Ahad, 10 Jun 2012

DI BRITAIN RAKYAT DIPENJARA KERANA SERANG POLIS, TAPI DI MALAYSIA RAKYAT DIPENJARA KERANA DISERANG POLIS...PELIKNYA

KISAH hidup undang-undang di Malaysia agak pelik dan jijik...orang yang buat salah tapi kalau sebelah penyokong parti kerajaan maka orang itu besar kemungkinan akan bebas dari sebarang tuduhan jenayah dan salah laku. Tapi sebaliknya bila salah laku itu berpunca dari pembangkang kerajaan, maka dengan cepat pula akan dipenjarakan.

Contohnya bila rakyat merusuh dan polis menyerang maka yang terpenjara adalah rakyat. Sebaliknya polis yang menyerang itu bebas. Tapi kalau di barat rakyat yang menyerang polis kena penjara....baca selanjutnya

Enam perusuh dipenjara 136 tahun

LONDON 8 Jun - Enam anggota kumpulan perusuh dijatuhi hukuman penjara berjumlah 136 tahun atas dakwaan menyerang polis, merusuh dan membakar bangunan di Birmingham ketika kejadian rusuhan di Britain pada Ogos lalu.

Mahkamah semalam mendapati tertuduh, Tyrone Laidley, 20. bersama Jermaine Lewis, 27, Nicholas Francis, 26, Wayne Collins, 25, dan Renardo Farrell, 20, bersalah atas tuduhan memiliki senjata api dengan niat mencederakan, membakar bangunan dan merusuh, selepas perbicaraan selama enam minggu.

Seorang lagi tertuduh, Amirul Rehman, 17, pula didapati bersalah kerana merusuh dan memiliki senjata api.

Setiap tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas mahkamah dimaklumkan mereka menggunakan senjata api untuk menyerang polis tidak bersenjata sebelum melepaskan tembakan ke arah sebuah helikopter polis.

Semua tertuduh yang dipercayai anggota kumpulan samseng tempatan, didakwa membakar sebuah kelab malam dengan pekerja terperangkap di tingkat atas bangunan itu, bertujuan untuk menarik perhatian polis.

Polis berkata, kira-kira 41 anggota samseng tersebut kemudian menyerang polis dan melancarkan roket sebelum melepaskan tembakan.

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang didedahkan menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan kayu bola lisut memecahkan tingkap kelab malam itu serta melemparkan objek ke arah jalan raya.

Mereka turut melepaskan tembakan ke arah helikopter polis yang memantau kejadian tersebut. - AGENSI


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code