Khamis, 14 Jun 2012

SULTAN JOHOR MURKA KEPADA NIZAR...DAN NIZAR HARUS MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SELURUH RAKYAT JOHOR...

SETELAH mendengar berita tengah hari, melalui tv3 suku sekejap tadi, maka dengan tegas baginda Sultan Johor merakamkan kemurkaan baginda terhadap tindakan Nizar. Baginda menggesa agar Nizar turut memohon maaf ke atas seluruh rakyat negeri Johor di atas tindakannya itu, bukan saja memohon kemaafan dari baginda seorang.


Baginda juga turut berpesan agar Nizar hendaklah sedar siapa dirinya terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan berbagai kesan yang negatif dan reaksi yang tidak selesa. Baginda bertitah dengan pepatah Melayu - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan."

Pesanan ini adalah satu peluang bagi Nizar untuk membetulkan kesilapannya. Buatlah sesuatu yang patut agar rakyat marhaen yang sentiasa membela perjuangan parti PAKATAN seluruhnya merasa selesa dan tenang. Jadikanlah ini sebagai satu pengajaran di masa depan. Rakyat marhaen melihat anda  sebagai seorang yang berkelayakan dan berketrampilan sebagai pemimpin. Jadi ingat-ingatlah...sekian....Lihat sini.



PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code