Khamis, 14 Jun 2012

MAJLIS TERTINGGI UMNO MEMINTA AGAR DEBAT DIBATALKAN...DASAR UMNO PENGECUT


DEBAT SINAR: DEMONSTRASI JALANAN MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASISUNGGUH meluat bila sistem demokrasi yang cuba untuk ditegakkan secara telus tanpa perhimpunan iaitu seperti 'debat'. Sekali lagi cuba dihalang oleh pimpinan parti kerajaan. Mengapa perkara ini harus terjadi?

KUALA LUMPUR 13 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah diminta membatalkan hasrat untuk debat bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kerana dilihat tidak mendatangkan faedah.


Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Yahya Hamzah berkata, debat tersebut dikatakan akan berlangsung pada 19 Jun nanti hanya membawa banyak masalah dan pertelingkahan antara kedua parti itu.

Katanya, tiada gunanya berdebat bersama Pas yang hanya boleh bercakap tapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka menjadi 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

"Batalkan sahaja hasrat beliau untuk berdebat dan lebih baik membuat kerja lain. Debat ini bukannya dapat mengubah sesuatu, tetapi ia hanya seperti syok sendiri sahaja.

P/S: UMNO mengatakan bahawa PAS sebagai 'pak turut' kepada DAP sepatutnya harus dibuang jauh-jauh, direntikanlah. Tuduhan itu tidak berasas. Apakah dia lupa bahawa UMNO juga menjadi alat kepada MCA. Lihat gambar di bawahpun sudah jelas. Betapa sesuatu gambar itu jelas menceritakan beribu episod terhadap spekulasi yang digembar-gemburkan UMNO itu. Sudah berkali-kali gambar ini disiarkan api masih tidak faham-faham lagi keponakan UMNO ini. Seolah kebebalan mereka itu tiada ubatnya lagi. Bebal sampai mati.



Photo: [admin] Adakah DAP yang mengeluarkan kenyataan ini?
Jelaslah siapa yang diperalatkan oleh gerombolan Cina sebenarnya, Orang UMNO ini berkata demikian kerana dia takut untuk berdepan dengan gandingan mantap antara PKR, PAS dan DAP. Lalu dia menganggap bahawa DAP itu terlalu 'jahat' agar berlaku keretakan dalam perikatan itu.

Manakala dalam Barisan Nasional sendiri, MIC juga pernah mengugut UMNO untuk keluar dari parti itu sekiranya 'hudud' dilaksanakan. UMNO takut...bukan takut apa...tapi takut kalah...jadi jalannya Dr. Mashitah Ibrahim dilantik untuk menjadi tukang kebek (buka) kitab Islam untuk menempis mendakwa bahawa hudud ini tidak boleh dilaksanakan. Nanti semua rakyat Malaysia akan 'kudung'.




Apa lagi yang mampu diperkatakan UMNO selain memburuk-burukkan DAP saja tanpa mempedulikan sekutunya MCA dan MIC. Soal sejarah DAP adalah cerita lama. Ungkitan cerita lama adalah bersandarkan kepada PAP di Singapura. Tapi jika diungkit siapa yang melepaaskan Singapura? UMNO bungkam!

Modal kempen UMNO bermotifkan perpecahan PAKATAN RAKYAT dan merupakan satu modal ugutan puak UMNO. Mereka mengatakan bahawa sekiranya PAKATAN memerintah maka DAP akan mengambil bahagian menjadikan negara ini sebagai 'REPUBLIK' inilah tipu daya UMNO. Tak berfikirkah puak-puak UMNO pada masa itu ada kat mana?

Takkan semuanya kena 'jel'. Maka pada saat negara nak berubah menjadi 'Republik' inilah masanya pejuang-pejuang PERKASA, JATI, MEMBARA, PATRIOT, TIBAI, CIBAI dan sebagainya turun berdemonstrasi. Gua juga rasa orang PAS juga akan turut serta, apa takut? Malah kita ada polis, ada askar dan yang lebih tinggi rankingnya adalah Yang DiPertuan Agong. Simpan buat apa, gunakanlah.

Malangnya UMNO memberi alasan jika demikian maka akan berlakulah peperangan dan hancurlah Malaysia. Inilah alasan bangang yang dikemukakan mereka. Tidak berlaku demikian pun bila DAP tadbir P. Pinang, PKR Selangor, dan PAS Kelantan dan Kedah? Bukankah ini satu ideologi dan publisiti murahan UMNO saja

Tapi UMNO hanya meniup api ugutan agar PAS berpecah-belah untuk memantapkan gandingannya. Inilah sentimen yang dimainkan UMNO.


PAKDOE ALLAN

Source: http://www.utusan.com.my

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code