Sabtu, 23 Jun 2012

GUAL PERIOK: KESAN BRUTALISASI PENJAJAHAN BARISAN NASIONAL DAN PAS


Di mana tempat ini?....Apa tempat ni?
Ada ke tempat yang bernama klasik seperti ini?
Mimpikah aku ini, tak pernah dengar pun.....

Pelbagai pertanyaan serta persoalan bermain di fikiran para pembaca yang sememangnya tidak pernah mengenali atau sama sekali, tidak mengetahui akan sejarah dan kisah gilang-gemilang tempat yang bernama GUAL PERIOK (P023) dan (N15).


PENGENALAN

GUAL PERIOK: Sinonimnya lebih dikenali dengan PEKAN COWBOY suatu masa dulu, kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah silam yang hanyut menyusuri peradaban kemajuan negara. Kalau dulu sebuah pekan yang gah dengan ciri metropolitan, kini hanya menjadi sebuah pekan mati yang jauh tersisih dari era pembangunan global.

Satu daerah dan juga mukim di jajahan Pasir Mas, Kelantan. Merupakan tempat yang sangat strategik, terletak ditengah-tengah persimpangan dan menjadi pusat pertembungan peraih-peraih yang berada di sekitar sempadan Siam dan Malaysia. Terdapat banyak perkampungan di sekitar Gual Periok antaranya:

1.
Gual Nibong
12.
Tasik Bakong
2.
Kg Luar
13.
Tersam
3.
Atas Gual
14.
Gua Pasong Hantu
4.
Banggol Ubi Keling
15.
Kusar
5.
Kg Padang Licin
16.
Gertak No 3
6.
Kg Bakat
17.
Gual Tinggi
7.
Kok Kiyek
18.
Serungga
8.
Banggol Cekol
19.
Kubang Kuau
9.
Gual Sitok
20.
Bukit Tandak
10.
Gual Tok Deh
21.
Baruh Pial
11.
Gual Mesa
22.
Dan beberapa kg lain lagi



SEJARAH RINGKAS GUAL PERIOK
Nama Gual Periok ini mengikut cerita lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi ialah dipercayai bahawa di kawasan ini terdapat sebuah periuk yang sangat besar terletak di atas sebuah gual (banggol/bukit kecil-loghat Kelantan). Penulis sendiri tidak pernah tahu akan saiz dan tempat periuk itu dijumpai, namun itulah cerita yang dibawa dari dulu sehingga kini.

Sejarah perkembangan kampung ini sudah lama, dikatakan sejak zaman sebelum perang dunia pertama lagi. Pada zaman British kampung ini menjadi pusat penyebaran ilmu terutama bahasa Inggeris. Ini terbukti dengan adanya guru-guru berbangsa Inggeris tinggal di sini. Malah menurut cerita generasi terdahulu – iaitu zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dikatakan pendaratan tentera Jepun dari Siam dengan menaiki basikal untuk ke Kota Bharu melalui kampung ini. Peristiwa ini nyata dengan adanya kesan-kesan yang hampir pupus yang ditinggalkan oleh tentera Jepun di sini.

Antara bukti jelas peninggalan Jepun di sini ialah wujudnya keturunan Jepun di sini, ini menunjukkan bahawa adanya perkahwinan campur antara tentera Jepun dengan wanita tempatan, namun semuanya sudah diIslamkan.

Pekan GP dalam aspek pembangunan geografi kemanusiaannya adalah merupakan sebuah kampung yang terawal menerima bekalan elektrik dan air bersih berbanding dengan kampung-kampung lain yang berada di sekitarnya. Inilah kelebihan GP, pendek kata hanya golongan elit sahaja yang mampu tinggal di pekan ini suatu masa dahulu. Apa tidaknya semua benda dan kelengkapan ada di sini.

Susun Atur Pekan Gual Periok


Pandangan Atas Jalinan Jalan Kereta Api Pekan Gual Periok

Namun kini segalanya itu hanya tinggal kenangan dalam sejarah hidup orang dulu-dulu. Gual Periok ditinggalkan, dipinggirkan tanpa nisan oleh borjuis-borjuis yang mengaut hasil buminya. GP kini sepi dan kedu dalam menelusuri hari-hari yang mendatang.

Gual Periok yang kian tenggelam ditelan arus perubahan zaman dan modenisasi peta masyarakat global tidak mungkin kembali megah dan ceria seperti dahulu. Tiada siapa yang pedulikannya. Tiada apa yang tinggal lagi. Tiada apa yang ada lagi.

Inilah kisah yang cuba digarap dalam nostalgia penjajahan Barisan Nasional yang diagung-agungkan. Setelah Gual Periok dinoda dan diperkosa oleh UMNO, kini ianya terlontar jauh dalam peta pembangunan yang dicanang oleh UMNO. Biarkanlah. Patutlah BN tidak dapat bertahan lama di sini.

Setelah dirancap dan ditarah kegemilangan yang ada, Gual Periok kini hanya tinggal nama sahaja. Meski dalam GPS pengundian, Gual Periok mempunyai DUN tersendiri. Sejarah politik yang panjang dan unik.

Sekian lama di bawah UMNO kemudian PAS. GP tetap sama seperti dulu. Bersemadi bersama golongan lama yang uzur dan berusia. Meninggalkan golongan remaja yang tewas berjuang. Di tinggalkan golongan hebat terpelajar mencari arah sendiri di kota-kota metropolitan.

