Khamis, 5 April 2012

DATUK WAN AHMAD (SPR) BUKA PEKONG DI DADA....!!!

Mengapa mesti sibuk menafikan, mengapa menuduh dakwaan penyelewengan SPR adalah satu cerita karut. Mengapa harus gelabah. Mengapa mesti kata bahawa senarai nama mereka yang terbabit dalam isu penyelewengan daftar pemilih adalah termasuk namanya.

Mengapa begitu yakin bahawa SPR benar-benar bersih, sedangkan pokok manapun tiada mungkin akan bergoyang jikalau tiada makhluk lain yang menyentuhnya. Demi kuasa SPR sanggup menggadai maruah dan negara kepada bangsa asing dengan memberi kad pengenalan mudah.

Bila pembangkang menentang perbuatan ini maka dengan cepat pula mereka bertindak menafikan dengan berbagai cara agar pekong yang tergohong luas bisa ditutupi.

Tapi malang sungguh nasib Wan Ahmad kerana cepat terasa pedasnya walaupun sekadar diperli saja. Perbuatan beliau jelas menunjukkan betapa aktiviti daftar pemilih sememangnya sangat kotor dan tidak telus. Memang wajar Wan Ahmad menafikan dakwaan tersebut malah tidak hairan dan pelik sama sekali andai tidak lama lagi beliau bakal menyaman Mahfuz sebagai galang ganti maruahnya.

Ini perkara biasa dalam politik semasa sekarang. Namun apa sekalipun yang nyata dan jelas orang ramai mesti tahu betapa SPR didakwa bebas dalam arena politik. Berkedudukan tidak berpihak adalah hanya satu omongan bahlul dan tolol saja.

Buktinya selagi badan SPR di bawah kerajaan, gaji yang diterima oleh Wan Ahmad juga adalah pakej kerajaan, elaun dan kenaikan pangkat sehingga dapat menjadi orang nombor dua dalam SPR adalah hasil dari rekomendasi kerajaan UMNO. Semuanya UMNO, dan UMNO. Nak buang orang pun UMNO nak naikkan pangkat seseorang tanpa kelayakan pun UMNO. Semua orang sudah tahu.

Jadi Wan Ahmad tak perlu selindung lagi, kecondongan yang jelas berpihak kepada parti kerajaan hasil 'hutang budi tergadai bodi' tidak mungkin dapat dielak secara peribadi. Betapa bencinya Wan Ahmad terhadap  mana-mana parti pembangkang (Bukan BN) juga jelas dengan mempertikaikan Bersih 2.0 dahulu. Pendek kata apa yang pembangkang (PR) cadang dan lakukan dalam PSC sudah pasti menjadi bebanan yang negatif terhadap SPR.

Pangkat dan harta yang diburu dengan bertopengkan kaedah penipuan dan penyelewengan hanya dapat memberi ketenangan yang sementara saja. Ingatlah Wan Ahmad, andai Putrajaya milik pembangkang maka tiada lagilah harapan untuk kenaikan pangkat dan masih berada ditempat yang anda duduk sekarang ini.

Masakan tidak tahu jumlah pengundi dan warga asing yang terdapat di Malaysia ini kian meningkat dari sehari ke sehari. Malah daftar pemilih juga berubah-ubah. Inikah yang dikatakan SPR yang toleran dan telus?





PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code