Isnin, 5 Mac 2012
TV3, RTM HALANG DEBAT ANWAR-NAJIB
STESEN TV milik kerajaan rata-rata menghalang pertembungan debat Anwar dan Najib bagi menentukan arah tuju serta idea bagi memantapkan pentadbiran negara. Beranikah Najib? Jawapan yang terang ialah 'TIDAK BERANI SAMA SEKALI'
Sebentar tadi dalam buletin utama sekali lagi tv3 memohon maaf atas siaran berita yang menyatakan kesudian menganjurkan debat tersebut tetapi menarik balik dalam beberapa minit kemudian kerana telah menerima arahan dari pihak UMNO bahawa debat itu tidak mungkin berlaku.
Alasan gerombolan UMNO terutamanya Tengku Adnan yang menyarankan Anwar berdebat dengan Saiful Bukhary Azlan jelas menunjukkan betapa gerunnya pentadbiran Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Saranan Tengku Adnan ini adalah seperti saranan seorang budak tadika yang belum bersunat. Inilah level pemikiran orang UMNO sebenarnya. Tidak realistik dan bodoh bila ulas sesuatu isu.
Meskipun sekiranya seluruh rakyat negara ini dari yang mula merangkak hingga yang bongkok tujuh menyokong agar debat diadakan nescaya Najib tidak akan sanggup bersemuka dengan Anwar. Ini kerana sejak dari azali lagi Najib adalah seorang yang meniru gaya bapanya saja sebagai pemimpin tapi hampeha kosong...jelas tiada apa yang dapat Najib perkatakan.
Pendek kata Najib tiada teloq untuk berdebat. Bagi Anwar debat itu lebih terbuka bagi membuktikan segalanya. Sebaliknya Najib tidak akan berkata apa-apa sebaliknya bernaung di bawah ketiak media mereka saja untuk mengelak diri dari bertembung dengan Anwar dipentas debat.
Najib sudah rasa sangat selesa berada di tampuk lantaran itu sedikitpun beliau tidak perlu berdebat andai debat itu bakal menghumbankannya ke dalam gaung. Najib tahu kiranya diadakan debat secara terbuka maka akan terpampanglah betapa banyaknya kesilapan dan dosa UMNO terhadap rakyat Malaysia.
Begitu juga dengan ahli-ahli UMNO serta medianya, mereka sedaya upaya akan mencari alasan agar debat ini tidak menjadi. Kerana mereka tahu Najib akan 'kalah teruk' berdebat dengan Anwar. Anwar seorang yang hebat dan berkarisme sedangkan Najib pula sentiasa dibayangi bininya setiap kali membuat sebarang keputusan berkaitan negara.
Saya petik:
Kaji selidik bukti rakyat mahu lihat Najib dan Anwar berdebat
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang dibuktikan melalui sebuah kaji selidik baru-baru ini.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan 54 peratus pengundi mahukan kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu, dengan lebih separuh daripada generasi muda menyokong debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) itu.
Sementara itu, hanya 39 peratus masyarakat Melayu - yang merupakan kumpulan majoriti pengundi - berusia 60 tahun ke atas mahukan Najib menewaskan Anwar.
"Terdapat juga pihak yang mempertikaikan tindakan debat itu bukan 'satu keperluan' dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita', hasil kaji selidik berkenaan menyatakan debat itu akan menyaksikan 62 peratus pengundi akan mengubah fikiran bagi mereka yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipilih, menyokong debat berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Centre hari ini.
Daripada 1.022 pengundi berdaftar bagi kaji selidik nerkenaan yang dibuat antara 10 dan 23 Febuari, 59 peratus merupakan bangsa Melayu, 32 peratus Cina, dan sembilan peratus berbangsa India.
Bekas timbalan perdana menteri itu telah berulang kali mempelawa perdana menteri untuk berdebat secara terbuka bagi membincangkan polisi kerajaan dan arah tuju negara.
Presiden Umno, Najib setakat ini enggan menerima cabaran Ketua Umum PKR itu.
Namun demikian, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyatakan mereka "membuka pintu" untuk menganjurkan debat berkenaan, dan menjelaskan kesediaan parti untuk tujuan itu.
Rakan sejawatanya, Datuk Saifuddin Nasution daripada PKR berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Ahli Parlimen Putrajaya itu agi membincangkan debat untuk ketua mereka.
Tengku Adnan bagaimanapun menyatakan Anwar seharusnya berdebat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar yang menuduh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meliwatnya.
Bulan lalu, telah diadakan debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan menyaksikan sejumlah 800 penonton telah ditayangkan di Astro Mandarin.
Kemudiannya diikuti dengan debat antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di London.
Cabaran debat Anwar hanya disambut sekali, iaitu pada Julai 2008 dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang ketika itu merupakan Menteri Penerangan dan disiarkan secara langsung.
Berdasarkan kaji selidik berkenaan, antara bidang yang seharusnya disentuh dalam debat itu termasuklah ekonomi (17 peratus), isu nasional (sembila peratus), pembangunan dan kebajikan rakyat (masing-masing tujuh peratus), dan pembanterasan rasuah (lima peratus).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan