. Ramai yang tidak terfikir bahawa sukan juga adalah politik. Untuk berjaya para atlet juga perlu mempunyai sistem, baik latihan mahupun pengurusannya. Nah, sekali lagi jelas bahawa peranan politik dalam sukan juga tidak dapat dipisahkan. Misalnya di barat Alex Fergusion dianugerahkan 'Sir' sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangannya, begitu juga di Malaysia anugerah 'Datuk' kepada para atlet yang mengukir nama di persada dunia.
Namun dalam keghairahan bersukan, rakyat Malaysia totali seolah terlupa dalam perkara pokok. Isu kelainan kaum yang termaktub dalam kontrak sosial yang sering menjadi halangan bangsa lain (bukan Melayu) atas dasar kesaksamaan. Malaysia dipisahkan oleh jurang yang sangat besar dalam ikatan kontrak sosialnya. Hak keistimewaan orang Melayu dan kesamatarafan dalam pendidikan yang diperjuangkan oleh banyak pihak (parti politik) sebenarnya hanyalah satu mainan politik yang tidak terjangka oleh masyarakat seluruhnya.
Demi merdeka Malaysia terpaksa mengakuri kebilangan kaum menjadi 'warganegara' sebagai teras. Ironisnya Malaysia merdeka dari British, tapi terpaksa mengiktiraf migran lain sebagai penduduk tetap negara. Akibatnya Malaysia kini menjadi sebuah negara berbilang etnik dan budaya. Bezanya pula dalam bidang politik, Malaysia terpaksa menggubal berbagai enakmen dan perundangan, yang sekali gus bagi melindungi hak-hak orang Melayu. Malangnya kaum lain masih lagi dianggap sebagai 'pendatang' dengan berbagai halangan yang tidak pernah dirasai oleh orang Melayu. Ini adalah satu hakikat yang terpaksa cekal, tekal, dan kekal dihadapi oleh bangsa selain bergelar 'bumiputera' yang inap dan bermastautin di bumi bernama Malaysia ini.
Padahal generasi kini bukan generasi yang hidup di zaman ambang kemerdekaan, di mana perbezaan budaya dan agama menimbulkan berbagai reaksi negatif, hingga terjebak dalam polemik perkauman yang akhirnya terlipat dalam kanun sejarah negara sebagai 13 Mei 1969. Kesan tuntutan kesamarataan ini juga membawa kepada perpecahan Singapura dalam peta jajahan takluk dan genggaman kesultanan Johor satu masa dulu, di mana Johor juga adalah ibu kepada kelahiran UMNO.
Kini, setelah berdekad, Malaysia tergadai pula dengan Pulau Batu Putih atau lebih dikenali dengan 'Pulau Putih Mata' (kerana kerajaan Malaysia hanya mampu melihat dengan tragis kehilangan pulau ini kepada Singapura dengan mata yang putih sahaja-Ada dakwaan yang mengatakan para pemimpin Malaysia sengaja 'menjual' pulau ini kepada Singapura dengan sejumlah wang yang tidak disiasat). Sesudah itu, akibat desakan kemajuan dan ekonomi 'ala' menumpang Singapura, mahu tidak mahu sekali lagi Malaysia terpaksa menggadaikan maruah yang satu-satunya tinggal di bumi Singapura iaitu Woodlands dan Tanjung Pagar. Demi meraih pelaburan bagi membina Iskandar City di Johor. Inilah akibat kecerdikan yang lahir hasil dari perkongsian kemerdekaan ini yang KONON dipelopori UMNO.
Sekarang, muncul pula berbagai idealogi bebas golongan pembela Melayu, bersandarkan pentas politik. Tanpa berfikir panjang, golongan ini tidak kira atas apa jenama sekalipun, keras menentang 'secara lembut dan beralas' tuntutan dan perjuangan kaum bukan Melayu untuk 'keperluan'. Tapi kurang difahami oleh kaum Melayu yang tidak pernah merasa erti 'benteng bumiputera' ini. Tuntutan dan perjuangan yang wujud secara tekal oleh golongan yang ditakrifkan 'warganegara' oleh Malaysia, tapi hakikatnya tersadai jauh bahtera kemerdekaan bersama benteng 'hak-hak bumiputera' tadi. Mereka tetap terpinggir dalam berbagai arus pemodenan termasuk keperluan asas. Rasis adalah kata yang kasar, tapi hakikatnya demikianlah.
