APA kata Mat Said? Menteri Besar Terengganu yang sibuk berpolitik mempertahankan kerusi dan kroni. Sibuk menghina PAS dan mendakwa PAS-Parti Ajaran Sesat. Sibuknya Mat Said hingga lupa bahawa diri sendiri lebih sesat dan belot pada rakyat Terengganu. Mat Said tidak pernah memikirkan apa mende pun selain hanya cara untuk mengekalkan kerusi yang dipimpinnya.
Pengikut setia Ayah Pin ini tidak hirau apa yang berlaku kepada pembangunan negeri sendiri, sebaliknya hanya tahu kutuk negeri orang lain saja. Kutuk negeri Kelantan, kutuk negeri Kedah, kutuk negeri Selangor. Kelantan mundur, Kelantan tiada pembangunan, Kelantan kemarau, tiada air, balak habis digondol kerajaan negeri selaku pembangkang, dan lain-lain lagi cercaan buruk terhadap parti PAS khususnya yang Mat Said seronok lakukan.
Sudahlah, cukup-cukuplah...Apa mende yang kau merepek ni setang....Bila orang sebar cerita dia pernah ditangkap khalwat dengan 'betino'...bukan main 'kelutu' lagi. 'Nyetok bewok' Mat Said, saman orang ni, saman orang tu...kalau boleh lembu pun dia nak saman. Apa ni Mat..!!! Sebab itu kita jangan hanya nampak kuman di seberang laut tapi GAJAH atas perupok mata pun kita tak nampak...apa buto ko apo???
Saban tahun, saban masa, nampaknya Terengganu yang memperoleh sumber pendapatannya dari hasil 'royalti' petroleum mencanang pembangunan, membina berbagai prasarana konon berbudi dan berjasa kepada rakyat.
Tapi malang seribu kali malang, akibat jasa yang diberi tidak seikhlas mana, akibat budi yang diberi sebagai bakti kepada kroni. Maka apa sudah jadi? Masihkah ingat lagi stadium yang runtuh?
Tapi Mat Said buat-buat tak tahu saja. Ini mungkin kerana pembinaan ini bukan atas restunya tapi keringat musuh politiknya Idris Jusoh. Hingga kini tiada apa yang dapat merubah stadium ini. Hingga kini nilai tanah yang dulunya melambung tapi nampaknya, tidaklah sehebat mana.
Kini, berlaku lagi kejadian serupa di Terengganu, bangunan Astaka yang dalam pembinaan lagi rebah menyembah bumi, nasib baik juga berlaku begitu, kalau sudah beroperasi. Maka sudah tentu dapat meragut nyawa rakyat Terengganu sendiri. Apa sudah jadi ni. Apakah jurutera di Terengganu tidak profesional? Apa sebenarnya punca masih dalam siasatan. Namun sesuatu punca mesti ada berkait rapat dengan kontraktor yang dilantik. Barang ini sudah tentu kroni Mat Said, jika tidak pun orang BN. Berita lanjut boleh klik di sini .
Khamis, 21 Jun 2012
APA GUNANYA PEMBANGUNAN JIKA ASYIK RUNTUH DAN BAHAM TANAH SAJA!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan