Khamis, 14 Jun 2012

UMNO TAK DAK TELOQ BUAT PILIHAN RAYA MUSIM HAJI!!!

BETAPA gerunnya Barisan Nasional menghadapi zaman gelap sepanjang lebih 60 tahun menjajah dan meratah hasil mahsul negara. Takut dan gelisahnya gerombolan yang dipimpin Haji Najib hinggakan terpaksa mengintai peluang ketika ramai orang islam menunaikan haji.

Kajian dan tinjauan yang dibuat oleh para penasihat politik UMNO yang diketuai oleh Haji Mahathir telah menghidu jurang kekalahan itu. Lantaran itu demi menjaga kuasa dan Putrajaya dari jatuh ke tangan pembangkang maka Haji Mahathir dan sekutunya mendapat idea dan merangka strategi bagi meraih kemenangan ketika ramai rakyat Malaysia menunaikan Haji.

Haji Najib dan Haji Mahathir tahu bahawa kumpulan yang suka menunaikan haji ini adalah terdiri dari penyokong tegar PAS dan PKR, sebab mereka tahu orang PAS dan PKR ini kebanyakannya dari orang-orang alim dan kuat beribadat, bukan macam orang UMNO jarang nak buat-buat haji ni...dapat karaoke, dapat hiburan (K-POP), Search, Wings sudah cukup buat mereka melompat-lompat, menjerit-jerit dan ternganga-nganga. Asal bagi saja sedikit elemen hiburan dalam kegiatan harian mereka, maka sudah cukup bagi mereka. Sehinggakan kerajaan 'terpaksa' berhabis duit jutaaan ringgit demi untuk santapan rohani puak-puak UMNO ni pun tak apa. Biar mereka seronok maka UMNO tidak susah mengait undi dari mereka. Inilah gaya hidup orang Melayu. Berhibur sampai cerah pun tak apa, konon itulah gaya hidup moden. Bukan primitif macam orang-orang PAS, buat Himpunan Hijau panggil penceramah-penceramah agama...semua yang hadir pakai kopiyah saja. Macam zaman dulu.

Tengok UMNO. Hebat! Buat himpunan belia ada hiburan, ada permainan, ada pertandingan dan ada segala-galanya. Moden dan canggih!!!

Lantaran teori penghijrahan orang PAKATAN RAKYAT menunaikan haji. Maka, inilah peluang yang dinanti-nantikan untuk mengumumkan GE - 13. Strategi ini pada hematnya nampak berkesan kerana PAS mula bertelagah dan menghalang pemimpinnya atau calon yang terlibat menangguhkan niat mereka untuk menunaikan haji. Bagi calon UMNO tiada masalah sebab mereka semuanya tak payah pergi haji. Kononnya sebab mereka semua sudah bergelar 'pak aji' macam lebai Najib dan lebai Mahathir.

Jadi timbullah persoalan dari kalangan UMNO membuat cerita bahawa bila PAS mengumumkan penangguhan haji, UMNO mula menyerang dengan berbagai tuduhan bahawa PAS lebih pentingkan PRU berbanding tuntutan agama. Banyaklah isu dan kutukan UMNO terhadap saranan PAS agar menangguhkan dulu hasrat tunai haji. Antaranya:

1. klik sini- Zahid Hamidi
2. klik sini-Jamil Khir Baharum
3. klik sini-Fatmi
4. klik sini- Mufti Pahang

Pendek kata, kalau nak digali reaksi dan tentangan puak-puak UMNO ni terhadap cadangan penangguhan haji itu amatlah banyak. Soalnya mengapa hanya tindakan PAS saja dikritik? Sebaliknya UMNO dan Najib harus tahu bahawa tuntutan Haji itu lebih utama dari PRU. Jadi seeloknya janganlah membuat PRU pada tarikh itu, jika ia adalah musim haji. Mengapa nak cari tempoh Haji baru nak mengundi? Kemudian salahkan PAS yang nak tangguhkan haji. Langsung tak masuk akal.

Sepatutny dalam soal ini Agong harus juga menyatakan pendirian yang wajar agar pilihan yang ada di tangan UMNO untuk membubarkan parlimen tidak seharusnya jatuh dalam edah musim haji. Agong harus campur tangan dalam soal ini kerana ini adalah berkaitan dengan agama.

Peliknya Najib memilih sewaktu ramai orang PAKATAN tunai haji. Apakah ini satu strategi bodoh UMNO atau satu pilihan bijaknya?

Patutlah...sebab itu Mahathir tak takut...rupanya ada strategi menipu dalam pilihan raya ini....



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code