Khamis, 21 Jun 2012

MANDAT 5 TAHUN AKAN DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK PILIHAN RAYA...



JELAS, UMNO sekarang semakin gabra dan pening kepala, seolah masa yang ada sering kali tidak mencukupi untuk mentadbir negara ini. Pendek kata laporan-laporan sama ada rasmi atau tidak, nyata memberi kebuntuan kepada BN terutamanya UMNO untuk membubarkan parlimen. Sedangkan tempoh yang ada tinggal tidak lama lagi. Apakah congakan UMNO bakal tersungkur menjadikan 'masa' edah yang sepatutnya berlaku sekitar Mac lepas untuk pilihan raya ke-13 tidak cukup bagi kerajaan untuk berasa selesa mendapat majoriti mudah.

Mengapa begitu takut untuk membubarkan parlimen? Atau strategi penipuan masih lagi tercari-cari bagi mendapat taktik kemenangan mudah, setelah sistem pilihan raya yang penuh penipuan berjaya dibongkarkan pembangkang? Maka akibatnya parlimen dan Najib masih LAPAR KUASA untuk mentadbir dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin bagi mengkayakan kroni dan nepotis.

Tawaran-tawaran hebat diberi Najib untuk rakyat adalah tidak lebih sekadar mengaut untung dari kuasa pemerintahan berikutnya. Hanya rakyat yang 'bole' (Kelantan bermaksud buta) sahaja tidak nampak apa yang tersirat di belakang janji ditepati Najib. Pemberian sagu hati yang boleh mengakibatkan negara jatuh miskin adalah akibat dari rasa terdesak Najib dan barisannya. Sebab itu Najib masih mencari-cari satu tempoh yang lama untuk mengadakan pilihan raya ke-13.

PRU hanya selepas mandat 5 tahun lengkap?

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.

"Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata perkara itu juga boleh dibincang sekiranya ia memberi manfaat kepada negara memandangkan sistem Westminster di United Kingdom yang menjadi model kepada sistem Parlimen Malaysia baru-baru ini telah bersetuju untuk memastikan tarikh pilihan raya adalah selepas lima tahun.

"Oleh kerana sistem kita mengikut Westminster, ia mungkin satu perkara yang boleh kita bincang dan kalau ia lebih memberi manfaat kepada negara untuk memastikan lima tahun itu maknanya lima tahunlah... dan tidak boleh dipanggil pilihan raya sebelum lima tahun. Ini boleh kita bincangkan untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, ia merupakan perkara dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan.

"Tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanyalah menentukan tarikh pilihan raya umum apabila Parlimen bubar," katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mencelah ketika penggulungan bertanya kepada Mohamed Nazri bahawa jawapannya itu menggambarkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun depan.

Mohamed Nazri berkata untuk membubarkan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri terpulang kepada kerajaan sedia ada dan pembubaran Parlimen adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai pecahan jumlah pengundi pos mengikut kawasan Parlimen, Mohamed Nazri berkata SPR tidak mempunyai maklumat jumlah keseluruhan pemilih yang akan mengundi sebagai pengundi pos untuk pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau berkata semua permohonan untuk menjadi pengundi pos hanya boleh dikemukakan selepas disahkan adanya pertandingan untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Jumlah pemilih terkini sehingga pemerakuan Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Pertama 2012 yang diwartakan ialah 12,915,045 orang. - Bernama

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code