Isnin, 25 Jun 2012

TERBERAK AWANG KENA CABAR DENGAN HUSAM MUSA



KERANA mulut badan binasa, Awang oh Awang...sebab tu laa..aku dah kata jangan lawan...kau nak lawan...tengok-tengok selambok tahi dalam seluar...Awang Adek tidak berani berdebat dengan Husam Musa, alasannya ialah debat bukan budaya Melayu...Piala Debat itu hanyalah satu 'sukan' saja.

Inilah alasan yang diberikan UMNO bermula dari tuk nene dulu sampai sekarang. Dari bos besar kepada hamba abdi. Inilah pantang larangnya. Bila saja berdebat maka kena tempeling, bikin malu parti kerajaan saja. bikin malu mak bapak saja. Lebih baik jangan. Urusan mengundi serah saja pada rakyat biar rakyat yang tentukan...kah kah kah krah krah kraaahhh apple lerrr....

KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 malam tadi.

Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.
"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa.

"Diharap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.

Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara beliau dengan Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu ini.

"Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21 hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT.

Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini.

Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.

Cemerlang

Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah RM500,000.

KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code