Begitu juga dengan rungutan Mahathir terhadap Najib, malah beliau menuduh orang Melayu bodoh dan berpecah maka telah mengheret tuntutan dari kaum lain terutama Cina untuk melanggar benteng hak-hak bumiputera tadi. Konsep menuntut ilmu dalam berbagai bidang dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang dicanang Mahathir ada rasionalnya. Tujuannya adalah untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa. Tapi ramai orang Melayu tidak nampak dan menentangnya, demi martabatkan bahasa Melayu. Persepsi yang wujud dalam simbiosis ini ialah jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengagungkn bahasa Melayu, maka mana mungkin akan merayap ke ranking bahasa utama dunia.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan bahasa Melayu di pentas dunia masih belum mampu menongkah bidang ilmu yang hakiki. Natijahnya, masih banyak universiti antarabangsa belum mengiktiraf lulusan SPM dan STPM kita. Tapi sebaliknya kolej-kolej aliran Cina, (menggunakan bahasa Cina sebagai pengantar)yang mana calonnya mendapat keputusan SPM dan STPM yang sama, lebih diiktiraf diperingkat antarabangsa. Mengapa?
Setelah membuat beberapa analisa, jelaslah kerana sukatan pelajaran mereka agak jauh ke depan jika dibandingkan sekolah milik kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Antaranya bidang matematik, sains, dan bahasa Inggeris mereka adalah lebih tinggi berbanding sekolah milik kerajaan. Justru pelajar aliran ini lebih diterima diperingkat antarabangsa.(sila buat rujukan semula)
Inilah risiko yang bangsa Melayu terpaksa hadapi. Nampaknya Mahathir masih lagi mengagungkan sejarah dulu, menganggap hukum artikel 152 dalam perlembagaan akan sentiasa dipatuhi demi negara Malaysia. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Tapi apakah ini akan selamanya adil kepada bangsa lain di Malaysia? Apakah sekiranya ini dituruti, maka peluang ke IPTA juga cerah bagi mereka? Sesungguhnya semua itu hanya mainan kata yang sedap didengar oleh telinga, indah dipandang mata. Hanya bersandarkan kepada teori semua orang Cina kaya dan menguasai ekonomi. Maka segala-galanya harus dibendung. Inilah buah kilas yang terpaksa ditanggung selamanya oleh 'pendatang berlesen' ini.
Bagi 'orang bahasa' seperti Awang Sariyan mestilah berhak (sebab orang bahasa) menyatakan kepentingan bahasa Melayu dalam monopoli berbagai budaya, bahasa perantara dalam komuniti dan memupuk intergrasi nasional. Namun kewajaran ini juga menuntut agar sekiranya berjuang dalam bahasa yang sama, harus juga ada peluang yang sama, tapi peluang yang ada masih tidak sama. Sedangkan hidup zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu, daif dan primitif.
Di Malaysia kita sering menganggap bahawa kaum lain seperti Cina dan India adalah rakyat Malaysia, tapi peluang ke arah pendidikan sentiasa terbatas bila menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar. Pendeknya bijak macam mana seorang itu, bila dia bukan bumiputera, maka ia juga masih tidak dapat peluang yang sama mengecapi kejayaan seperti bumiputera lain yang tidak berapa pandai pun masih layak untuk ke IPTA.
Bertutur bahasa Melayu bagi menerap budaya sebagai proses asimilasi memanglah satu perkara yang cukup baik bila dilihat dari konteks majoriti Melayu, tapi apakah dengan demikian peluang ke arah mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan masih dianggap kejayaan bersama? Tidak, sama sekali tidak. Ramai yang membandingkan dengan kaum Cina yang berada di Indonesia. Mereka dapat bertutur dengan baik menggunakan bahasa Indonesia, tapi adakah kita tahu bahawa dasar mereka juga tidak membezakan antara kaum, siapa yang pintar dapat belajar hingga ke menara gading tapi yang bodoh tetap sama. Mereka bukan ambil sebahagian tapi membiarkan sebahagian yang lain dengan benteng 'bumiputera' seperti di Malaysia.
Jika Malaysia sebuah negara yang saling menghormati dan mempercayai mengapa harus membezakan segalanya?
Pokoknya jika Lee Chong Wei berbangsa Cina, menang dan bergelar Pemain Nombor 1 dunia, semua orang tanpa mengira ras, budaya dan agama. Bangga dan bangga sekali. Jika Nicole Ann David menjadi juara dan meniti titipan segala media tempatan dan luar negara, siapa yang bangga? Maka menari dan melompatlah peminat berbagai bangsa termasuk Melayu dengan baju berbenderakan Malaysia semata-mata memberi sokongan padu kepada Lee Chong Wei. Betapa lupa seketika bahawa sebenarnya Lee Chong Wei itu adalah warganegara 'celup' sahaja. Lee Chong Wei dan kaumnya sebenarnya hanya satu simbol perpaduan tapi hakikatnya wadah bumiputera membataskan segalanya. Inilah Malaysia negaraku.
