Kemungkinan besar dengan opsyen yang Najib pilih ini untuk mengekalkan PTPTN sekali gus memberi laluan dan majoriti besar pelajar beralih mengundikepada pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan terus pinjaman PTPTN dari radar kehidupan pelajar.
Masalah janji yang Najib dakwa tidak mungkin dapat ditunaikan oleh pembangkang kerana soal melibatkan kos yang tinggi sehingga 43 bilion telah ditempelak Anwar Ibrahim.
Pelajar lebih berani mencuba sesuatu yang baru dengan memberi peluang kepada parti pembangkang kemudian menilai kemampuan tersebut. Belum cuba belum tahu, jadi pelajar kini sudah pandai menilai berdasarkan bukti bukan cakap-cakap kosong. Jika pembangkang berjanji belum tentu tidak ditunaikan kerana tidak mencuba.
Jadi cubalah dulu sekurang-kurangnya 5 tahun, kemudian tengokapa yang akan dilakukan pembangkang, jika benar tidak mampu mnenunaikan janji sudah tentu 5 tahun akan datang UMNO mampu berkuasa semula. Mengapa Najib begitu mudah menafikan janji pembangkang? Apa takut ke?
0 comments:
Catat Ulasan