GP kelam sekali lagi. Inilah kesudahannya.

SEJARAH KEGEMILANGAN GUAL PERIOK

Puncak kegemilangan GP ialah pada era 60an, 70an, dan awal 80an, inilah zaman yang paling bersejarah dalam hikayat yang meriwayatkan GP. Pada masa ini pekan ini mempunyai segala kemudahan laksana sebuah kota raya. hebat dan hebat sekali.(mengikut penilaian pada masa itu). Antara sudut kegemilangan GP ialah bersandarkan beberapa faktor, antaranya:

BIJIH BESI - telah habis hasil mahsulnya

Dengan adanya bijih besi di sini, telah membuka peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan pendatang luar untuk mencari rezeki dan menetap di sini. Semakin ramai orang maka semakin ramai pula yang membuka pusat-pusat perniagaan, terutama orang-orang Cina yang ramai menetap di sini.

PUSAT PENGUMPULAN HASIL TANI DAN BAHAN MENTAH

GP sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian dari kampung-kampung yang berada di sekitarnya, seperti padi; antara pemilik salah satu mesin padi yang terkenal di Gual Periok pada masa itu ialah Awang (telah meninggal). Atau lebih dikenali dengan nama Awang Ikan.


Hasil getah merupakan sumber pendapatan utama penduduk sekitar kampung ini, lantaran di sini terdapat kemudahan untuk bertemu dengan peraih-peraih getah, maka GP sekali lagi menjadi pusat pengumpulan getah di daerah ini. Maka ramailah yang berkunjung di sini untuk menjual hasil getah mereka.

SISTEM PENGANGKUTAN

Sistem jalinan jalan raya di kawasan ini agak maju pada masa itu, terutama dengan adanya kereta api. Kereta Api Tanah Melayu memainkan peranan yang sangat penting di pekan GP ini, sama ada untuk mengangkut hasil pertanian, bijih besi, beras dan sebagainya.


Stesen kereta api GP agak besar pada era kegemilangan GP serta ramai penumpangnya, maklumlah ianya akan berakhir di Rantau Panjang dan menghubungkan Rantau Panjang dengan Golok. Antara stesen kereta api yang terlibat ialah Golok, Rantau Panjang, Gual Situk, Gual Periok, Lubok Batil, Repek dan seterusnya Pasir Mas. Jalinan jalan kereta api ini boleh dikatakan menjadi nadi utama sistem pengangkutan kawasan ini.


Namun akhirnya pada era lewat 80an, KTM telah menghentikan terus perkhidmatannya kerana dikatakan mengalami kerugian. Ini telah memberi satu tamparan hebat kepada perkembangan GP sebagai satu destinasi yang popular. Jalan kereta api kini hanya tinggal dalam kenangan sahaja bagi penduduk di sini.


jala keretapi yang tinggal


apa lagi yang ada



tapak stesen kereta api yang tinggal



kehebatan dulu kini pudar



sungguh menyedihkan


tinggal nisan sahaja


PASAR DAN DERETAN KEDAI RUNCIT


Terdapat pasar yang besar di sini, (gambar) memudahkan para pengunjung untuk membeli segala keperluan.


Betapa seronoknya hidup di pekan ini satu masa dulu. Deretan kedai runcit yang kebanyakannya kaum Cina memonopoli perniagaan di sini, kalau masa dulu antara penghuni Cina yang tinggal di sini ialah Mek Put/ Pak Put, Ha/Mek Ha, La/Mek La, Ah Liang, Mek Lom/Etong, Nawang, Yet, Cina Baru, Ah Sin (kedai Emas), Mek Limah dan beberapa lagi. Keluarga Cina yang tinggal di sini amat mesra dengan penduduk tempatan, maklumlah mereka orang berniaga. Segala benda yang ada di bandar besar juga ada di sini.

kemeriahan pasar Jumaat GP


Inilah rupa Pasar Besar Gual Periok




agak sepi dan sunyi



Rupa di dalam pasar GP


pasar besar Gual Periok sudah tiada orang lagi

tempat cuci hasil pasar

Kedai Lian: sudah tiada penghuni lagi

Kedai Etong dan Mek Lom sudah ditinggalkan

tempat gantung hasil sembelihan seperti lembu, kerbau dan kambing
Panorama GP

Deretan kedai runcit


PENDIDIKAN

Gual Periok pada awal kemajuannya mempunyai sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gual Periok, sekolah ini menjadi tempat generasi setempat dan kampung sekitar mendapatkan ilmu.
Sekolah ini bermula pada awal 1970an, telah mendidik ramai generasi di sini menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan negara. Pelbagai kenangan manis penulis tercatat di sini. Di sekolah ini, sekolah yang dulunya mencatat sejarah sendiri dalam setiap keputusan penilaian darjah 5, kemudian UPSR.

TOKOH

Gual Periok melahirkan ramai tokoh berkaliber, antaranya Tan Sri Ariffin Zakaria Hakim Besar Malaya, Profesor Mazlan Che Mat, penulis skrip drama radio dan tv Norhisham Mustapha, Zulkifli Sulaiman, Mohd Sayuti Omar dan beberapa tokoh lagi yang ternama dan berasal dari sini.

 
Inilah kehebatan Gual Periok satu masa dulu. Namun kini Gual Periok amat sepi sekali berbanding dulu.

Mengapa proses brutalisasi ini berlaku?

ikuti siri selanjutnya, akan datang- coming soon!!!
(bersambung)

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code