Sabtu, 23 Jun 2012

NAJIB HANYA TAHU NAK MENANG PILIHAN RAYA SAJA...!!!



INILAH kisah Haji Najib ini selaku Menteri Wanita pertama dunia...dia bukan tahu apa pasal orang Islam sibuk nak pergi haji atau tidak. Asalkan dia sudah bergelar haji mana dia ada kisah itu semua, yang penting "AKU SUDAH BERGELAR HAJI". Inilah sikap sebenar pemimpin UMNO ini yang seorang ini.

Sebab itu hari itu dia sudah berkata, bahawa dia sanggup melakukan apa saja asalkan Putrajaya dapat dipertahankan. Rupa-rupanya strateginya ialah semasa orang ramai nak tunai haji. Sebab pada kebiasaannya orang yang mengerjakan haji ini ramai dari golongan pro pembangkang seperti PAS terutamanya dan PKR. Awak-awak dalam UMNO serta juak-juaknya jarang nak ke Mekah ni melainkan yang dah mengantuk, yang dah kencing manis, sakit buah pinggang baru ingat nak pergi Mekah, kononnya dan insaflah tuh...

Bukan apa...sebab Najib dah tahu groupnya itu ramai yang terdiri dari kaki lucah, kaki filem blue, kaki dangdut, kaki karaoke, kaki KPOP, kaki Bertam Nite, kaki fitnah, kaki rasuah, kaki berbini ramai, kaki joli, kaki betina, kaki ...(klik)dan pendek kata, puak-puak UMNO ni semuanya ada berbelas-belas kaki. Nak ke Mekah tu minta maaflah.

Sebab itu bila nak buat pilihan raya maka Najib akan panggil juak-juak yang banyak kaki inilah untuk membantunya, kerana mereka ini duduk kat Malaysia. Tak naik haji macam orang lain. Jadi dalam congakan Najib, inilah peluang keemasan jika buat pilihan raya dalam musim haji, besar kemungkinan mereka akan dapat majoriti mudah sebab puak-puak kopiyah putih ni ramai yang pergi haji. Sebab itu Najib nekad untuk berbuat demikian. Soal tuntutan agama ni bukan Najib hirau sangat, lagipun dia dah kata, perkara ini bukan tak pernah berlaku dulu-pilihan raya dalam bulan haji pernah berlaku, mengapa dulu tak kisah...? Inilah alasan Najib.

Sebab itu Najib tengah berfikir tarikh yang benar-benar memberi peluang dan ruang yang sesuai untuk memulun selahap-lahapnya. Menang PRU 13 adalah sesuatu yang sangat penting demi meneruskan legasi UMNO dalam pentadbiran negara. Ada kuasa alamatnya mewah lagilah Rosmah dalam fikirannya. Lagi umat Islam dan para ulama bertelagah pendapat dalam soal ini, maka selagi itulah Najib mendesak agar PRU 13 berlangsung pada bulan haji.

Bukan dia hirau apa yang orang PAS cakap, sebab baginya dia lebih Islam berbanding PAS....walaupun PAS terus menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinannya mengadakan pilihan raya umum pada musim haji, dengan menyifatkan tindakan itu, jika dilakukan, adalah pengkhianatan" kepada Islam.

"Kalau Najib putuskan buat piihan raya masa musim haji, Najib adalah pengkhianat kepada Islam dan umat Islam," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kanan).

Menurutnya, tindakan itu jika dilaksanakan adalah penafian hak mengundi buat lebih 30,000 umat Islam yang dijangka menunaikan ibadah tersebut pada masa itu.

"Kalau 30,000 kita ambil purata (daripada) 100 kerusi Parlimen, sudah ada kira-kira 300 pengundi yang boleh memberikan 'warna' berlainan (bagi setiap kerusi)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib semalam tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Polemik berkenaan pilihan raya, kata Mustafa, akan boleh ditamatkan sekiranya Najib sebagai seorang Muslim yang memahami sensitiviti dan kewajipan berkaitan agama memberikan jaminan tiada pilihan raya sewaktu musim haji.

"Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri beragama Islam, kalau dia faham dan putuskan tiada pilihan raya masa haji, polemik (tarikh pilihan raya) akan mati," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji atau membiarkan rakyat berteka-teki tentang tarikhnya apabila mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Jika Pakatan memerintah kita jamin tiada pilihan raya pada musim haji. Pakatan juga boleh tentukan tarikh pilihan raya tanpa perlu dibuat secara mengejut.

"Paling minima, tiga bulan lebih dahulu kita akan beritahu. Ia juga boleh jadi sebulan atau setahun (dari tarikh pengumuman)," katanya.

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code