PELIK Utusex sibuk menyiarkan berita tentang hukum Islam di Acheh tapi di Malaysia tidak pernah menyarankan kepada kerajaan agar muat kuasa undang-undang berpakaian ketat dan menjolok mata menjadi haram. Tunjuk aurat, jambul sejemput di depan macam Hajah Rosmah itu adalah haram dan tak layak jadi model sebagai seorang pemimpin.
Nabi UMNO iaitu Mahathir dan barisan Khulafa Ar Najburosmah tidak mahu hudud, mereka dakwa seperti Mashitah dakwa...nanti ramai rakyat Malaysia akan kudung tangan dan kudung kaki. Inilah mentaliti gerombolan pemimpin agama UMNO.
Mengapa kerajaan pusat Indonesia membenarkan hudud dilaksanakan di Aceh tapi UMNO haramkan hudud di Kelantan?
Aceh haram kedai jual pakaian ketat
Gambar fail, seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh (kiri) memberi nasihat kepada beberapa orang gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009. - REUTERS
BANDA ACEH 8 Jun - Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat.
Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.
Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.
''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu," kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.
Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. - DPA
0 comments:
Catat Ulasan