Selasa, 6 Mac 2012
KU LI BAKAL JADI HASAN ALI???
INILAH kisahnya yang bakal berlaku dalam pentadbiran kuku besi UMNO, meski Ku Li satu watak yang banyak berjasa dan tak pernah tewas dalam setiap pilihan raya. Namun kini Ku Li telah dituduh menjadi barah dalam pentadbiran UMNO keseluruhannya.
Desakan agar Ku Li berundur semakin deras menerjah setelah kononnya Ku Li memperjuangkan royalti minyak untuk rakyat Kelantan menjadi satu kesalahan besar kepada UMNO Kelantan. Sebaliknya tanpa disedari para pemimpin yang lantang menentang agar saluran 5% disalurkan khas buat pembangunan negeri Kelantan ditentang hebat oleh UMNO sendiri.
Pengkhianatan pemimpin UMNO terhadap rakyat Kelantan dengan mengetepikan hak rakyat diterajui kukuh oleh tiga ekor musang berjanggut iaitu Datuk Mustafa selaku Datuk Nikah Kahwin, Awang Adek sebagai Datuk Pujangga yang sentiasa penuh dengan 'Helah Bermadah' nak jadi MB meskipun tewas di kubang sendiri. Manakala Annuar Musa selaku Datuk Bentara Mangkubumi yang melantik Tg Ibrahim Petra di bawah pohon ketapang dengan jelas menunjukkan penderhakaan kepada institusi raja di Kelantan. Peristiwa ini berlaku pada 30.4.1993, ketika itu Datuk Bentara Mangkubumi ini sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan bersama-sama dengan Ibrahim Ali di Pasir Mas yang cuba melantik Tengku Iskandar Tg Mohd.
Isu penyelewengan duit PPRT RM40 juta diam hingga kini, projek penetasan ayam di Gading Galoh, Kok Lanas RM20 juta. Projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di Bukit Sireh, Kuala Krai RM15 juta, projek ayam telor di Gading, Galoh RM5.69 Juta dan yang paling menyedihkan Annuar Musa telah mengunakan duit PPRT untuk pilihanraya tahun 1999.
Pengkhianatan ini diteruskan pula oleh Menteri Nikah Kahwin dari Jeli dengan menyebarkan idealogi agar rakyat Kelantan tidak perlu menerima royalti minyak kerana dakwanya itu bukan milik Kelantan. Inilah dasar UMNO yang menindas rakyat negeri ini.
Manakala Datuk Pujangga dari Bachok yang terusan menerima wang sumbangan dari UMNO masuk direct ke akaunnya untuk merasuah orang ramai agar menyokongnya dalam pilihan raya kelak. Awang Adek juga tidak mahu berjuang untuk menegakkan hak bersama rakyat Kelantan. Isu royalti minyak ditolak mentah-mentah oleh Awang Adek. Beliau hanya sanggup menerima wang ihsan saja. Inilah mentaliti jahat pemimpin UMNO terhadap rakyat Kelantan.
Berbalik kepada cerita pokok iaitu isu mendesak Ku Li berundur oleh tiga Datuk dari Kelantan jelas UMNO kini semakin rasis dan hanya berjuang untuk kepentingan peribadi saja tanpa menghiraukan nasib rakyat Kelantan yang sepatutnya hidup dengan lebih baik lagi hasil minyak dari tanah bumi Kelantan yang dirampok oleh keluarga UMNO.
Ku Li seorang tokoh politik yang lebih berjiwa rakyat dan mementingkan isu kenegerian kini bakal disingkirkan oleh UMNO. Lambat-laun UMNO di Gua Musang bakal berkubur dengan ketiadaan Ku Li nanti. Para pengampu UMNO tidak nampak betapa besarnya pengaruh Ku Li di Gua Musang.
UMNO merupakan sebuah parti kuno dan jakun yang ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia dari segi amalan demokrasinya. UMNO tidak dapat menerima amalan demokrasi, apabila ia kalah dalam pilihan raya, ia berdendam dan akan mengambil pelbagai langkah dan menekan kerajaan negeri seperti apa yang berlaku di Terangganu [ semasa PAS memerintah dari tahun 1999 hingga 2004 ] dan Kelantan sehingga ke hari ini.
Manakala rakyat pula akan diugut, diancam dan sebagainya supaya jangan lagi menyokong PAKATAN RAKYAT. Rakyat wajib memilih UMNO sahaja tanpa mengira baik-buruknya UMNO. Adakah ini amalan demokrasi?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan