Khamis, 21 Jun 2012

INILAH GAMBAR CHIN PENG YANG DIBENCI DAN DIGERUNI ASKAR MELAYU

SEBUT saja nama Chin Peng maka semua golongan aristokrat dan wirawan negara kenal dengan nama 'gah' itu. Beliau telah dilabel sebagai pengganas yang sangat kejam dan zalim lebih dari kezaliman tentera di zaman Jepun.

Aspirasi politik komunis pada mulanya ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, namun sebaliknya telah tersasar menjadi satu perjuangan yang mengundang kemarahan seluruh warga kota dan desa pada ketika itu. Inilah nasib beliau (Chin Peng). Kebencian ini berlarutan hingga kini dan selamanya, malah beliau juga dilarang menjejakkan kaki di tanah kelahirannya buat selama-lama.

Tapi ini bukan zalim, ini adalah balasan akibat perbuatan yang tidak direstui kerajaan Malaysia. Kezaliman anggota komunis menjadi satu dakyah membangkitkan kebencian rakyat. Akhirnya kebencian pada komunis tertanam dalam setiap benak tentera Malaysia sejak lama dulu. Bahkan 'dendam' kesumat ini tidak mungkin luntur dalam ingatan para perwira negara. Sama ada yang kenal dengannya atau sama sekali tidak pernah kenal wajahnya. Chin Peng menjadi lambang kebencian rakyat Malaysia.

Tapi dari sisi yang lain Chin Peng juga mempunyai memori tersendiri berkaitan berbagai peristiwa yang dilalui, kehilangan rakan dan taulan, anggotanya yang terbunuh, marah pada pihak lawan, dan tersiksa. MUNGKIN baginya ini adalah satu siri sejarah perjuangan yang panjang demi maruah partinya. Silapnya, apa yang dianggap perjuangan baginya, sejarah indah baginya. Tapi dalam tafsiran sejarah tanah air, semua itu adalah siri pemberontakan dan kezaliman. Tidak lebih selain membangkitkan kemarahan umum.

Masa hidupnya beliau ada menulis sejarah berkaitan kebanggaan dirinya menentang penjajah Jepun, British dan kerajaan Malaysia. Beliau ada perjuangan sendiri, dan kerajaan Malaysia sentiasa bermusuh dengan beliau hingga sekarang. Meskipun dikatakan telah berdamai. Malaysia seluruhnya tetap membenci mu wahai Chin Peng sekalipun dengan kebanggaan perjuangan mu, topografi dan demografi yang kau lakukan, negara ini TIDAK sekali-kali mengiktiraf kebanggaan itu. Malangnya demikian, bila berjuang demi negara (kononnya)tapi dianggap petualang yang bertopengkan kezaliman. Malah yang paling sedih, bila dicop 'MUSUH NEGARA'. Aduihh...Nilai perjuangan akan bertukar menjadi abu yang berterbangan.

Pola masyarakat kini yang baru dilahirkan pun sudah mengenali nama dan sifat perjuangan Chin Peng. Apatah lagi nama ini tercatat dalam buku-buku sejarah, mereka kenal nama jahat ini, mereka tahu betapa Chin Peng ini adalah orang yang pertama menjadi musuh negara. Walhal mereka tidak pernah mendengar ucapan Chin Peng, tidak tahu hidup atau matinya musuh negara ini. Tapi yang mereka tahu, para wirawan negara berjuang habis-habisan menentang Chin Peng. Sebut Chin Peng tergambar kekejaman dan kezaliman. Hanya gambaran dan lakaran, lukisan itu akan sentiasa kelihatan hodoh dan menyakitkan mata, meski pada mulanya berasal dari kanvas yang putih bersih. Corak yang mewarnainya telah diconteng oleh Chin Peng sendiri. Kesudahannya...Chin Peng hanya dikenali oleh seluruh warga Malaysia (tidak termasuk pemegang IC import) sebagai orang yang pertama harus ditentang dan diperangi.

Chin Peng tenat di Bangkok
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Jun 2012

SHAH ALAM - Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin Melalui blognya, zamkata. blogspot, berkata, beberapa kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali orang yang melawatnya.

Menurut blog itu, seorang daripada dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu, Chin Peng telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin tenat.

Dua orang pembantunya cuba memberitahu tentang kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.

Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa sebelumnya dia telah pun bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).

Dari blog Zamkata...

Seorang pemimpin perang gurila di hutan rimba Malaysia dan Thailand yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun yang mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggotanya, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng 90 tahun sedang dirawat disebuah hospital swasta di Bangkok dan berita-berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.

Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of Story", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.

Disamping itu, ia juga suatu pandangan bagaimana perdamaian dapat dicapai, katanya. Rakan seperjuangannya Rashid Maidin yang memimpin Regimen ke 10, telahpun meninggal dunia pada 31 Ogos 2006, kerana sakit tua dalam usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, Selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).

Beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini, mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali penziarahnya.

Seorang dari dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu mereka, bahawa Chin Peng telah dikejarkan ke hospial dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Dua pembantunya cuba untuk memberitahu kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar. Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantunya, bahawa sebelum ini dia telah bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak, telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berusia 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah Setiausaha Agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang $ 1 juta.(dollar).

Sumber-sumber keselamatan pernah memberithau saya, bahawa Chin Peng mempunyai wang tunai yang berbaki kepadanya dari Comintern (Komunis Antarabangsa) sebanyak RM5 juta setelah tamatnya perjuangan PKM.

Beliau memimpin perang gurila di hutan Malaya dan Thailand sejak sebelum peristiharan darurat 1948 untuk menentang penjajah British, setelah British gagal untuk menyerahkan Malaya kepada PKM.

Ketua Menteri Kerajaan Sendiri Persekutuan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, telah bersetuju mengadakan rundingan mencari perdamaian dengan Chin Peng dan rakan-rakannya, tetapi rundingan itu yang diadakan di Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 telah gagal, kerana PKM menolak tawaran kerajaan supaya menyerah diri dan Parti Komunis Malaya diharamkan.

PKM memilih untuk terus berjuang dalam hutan, tetapi kelumpuhan komunisme antarabangsa yang melibatkan negara-negara komunis; Republic Rakyat Cina, Soviet Union dan Eropah Timur pada petengahan tahun 1980, telah melemahkan moral PKM dan mereka mencari jalan untuk menamatkan perjuangan secara bermaruah.

Sebenarnya pada masa itu Pasukan Keselamatan Malaysia telah mampu untuk menghapuskan mereka, tetapi Perdana Menteri Tun Dr. Mahhtir Mohamad tidak mahu membazirkan wang negara dan bersetuju rundingan damai diadakan atas permintaan mereka sendiri.

Rundingan damai itu yang berjalan secara sulit selama lebih setahun, berakhir dengan penandatangan perjanjian damai antara tiga pihak; iaitu kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989.

Menurut buku memoirnya Chin Peng "My Side of Story", perjuangannya selama lebih 40 tahun itu telah mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggota gurilanya dan 200 orang telah digantung, diantara mereka adalah wanita.

Katanya, dia berjuang dalam dua peperangan (menentang Jepun, menentang British dan Kerajaan Malaysia) dan bertahun tahun hutan menjadi kediamannya.

Perundingan damai yang terakhir itu berlaku panjang dibelakang tabir selama lebih setahun antara tiga pihak dengan Polis Cawangan Khas yang diketuai oleh Ketua Pengarah Polis Cawangan Khas, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Siapa Chin Peng klik


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code