SUNGGUH tak masuk akal bila UMNO memberi kontrak kepada kroni tapi disanggah oleh Muhyiddin bahawa kontrak itu diberikan atas dasar merit. Jika diambil kira isu pengalaman kerja memang tidak patut kerana syarikat yang mempunyai lesen yang sama, modal yang sama tidak pernah diberikan peluang oleh kerajaan maka mana mungkin 'pengalaman' boleh dijadikan ukuran dalam pemberian kontrak.
Jika kerajaan asyik beri tender kepada orang yang sama maka siapa lagi yang dapat merasai pengalaman itu? Akhirnya orang yang sama iaitu kroni UMNO sajalah yang dapat projek itu kerana sebelum ini UMNO sudahpun anugerah kepadanya untuk cari 'pengalaman' itu. Sedangkan orang lain yang tidak pernah diberikan projek mana mungkin dapat membuktikan kemampuan mereka.
Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mana penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun (atas, kanan)adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.
Menurut Muhyiddin (kiri), seperti syarikat konsesi lain yang dianugerahkan projek oleh kerajaan, projek pembinaan lebuhraya itu juga tiada bezanya.
“Saya fikir ia berdasarkan merit. Saya tidak fikir kita perlu menafikan peluang mana-mana pihak jika mereka boleh menyumbang kepada penambahbaikan sistem pengangkutan,” katanya.
Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.
Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.
Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.
Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.
Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi (kanan).
P/S: Usahlah berdolak-dalik lagi Muhyiddin semua ini pasti ada kena- mengena dengan sistem kroni dalam UMNO...dedahkan saja nama penender-penender lain serta kertas kerja mereka tengok benarkah hanya syarikat ini yang berkebolehan atau sekadar untuk membalas jasa kerana isteri bekas Ketua Hakim Negara juga menjadi pengarah dalam syarikat tersebut...
0 comments:
Catat Ulasan