Tulisan ini bukanlah untuk membela dan mengurangkan 'benteng bumiputera', tapi bila terkena batang hidung sendiri (1), barulah kita tahu bahawa hidup di bawah naungan politikus menikus ini adalah satu penyiksaan. Tuntutan Dong Zong terhadap penggunaan bahasa pengantar selain bahasa Melayu sebenarnya ada rasionalnya. Orang Melayu paksa guna bahasa Melayu sebab atas dasar majoriti dan kontrak sosial yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi peluang yang diberikan amat terbatas, kaum lain harus terikat dengan berbagai sekatan dalam soal ini. Jadi peluang untuk kaum lain berkhidmat kepada negara juga terhad. Inilah masalahnya.
Dong Zong meminta agar membenarkan penubuhan kolej-kolej pengajian tinggi yang menggunakan bahasa pengantarnya adalah bahasa Mandarin, tujuannya dengan demikian memudahkan pelajar Cina untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti di sebelah Asia seperti Cina, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya. Bahkan jika orang Melayu atau bumiputera ingin belajar di sana juga amat digalakkan. Tapi sebab orang Melayu hanya nampak bahasa Melayu saja, maka peluang ini seakan nampak rasis (2). Padahal kolej-kolej tersebut juga mewajibkan mengambil bahasa Melayu sebagai pelengkap utama, cuma pengantarnya untuk mata pelajaran lain dalam bahasa Mandarin.
Tapi inilah tentangan dari golongan bumiputera ini, walau admin seorang bumiputera tapi rasanya bukanlah sesuatu yang maha dasyat permintaan ini. Soal berkelompok dan perkauman sebenarnya akan semakin menebal dengan adanya batasan-batasan tersebut. Sampai bilapun usaha ke arah perpaduan akan menjadi satu kebuntuan bila saling tidak percaya antara satu sama lain. Etnik Cina dan India sudah tentu menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai alat berkomunikasi dalam komuniti mereka dan ini adalah satu lumrah.
Perpaduan bukanlah terletak kepada bahasa semata-mata. Identiti bahasa juga amat rigid, misalannya bahasa Melayu 'loghat' juga menunjukkan kelompok asal seseorang itu, Kedah dengan bahasa Kedah pekatnya. Kelantan dengan bahasanya tersendiri dan sebagainya ada identiti tersendiri. Apakah kita ingat dalam kaum Melayu sendiri juga ada perpaduan? Sedangkan semangat kenegerian, dalam negeri ada pula semangat daerahnya, seterusnya semangat kekampungannya. Sesungguhnya sendiri-sendiri masing-masing ada klusternya. Berpuak-puak.
Apa kita ingat jika semua orang fasih berbahasa Melayu, hinggakan namanya pun ditukar dalam nama Melayu, akan memberi satu gambaran perpaduan? Bahkan jika semua orang Cina di Malaysia fasih berbahasa Melayu, apa kita tidak keliru? Islam atau kafir? Mudahkah demikian? Perpaduankah demikian? Rasanya semakin sulit untuk dibezakan ras. Itu belum lagi termasuk orang Cina ikut budaya Melayu demi perpaduan. Pakai kopiyah dan ketayap. Jual katak puru goreng dikatakan jual burung puyuh goreng. Tiada beza identiti fizikal, hakikatnya jauh berbeza dari segi agama dan kepercayaan. Apakah ini yang dimaksudkan dengan perjuangan Awang Sariyan, guru bahasa Melayu.
Bahasa Malaysia dan bangsa Malaysia berbeza. Bahasa Malaysia/Melayu bersifat tunggal dan tersendiri. Tapi Bangsa Malaysia bersifat jamak dan multinasional. Uniknya Malaysia ialah bila orang Cina dan orang India cakap Melayu. Sekali imbas kita sudah kenal akan bangsanya dan orangnya. Inilah istimewanya. Inilah perpaduan. Masing-masing faham akan budaya masing-masing. Saling boleh terima dengan apa jua rangsangan melalui bahasa. Ini tidak, orang Melayu asyik dengan kepercayaan bahawa bahasa adalah perpaduan. Ini salah. Bahasa adalah satu alat ke arah kefahaman dan komunikasi, tidak perlu terlalu rasmi dan terpaksa. Cukup sekadar lu faham gua faham. Itu sudah memadai.
Orang Melayu terlalu meminta lebih sebagai satu ufti terhadap kaum lain, konon untuk menebus segala kesilapan semasa perjanjian sebelum kemerdekaan dulu, dan akibatnya...generasi kini menanggung segala petaka ini. UMNO dulu terlalu ghairah ingin 'merdeka' dengan kedamaian. Tidak mahu berperang dan menyanggupi apapun syaratnya. Tapi kini nampaknya berbagai akta digubal demi menjamin perang psikologi terhadap kaum lain sentiasa berjalan, demi membela koloni yang majoriti. Sanggup menanam sikap dalam kaum sendiri.."hmmmh kalau bagi kat Cina itu dan ini, Melayu kat mana??, Hancur orang Melayu, hancur negara...". Inilah sikap kecut hati tanpa jati diri orang Melayu.
