Isnin, 25 Jun 2012

SURAT FAEKAH TIADA FAEDAH....!!!

SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah
HANYA polemik yang digembar-gemburkan oleh blogger kurap UMNO saja yang lebih-lebih...padahal sedikitpun tak ada faedah. Kalau nak cakap fasal surat sokongan ini, dalam kemelut UMNO lagi 'berlambak', hinggakan nak masukkan anak yang tidak pandai tapi nak masuk asrama penuh juga memerlukan surat sokongan dari YB UMNO, paling sedih untuk mendapatkan bantuan e-kasih/kwamp juga perlukan surat sokongan penghulu UMNO sekurang-kurangnya.

Malah untuk mendapatkan projek kelas F, E, D, C, bahkan kalau B dan A atau lebih dari sejuta, sudah tentu sekurang-kurangnya duit kopi dan sokongan dari menteri terbabit yang sudah pastinya dari UMNO diperlukan (melobi). Amalan ini sudah berpuluh tahun berlarutan dalam UMNO tapi tak pula nak cakap. Setakat surat sokongan apa ada. Rasanya puak-puak UMNO ni lebih arif dalam bab ini. Tapi mengapa diam saja. Saja untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat yang tak sekolah itu saja. lepas itu diambil alih oleh tv untuk menyebarkannya.Rakyat yang tulipun dapat dengar cerita ini...sebab adanya gambar.

Apa yang menarik ialah tindakan yang pantas diambil oleh SPRM terhadap Faekah ini. Sepantas kilas-Tahniah SPRM kerana menjalankan siasatan segera, tapi jangan lupa isu lembu tu...jangan pula buat-buat lupa...

AMPANG, 25JUN: ‘Surat sokongan’ yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin kepada sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) bukanlah suatu arahan, tetapi ia hanyalah cadangan berdasarkan kelayakkan yang dimiliki syarikat terlibat.

Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad ketika diminta memberikan komen berhubung isu yang cuba disensasikan oleh beberapa akhbar arus perdana.

“Pendapat saya surat tu bukan suruh lantik, tetapi itu cuma surat cadangan sahaja, bukan arahan sebab tidak ada pun tulis wajib terima syarikat yang disebut itu.

“Ia surat agar dipertimbangkan sekiranya syarikat itu memenuhi syarat-syarat dan selari dengan polisi pihak tuan.

“Kalau sokongan, kita tulis ‘kita menyokong sila beri atau lantik dan sebagainya, tetapi ini tidak dan ini maknanya ini bukan satu arahan supaya terima,” kata Iskandar.

Berdasarkan pengalaman Iskandar, syarikat GLC dan Pihak Penguat Berkuasa Tempatan (PBT) tidak terikat untuk menerima cadangan yang dikemukakan dalam surat dari Adun, sebaliknya mereka bertanggungjawab dengan membuat keputusan yang profesional.

“Bukan tanggungjawab PBT atau GLC untuk terima ikut surat yang dicadangkan.

“Sebenarnya surat cadangan saya sendiri banyak tak diterima pun. Macam-macam orang datang pada kita minta sokongan, kita pun tak kenal siapa dan syarikat itu lebih banyak ditolak dari diterima,” katanya lagi.

Iskandar turut memberitahu, sebelum ini lagi beliau telah memaklumkan kepada PBT dan GLC bahawa sebarang surat yang dikeluarkan pejabatnya hendaklah dilayani dan dipertimbangkan sama seperti pemohon atau penender lain.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code