Mengapa UMNO baru kini sedar kesannya...mengapa tidak dulu? Apakah berkongsi kemerdekaan dengan bangsa lain mampu menunjukkan Malaya hebat? Sedangkan menindas peluang-peluang pendidikan terhadap mereka. Jangan pula berpendapat seperti ini...ohhh hapuskan sekolah VERNAKULAR. KITA BINA SEKOLAH WAWASAN....TAPI...AKHIRNYA APA BERLAKU?? RAMAI ORNG CINA PANDAI CAKAP MELAYU, RAMAI ORANG INDIA FASIH BAHASA MELAYU. TAPI RAMAI PULA MEREKA GAGAL MASUK KE ASRAMA PENUH, IPTA DAN SEBAGAINYA. INILAH MALAYSIA NEGARAKU....
Kesimpulannya, selagi garis bahasa menjadi isu yang polemik, maka selagi itulah pendidikan antara kaum selamanya tidak sama. Sepatutnya perjuangan ahli bahasa bukan untuk memelayukan bangsa lain. Lagipun sudah lebih 100 tahun bahasa Melayu diperjuangkan oleh orang Melayu, tapi sehingga kini masih ramai kaum bukan Melayu kekok dan pelat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Soalnya bukan sekolah jenis kebangsaan yang gagal mendidik, tapi sejauh mana peranan masyarakat setempat dalam komuniti menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.
Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Kabinet 1979, Akta Pendidikan 1996, dan akhirnya di simpul menjadi Falfasah Pendidikan Negara. Semuanya digubal bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai teras perpaduan kaum. Di samping secara tersembunyi menghalang penggunaan bahasa pengantar kaum lain. Rasanya semua kaum di Malaysia tiada masalah dengan soal perhubungan dan pertuturan bahasas Melayu ini. Cuma mengapa harus disekat akan perkembangan bahasa ibunda mereka menjadi satu bahasa pengantar?
Sesungguhnya orang Melayu selamanya tidak faham kerana mereka bukan Cina, begitu juga Cina tidak akan faham sebab mereka bukan Melayu. Banyak perbezaannya itu. Bercakap dan menulis sesiapapun boleh bercakap dan menulis apapun...tapi yang benarnya itu amat sukar. Ada yang benar ditolak dan ada yang menipu diterima. Apapun hanya pemikiran yang waras dan benar-benar bersih menilai segala ini. Meminta sesiapapun boleh meminta. Tapi yang memberinya itu...tak semudah orang yang meminta.
Nilailah wadah pemikiran dari persepsi yang berbeza dan wajar, jangan hanya memikirkan kepentingan diri dan kaum saja. Sekian
________________________________________________________________
(1) Setelah berkahwin dengan bangsa Cina, barulah admin tahu betapa untuk mendapat keadilan sosial dalam pendidikan amat sukar sekali, seorang 'adik ipar' walau berjaya mendapat 10 A dalam SPM, dan seorang lagi dapat 5A dalam STPM (Sains Straem) tapi masih sukar untuk mendapat tempat di IPTA tempatan. Akhirnya apa yang berlaku?
Seorang telah berhijrah ke Australia dan menjadi warganegara 'tetap' di sana dengan tawaran belajar tajaan kerajaan di sana, seorang lagi berhijrah ke Singapura dan mendapat tajaan kerajaan di Singapura. Bahkan bukan mereka saja yang dapat, tapi rakan taulan dari kaum Cina yang lain juga serupa, bila dalam SPM dan STPM mereka terdapat paper Bahasa Cina. Inilah alternatif yang ada. Sijil mereka lebih global dan diiktiraf. Tapi ada baik dan buruknya, antaranya perpisahan dalam keluarga yang memerlukan wang yang banyak untuk berkumpul di hari-hari perayaan. Pendek kata kehidupan berkeluarga akibat dari dasar ini telah mengakibatkan perpecahan walau menjadi seorang yang bijak dalam pelajaran.
(2) Bagi bumiputera yang selesa dengan bahasa Melayu dan takut perbezaan adat dan agama menjadikan hidup di samping orang Cina sebagai satu kepayahan, tapi sebaliknya begitu juga dengan orang Cina yang terpaksa hidup dalam khalayak Melayu. Anak admin dalam soal ini tidak kisah kerana faih berbahasa Mandarin dan Melayu. Jadi untuk ke kolej itu (Cina) juga tidak menjadi masalah kiranya ada peluang ditubuhkan.
Isnin, 16 Julai 2012
BILA CHONG WEI MENANG-RAKYAT MALAYSIA TERNGANGA-NGANGA BANGGA...TAPI....!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan